Wednesday, January 15, 2014

Eksiden | Jatuh moto

Assalamualaikum.

*Badan sengal seribu*

Alkisahnya...

kredit : google
(ini gambar hiasan je, moto sebenar taklah begini. Tapi impian jugak ni! )

Semalam aku jatuh moto. Tapi tak ada lah aku jatuh parah. Tapi sengal jugak lah badan ni. Rasa macam terkejut beruk. Lepas jatuh tu, aku terdiam kejap. Rasa macam menggeletar. Syukur Ya Allah tak jadi pape yang teruk pada aku dan Mr. N.

Nak dijadikan cerita, aku ni dah lama tak  keluar naik moto. Tapi sebab semalam cuti umum, malas nak sesak-sesak sebab dah nak Thaipusam, tu yang merempit pergi KL Festival cuci mata & makan-makan.

Bila masa balik tu, boleh pulak ada bas turunkan orang kat kawasan yang tak sepatutnya, then orang tu turun tanpa tengok kanan dan kiri. Jadi? Bummmm kebabum orang tu Mr. N langgar!!!! Bila dah terlanggar orang tu, kitorang pun tergolek lah  sebab nak elak kereta yang park tepi jalan. 

Nasib baik jugaklah, dengan kudrat Mr. N dia menahan moto tu daripada menghempap aku. Sampai terkehel kaki dia. Kalau tak? Dah tersepit aku ni. Sayang jugak dia ye nak selamatkan aku. HEHE

Satu yang musykil, orang yang kitorang langgar tu lintang pukang lari! Aduhai. Mungkin dia rasa dia salah, maka kelam kabut lari. Bas tu plak belah camtu je. Tak say sorry pun? Nak je aku mention bas apa? Tapi rahsia.(sebenarnya orang yang kitorang langgar tu kuat tau! mesti dia sedang kesakitan sekarang)

Moral of the story, walaupun kadang kita berhati-hati... Tapi disebabkan orang lain yang tak berhati-hati, maka menjadi mangsa keadaan.

2014 penuh dugaan lah aku rasa! Baru beberapa hari dalam 2014 ni tapi macam-macam benda jadi. Positif Anita!



Ikhlas,
Anita.

1 comment:

eintan nurfuzie said...

sakit tu penghapus dosa kan.. de hikmahnye tu

 

Copyright © 2013 | Dunia Cik Anita | by Cik Bulat