Percutian Kapit

 Hai. 

Lambat nak kongsi cerita. Tapi nak dipendekkan cerita aku ke Kapit cuti merdeka yang lepas. 

Aku pergi bertiga. Aku, Encik Suami & kawan serumah aku Gwen Myra. 

Ini gambar bertiga masa mula-mula sampai Kapit. Punyalah excited nampak tulisan Kapit tu. Padahal lepas tu banyakk je tulisan tu di mana-mana. 

Haaa. 

Tau tak KAPIT? 

Aku rasa satu Malaysia kenal Kapit. Kaya dengan keindahan alam. Dekat majalah 3 pun ada cerita pasal Kapit nih. 

Tapi sebenarnya aku pun belum tengok lagi yang Majalah 3 tu. 

Lagi satu, memula plan ramai-ramai pergi. Tapi last-last tinggal kitorang je. 

Eh panjang pulak cerita aku. Meh aku pendekkan sekali lagi. 

Sabtu - 29 Ogos

- Gerak dari rumah ( Mukah ) pukul 8 pagi. So terus naik kereta & parking di terminal feri Sibu. So far dua hari kitorang parking situ dalam RM18. Memula rasa macam tak selamat, takut tinggal. Tapi sebab parking berbayar so konfiden sikit. 

Ambik feri ekspress pukul 12 tengah hari, sampai sana 3 jam perjalanan. So sampai dalam pukul 3. 

Perasaan? Woah. Seram kuasa seploh! Walaupun tak laju sangat sebenarnya, tapi seram sebab kita atas air. Sungai Rajang pulak tu. 





Sampai sana terus cari hotel & check in. Tak sangka ramai jugak yang datang ke Kapit ni, sebab first hotel yang kitorang pergi dah full house. So 2nd hotel yang kitorang pilih tu tak la cantik pun, siap ada almari patah riuk dalam tu. Tapi bersyukur lahhh untuk menginap semalaman. Rm80 1 malam. 

Okey tak ada gambar hotel sebab tak ada perasaan nak ambik. Hehe

Lepas tu pusing-pusing cari kedai makan. Ada banyak kedai makan melayu kat sini. Open air orang panggil! Makanan dia pun sedap-sedap!!! 



Bila dah kenyang tu kitorang jalan-jalan tepi sungai pulak melepak kat situ. Menanti sunset sungai Rajang. 






Lepas dari tu pusing-pusing je kat Pekan Kapit tu cari makan sedap. 

Nak diikutkan aku ada kawan yang kerja jadi cikgu kat Kapit nih. So boleh ronda-ronda situ. Boleh tengok ruma panjang yang berusia ratus tahun lamanya. 

Tapi disebabkan kekangan masa, aku balik dah keesokan hari tu. Tapi so far best. 

Kaya dengan keindahan alam. 


Comments

puanstoberi said…
tgk rumah panjang tu jadi akak nya bucket list tu.. tu ari g swak tak dpt pun pi.. org yg akk sewa keta tu taktau tmpt tu kat mana..uhukss.

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA