Diluah mati bapak, ditelan mati emak?

Assalamualaikum.

Maghrib yang sangat syahdu.

Berdasarkan peribahasa di atas? Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda berada di tempat itu. Huwwaa. Rasa macam nak menangis. Tapi sebenarnya aku dah menangis teresak-esak pun. Entahla. Ke sebab aku ni terlalu menjaga hati orang. Sampaikan benda tak logik kot apa yang aku rungsingkan ni.

Aku menjadi serba salah pada mistake orang lain. Sebabnya ini soal janji. Adakah aku tidak amanah orangnya. Sedangkan amanah yang perlu aku pegang itu perkara yang tidak bagus untuk dipegang janji. Perlu untuk diperbaiki. Berdosa besar kah aku atas kemungkiran janji ini?

Mulanya aku rasa benda ni macam simple. Tapi apabila sudah melibatkan keluarga orang lain, aku rasa macam kecewa dengan diri sendiri. Siapalah aku untuk masuk campur dalam hal keluarga orang lain. Juga apabila aku diperli seumpama itu. "Family aku tak payah masuk campur kot". Yerp. Aku memang sedar diri aku siapa.

kredit - SINI

Apatah lagi, aku belum ada apa-apa ikatan yang sah pun. Sedih dan sebak. Tapi itulah kehidupan. Bukan senang nak menganyam kehidupan. Apatah lagi soal jodoh dan masa depan.

Jujur aku cakap, ah tawar hati nak buat persediaan tunang macam ni! Belum apa-apa sudah punya masalah. Aku sangat bersedia atas sebarang kemungkinan. Ya Allah tabahkan hati aku.

Aku tidak pasti, adakah ada dalam kalangan mereka yang membaca nukilanku ini. Aku juga insan lemah yang punya perasaan dan kewajaran. Mengapa dan kenapa aku begitu. Ah lupakan semua itu. Bukan mudah untuk memuaskan hati orang lain, bahkan hati sendiri pun tak terjaga.

Semoga kebahagiaan milik kita semua. =)


Ikhlas,
Anita.

Comments

puanstoberi said…
sabar lah... ada hikmah di sebaliknya..

bunyi cam cliche.. tp itu saja yg boleh dikatakan... satu je ingat..dalam setiap hal, Allah sentiasa ada bersama kita. Yakin, seyakinnya.. Insyaallah...

Popular posts from this blog

Cik Anita songeh giveaway...

Pantun dua kerat 30

GIVE AWAY CIK ANITA - Dapat Free Baju BARU!