Pasar Udang
Assalamualaikum.
Aku sebenarnya TERUJA sangat bila dapat pergi pasar basah pagi tadi. Aku ni memang fesyen suka tengok ikan, tengok sayur. Entah kenapa aku pun tak tau. Kalau kat tesco tu, kalau tak ada apa nak beli pun mesti aku lalu kawasan ikan! HEHE. Tapi dekat sini mana ada tesco. Paling superb pun KFC!
Faham tak perasaan kalau nampak ikan yang belum masak pun, kepala otak dah fikir aduhai sedapnya kalau masak itu dan ini. Tapi aku masak tak ada lah sedap. Janji untuk tekak aku jela.

Dekat sini udang dia memang super power! Bagi aku memang sangat murah berbanding kat Semenanjung. Tapi mungkin lagi murah dekat KK. Itu nanti lah aku cerita kalau ada rezeki aku memang nak ke KK! Nak memantau harga seafood kat sana.
Pulak tu udang dia kat sini segar bugar! Ada yang siap gerak-gerak lagi udang dan ikan yang jual kat sini. Walaupun udang tu hidup, dia jual masih murah. Lagi-lagi orang kata kalau musim, lagi murah.
Haduhai, sampaikan ada kakak senior kat sini cakap. Jangan ko sakit gaot sudah sebab banyak makan udang! HEHE.
Udang ni nak dekat 2kilo. Tapi 10 hengget je!
Ni mahal sikit, tapi bagi aku masih berbaloi walaupun RM15.
Waktu aku taip entry ni, aku sedang garu-garu kepala, muka, kaki dan badan aku! hehe. Aku ni sebenarnya alah pada benda gatal macam udang ni. Tapi aku ni pantang nampak. Aduhai.
Ini lah rupa udang yang aku dah masak tadi!
Ini baru suku je, ada lagi separuh tu kitorang simpan. Walaupun suku je kitorang masak, dah penuh satu kuali. Teruja sangat lah aku dengan udang-udang Mukah ni. Teehehe.
Itu sahaja dari dapur Cik Anita. Jugak sebenarnya dah nak sebulan aku kat sini, baru dapat beli tong gas dan dapur. Faham tak perasaan teruja sebab dah lama menderita tak ada dapur. Biasalah kan hidup merantau.
Ikhlas,
Anita.
Comments