Hari 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami
Assalamualaikum.
Aku bukanlah pengganas untuk gaduh teruk bertumbuk bagai. Tapi aku rasa menyesal akan satu pergaduhan yang tidak disengajakan antara aku dengan adik aku. Setahun yang lalu. Pergaduhan yang aku rasakan sangat teruk dan tak matang dalam usia aku dewasa begini.
Ye! Rasa yang menyesal amat-amat. Maafkan kakakmu ini wahai adikku sayang.
Tidak perlulah aku menyatakan pergaduhan berpunca dari apa, cumanya perselisihan faham dan pendapat mengakibatkan kitorang sama-sama naik berang dan naik hantu. Jugak atas ketidak sabaran aku, aku telah melayangkan penampar siam kat pipi gebu si adik. Tapi dia langsung tak melawan. Hurm.
Dan aku mendapat tahu juga dari satu pihak, bahawa adik aku sangat kecewa atas tindakan aku yang sangat kasar pada dia apatah lagi naik tangan. (menyesal gila)
Sebenarnya kami sangat rapat dan berkongsi apa jua cerita, namun setelah kejadian itu kami seakan menjarakkan diri dan tidak peduli sesama sendiri. Aku yang sememangnya puteri air mata, beralih arah menjadi ratu air mata. Mungkin sebelum ni menangis secawan air mata je, tapi lepas tu jadi setempayan.
Bak kata pepatah “air yang dicincang takkan putus”. Benda tu berlalu tanpa rasa dendam pun. Tapi sebenarnya Tuhan nak tunjuk bahawa kasih sayang antara adik beradik akan semakin erat. Kalau tak ada percanggahan pendapat, maka tak sedar akan kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri.

Love you ya adik! Zeni
Gambar raya bersama 2009
Gambar raya bersama 2010
Bulan syawal ni adik aku ni nak bertunang. Tahniah ya, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kau dengan Syah. Aku pun tak pasti adik aku ni baca belog aku ni ke tak. Kalau ko baca si adik sila komen. Wajib.
Comments
Tahniah lah kat adik kau nak tunang dah.. haishh.. jeles boleh? ;P
yui pon gtu juge..
ko jangan lah buat cam gitu. tak manis anak dara lawo2.HAHA.
ko bila lagi? cepatan sih. adik aku lagi muda dari ko tau!
ko memang tak berperasaan. kesian adik ko.
eh eh eh..
nak ke kena camtu? meh2 datang rumah meh..
tapi Enna abang2 kan ganas. pernah kena x smack cown ke.hihi
hehe.
biaslah kan. cuma jangan sampai ada dendam sudah.
eh aku tau sape yang sesorang 2 mesti sis najua kan2....
hishhh x leh simpan rahsia tol.
komen aku kat fb semalam 2 x d mende pon... jgn terasa hati... itu bukan untuk ko....untuk kawan lama aku
kindly
your litle sazeni