Alkisah sebelum terbang ke Kelantan tempoh hari...
Assalamualaikum... Kisah dah lapuk, tapi aku baru nak update. Sebab dapat kursus tempat lain bulan depan. So tak nak tangguh-tangguh dah. Aku ke Kelantan sebab mengiring budak untuk debat. So membawa 8 orang budak, 4 orang pelajar debat Bahasa Melayu dan 4 orang lagi debat English. Nak dijadikan cerita, pada permulaan subuh hari itu aku menangis dalam bas. Syahdu gila beb. Sebab... Sebab aku percaya bahawa pelajar yang aku bawa itu sudah matang dan mampu untuk bangun pagi tanpa paksaan dan gesaan. Mampu untuk berfikir waras tanpa ada teriakan dari orang lain. Tapi sangkaan aku sangat silap dan meleset. Janji berkumpul jam 4.00 pagi tapi satu batang hidung budak pun tak nampak! Memula aku sabar lagi, tapi tunggu punya tunggu. Tak sampai jugak. Aku gigih naik asrama puteri. Korang rasa apa yang aku nampak? Yerp! Tengah tidur hokey. Tidur yang sangat lah lena! Maka aku pun jeritlahhhh. " Ya Allah tidur lagi?? Bangunnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!"