Posts

Showing posts from August, 2016

32 weeks day 7

Assalamualaikum. Belog dah berhabuk? Datang singgah nak mengemop kejap.  Mungkin lepas ni berhabuk balik. Entah kenapa, aku pandang laptop atas meja. Aku bukak blogger.com. Aku masuk email & password. Aku terus create new post. Aku barangkali sudah teringat-ingat cuti panjang bermula 20 Ogos nih. Tapi terkenang jugak apa yang sepatutnya aku perlu selesaikan sebelum cuti nanti. Takut-takut bila aku balik bercuti nanti akan menyusahkan ramai orang sebab ada kerja-kerja yang tertangguh. Maka minda dan otak aku sungguh celaru. Otak yang sedang beratur panjang tema dia. Satu siap. Ada lagi satu. Dua siap. Tiga pulak yang menanti. Empat dan lima dan enam dan dan dan... *pitam* Oh lupa mahu bilang harini sudah 32 minggu 7 hari kandunganku. Alhamdulillah. Harap-harap September akan menjadi hari yang indah dan bersejarah. InshaAllah. Belum pernah langsung rasanya aku berkongsi cerita alkisah semua ini. Tak ada rasa nak kongsi? Tak jugak. Tapi mungkin rasa sedikit segan. Bukan