Bandung Trip - Hari 5

Assalamualaikum.

Sampai juga cerita hari ke -5. (menaip sambil fail bertimbun atas meja. Maap bos)



Pejam celik pejam celik, eh dah nak balik dah rupanya. Sebab masa mendarat kat Bandung hari pertama tu, terdetik dalam hati sampai jugak aku ke sini.

Flight pulak petang  pukul 5.45. Maka aktiviti pun rasa semua dah buat. Maka last day ni, bangun pagi je terus pergi sarapan. Tak mandi pun. Hehe.

Sebab lepas tu nak sambung tidur balik kononnya. Tapi bila dah sarapan kenyang bagai tak mampu pun nak tidur. Maka mengemas-ngemas barang lah kami yang sebanyak-banyaknya. (Tapi gambar tak ada, last day mood bergambar zero).

Sebab check out pukul 12 tenghari kan. Maka Pak supir ambik kitorang dan hantar kat airport waktu tulah. Awal gila! Padahal flight petang. Kan?

So melepak lah sampai lebam kat situ sementara tunggu flight. Dengan duit rupiah pun dah tinggal ala kadar, so nak makan pun cam takut-takut tak cukup duit. Siap tanya lagi, boleh pakai duit Malaysia? Then kedai dalam airport tu kata boleh plak. So terus kami makan laju-laju! Lawak sungguh. Aku rasa bukan aku je yang camtu, sebab ada orang sebelah aku pun tanya soalan yang sama. Boleh pakai wang Malaysia? hee. See?

Berakhir sudah percutian aku ni. Maka lepas ni nantikan segala tips dan panduan kalau korang nak ke Bandung. Aku pasti memang ramai yang akan carik tips-tips ni. Sebab aku pun macam tu. 

Pada kengkawan yang akan pergi bercuti. Selamat Bercuti!

Besok start dah Matta Fair kat PWTC! Comfirm ramai yang pergi. Kot la aku rajin aku nak pergi jugak. Tapi kan... aku dah TERbeli tiket pergi Sarawak la pagi tadi. Eh? 

 p/s Nantikan tips ke Bandung. Juga memang tak berkesempatan untuk BW. Maaf sangat!  =(



Ikhlas,
Anita.
 

Comments

lama gak 5 hari kan..

ok, nanti tips plak ni

Popular posts from this blog

Cik Anita songeh giveaway...

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan