Bumi Kenyalang dunia ku berbakti =)
Assalamualaikum.
Bangun pagi dengan perasaan yang sangat biasa. Ke sebab aku tak cukup tidur entah. Malam tadi aku melayan Meteor Garden. Gila semangat aku tengok cerita lama. Padahal dah tengok dulu. Aku saja nak mengisi masa lapang aku supaya tak rasa terasing dan sunyi dekat sini. Yerp. Kadang-kadang memang nak nangis, maybe sebab aku baru lagi kan. Manja!
Alhamdulillah aku ditempatkan di bumi Mukah yang aman nih. Walaupun jauh dari kesibukan dunia kota, dekat sini masih lagi lengkap dengan pelbagai kemudahan. Bank banyak jugak ada kat sini.
Sebabnya aku sebelum terbang ke sini, sangat banyak dimomokkan dengan bahawa bumi Mukah ni sangat dalam dan perlu naik sampan lah bagai. Tapi tak pun. Semua baik-baik saja dong. Siap ada airport lagi! Walaupun bukan airport yang besar, tapi kemudahan sangat best.
Mari cari aku di Mukah. Nampak tak?
Kedudukan Mukah kat tepi laut tu, itulah sebab aku cerita pasal udang semalam. Sebab tu ikan kat sini manis dan sedap. Sedap yang lain macam! hehe
Kembali pada tajuk...
Kalau rasa nak berjalan tengok wayang ke apa, boleh je. Pergi je Sibu! Dua jam lebih je dari Mukah ni. HEHE. Tapi aku memang tak pergi la. Kalau nak pergi Sibu pun cuma atas sebab nak balik kampung ke. Sebab kena naik dari SIBU ke KL. Nak naik dari Kuching boleh jugak, tapi jauh ouhhh. Nak ke Kuching naik bas 8 jam hokey. Phew.
Apa yang aku rasakan, Allah itu memberikan kita sebaik-baik perancangan. Khas untuk kehidupan aku. Mesti ada sebab dan sejuta hikmah kenapa aku di hantar ke sini. Menjauhkan aku dari dunia yang penuh leka sebelum ni. Sangat leka! Dekat sini apa jela aku boleh buat kalau nak lagho sangat.
Juga menjauhkan aku dari banyak permasalahan yang takkan tercerita kat sini. Mengajar aku untuk terus tabah dalam kehidupan. Terima kasih Allah atas rezeki ini. Sebab kepada siapa memang dah tau, impian aku untuk berada di dalam bidang ini sejak aku dari kecik lagi. Alhamdulillah tercapai.
Semoga aku terus bersyukur dengan nikmat yang engkau beri.
Ikhlas,
Anita.
Comments
Penuh aura positif!
kwn i pun duduk sana, eh tp dia kat Papar sabah, jeles dgn dia sbb tepi laut, senang gila nak makan ketam..murah lak tu, haha