Maaf | Kisah Entry Bandung

Assalamualaikum.

Okeh nak minta maaf sangat-sangat!

Lama dah nak cakap sebenarnya, tapi asyik menangguh je. Kesian pada blogger dan kawan-kawan lain yang cari info tentang percutian Bandung. Entri lama sangat dah tu masa zaman aku bercuti tahun 2013 haritu.
 
Ada aku bagi TIPS PERCUTIAN KE BANDUNG! Ramai jugak yang mintak tentative & jadual pertukaran duit sehingga kini. Mintak aku email semua tu.
 
MAAF sangat-sangat sebab aku tak mampu nak bagi. Sebabnya aku sendiri tak tahu mana aku simpan benda alah tu. Aku rasa semua tu dah hilang di tinggal zaman! Lagi-lagi laptop aku pun dah jahanam dek jatuh meja tempoh hari. *sedih*
 
MAAAF SEKALI LAGI.
 
Alkisahnya,
 
Pabila laptop kesayangan jatuh gedebuk dari meja. Kalau laptop jatuh, ko rasa percent selamat dia macam mana? Lainlah kalau henpon 3310. Haish. Tak apa, jangan dikenang kisah lama.
 
Itu sahaja, oleh yang demikian aku menegaskan bahawa, aku tak mampu nak email pada kalian tentative dan jadual pertukaran duit rupiah tu disebabkan masalah yang aku dah bagitau tadi.
 
Hm. Bila aku boleh melancong lagi ni?
 
 
Ikhlas,
Anita.
 
 
 
 
 



Comments

CikJa said…
sedihnya baru nak mintak.. oh ok mmg dah mintak pun..

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA