Posts

Showing posts from August, 2010

Sogo kes

Image
Konon menemankan mereka ke Sogo untuk shopping raya! Korang jangan berangan nak pergi jenguk la beb. Banyaknya umat manusia macam semut pulang petang. Aduhai semaknya rasa. Tapi terasa la suasana hari raya tu. BEST. Tapi! Sana sini ada sale. BENCI! Sebab aku tak mampu pun nak beli. Mengidam je tengok tas-tas tangan yang menggoda jiwa. Auwww! Menangis yang tak nangis sangat. Konsep redha itu penting sekarang ini. Sempat jugak pusing-pusing tengok baju budak-budak. Sebab Farah nak beli baju raya anak dia. Tetiba rindu Adik Hakim! Ishk. Aku pusing-pusing kot-kot nak belikan baju untuk adikku. Memang cantik! Tapi tunggu lain kali je. Sekali lagi tak mampu ;(

Abang botak

Image
Tergoda dan cair dengan abang botak dalam train ke Batu Caves tu! Oh tak tidur malam aku malam ni.haha (tipu!) Biarpun botak dia memang hensem. Entah siapa yang tak ku kenal. Syok tengok adegan, Fara dan Ana kejar abang tu naik tangga di Kl Sentral. Buat-buat tak perasan konon. Tapi akhirnya abang botak tu pandang Ana. Ceh! BUANG KARAN!hahaha

Teka-teki dan Jawapan

Image
Ada jawapan sekali: Soalan 1: Kenapa kalau Ibu sang babi dan anak-anak babi kalau berjalan tunduk je depan, tak toleh pun kanan atau kiri? Jawapan:Anak-anak malu sebab dia anak babi. Soalan 2: Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tidak dipanggil kereta? Jawapan: Teksi. Soalan 3: Kita berdiri dia baring, kita baring dia duduk. Jawapan:Tapak kaki. Soalan 4: Dalam banyak-banyak jam, jam apa paling besar? Jawapan: Jamban Soalan 5: Dalam banyak-banyak buah, buah apa banyak rambut? Jawapan: Rambutan Soalan 6: Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang jujur. Jawapan: Manggis Soalan 7: Dalam banyak-banyak air, air apa yang paling berani? Jawapan: Air terjun Soalan 8: Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang keluar Haid? Jawapan: Kura-kura. Soalan 9: Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang bertelur dan beranak? Jawapan: Siput Babi Soalan 10: Kereta dengan motor, mana lebih tua? Jawapan: Motor, sebab bertongkat Soalan 11: Dalam banyak-banyak sungai, sungai apa yang

Pantun dua kerat 30

Image
Arahan Dr. Normaliza pantun perlu di copy and paste di belog masing-masing. Sekian. Hasil Ciptaan Anitadahahs: 1. Masak lemak campur lada,buat jahat berpada-pada. 2. Syawal bakal tiba, tak sabar nak raya. 3. Hati girang penuh makna,bulan ramadahan bakal menjelma. 4.Buah ceri simpan di peti,sedang mencari si buah hati. 5.Kita insan punya matlmat, sayang dunia sayang akhirat. 6.Jangan telan ikan berduri, perlu mengaji amalan diri. 7.Buat rumah guna batu-bata, buang sampah jangan merata. 8.Mahu mengidam makan mempelam, ku ingin ucap selamat malam. 9.Pergi pasar beli selipar, banyak tidur jadi alpa. 10. Kuat makan badan jadi hebat, teringin makan sotong sumbat. 11. Mana si dia anak teruna, fikiran jadi gundah gulana. 12.Kita punya cogan kata, budi bahasa budaya kita. 13. Apa perlu ada pada jiwa, sayang sahabat cinta keluarga. 14. Minum air dengan gelas, gembira esok tiada kelas. 15. Anak tupai terjatuh, jadi anak perlu patuh. 16. Bangun pagi dah tengahari, perkara jahat p

Merdeka

Image
Bila semua orang nak ucapkan Salam MERDEKA. Aku pun sibuk jugak la nak ucap kan. Setiap tahun bila 310gos je memang meriah la nak sambut dengan bunga api bagai. Tapi waktu bulan puasa ni ada jugak ke semua benda alah tu. Aku rasa macam tak perlu kot! Perlu tahu slogan merdeka dan makna sebenar kemerdekaan pun dah cukup! |1 Malaysia menjana Transformasi| Berkesan ke slogan 1 Malaysia yang dicanang hebat ni? Tu persoalan yang korang kena wajib fikir sendiri la. Malas nak cakap banyak-banyak. Kang aku merepek macam-macam kena saman pulak kan. Yeke kena saman? Ah malas aku nak fikir! Negara memang dah merdeka, tapi rakyatnya merdeka ke? Takpun jiwa korang sendiri. Merdeka? Tepuk dada tanya selera lah ye! Salam MERDEKA!

Mimpi Ular

Image
Aku terjaga je pagi tadi aku ingat 92% mimpi aku tu. Ya! Aku memang tak lupa punya. Aku mimpi ada banyak sangat ular. Hish. Alkisahnya di dalam mimpi aku tu, aku berada di suatu tempat yang aku tak pasti. Bersama beberapa orang budak kecik. Aku je yang paling tua. Aku perlu jaga budak-budak tu. Tapi entah macam mana boleh pulak ada banyak ular. Banyak sangat! Macam-macam jenis dan macam-macam warna, besar kecik semua ada. Ish seram! Aku perlu jaga budak-budak tu daripada dipatuk. Tapi... Akhirnya aku yang dipatuk...Sakitnya!(dalam mimpi tu tak sakit pun) Aku pun berfikir sejenak. Apakah petanda mimpi ular tu. Orang zaman-zaman dulu kata, mimpi macam tu ada orang yang nak datang meminang. Errr? Ada ke orang yang nak datang meminang macam aku ni. Tak ada la kot kan.Haha. (tipuu :P) Mungkin juga akan ada malapetaka atau masalah yang bakal terjadi pada aku. Oh tidak! Mintak dijauhkan nak raya ni beb. Harap kesihatan baik-baik sahaja. Tapi dalam mode yang lain, aku rasa macam seru a

Anklet

Image
Terima kasih kepada Encik aku sebab menghadiahi aku anklet a.k.a gelang kaki. Memang dah lama mengidam. Tapi mengidam pun tak dilayan. Sobs~ Tapi setelah sekian lama dapat la jugak hari ini. Mungkin hadiah hari raya! Sayang ENCIK BEBET. ♥ Mintak sebenarnya masa keluar tadi.hihi. Tapi tak sangka la dapat betul-betul. SUKA...

Berbuka tak sudah

Image
Aku sedang bersiap mahu berbuka puasa di luar lagi hari ini. Banyak duit kau ye! Hish. Bukan aku keluar duit pun harini. Sebab aku keluar dengan Encik Cinta aku. Bukan senang tau nak dengar Encik aku ni ajak keluar. So aku sangat bersyukur. Mahu cantik-cantik bersiap ni. Tapi bila tengok semua baju dalam almari tu semua aku tak berkenan. Dah sah aku perlu baju baru! Tapi nak beli pakai apa? Duit pun ala kadar je. Sedih kan aayat aku? Kot-kot la aku dapat mintak apa-apa barang dengan Encik nanti. Weee! Jangan harap! Mahu berbuka puasa makan apa pula ya hari ini.. LAPAR! dan DAHAGA!

Jeram KS

Image
Sebelum aku cerita panjang pasal berbuka puasa semalam. Mari layan gambar yang tak seberapa seronok untuk ditatap! Klik-klik... Muka pertama si Pakcik ketua Zaimi yang bertugas menguruskan makan-makan ni. Separuh lulus! Makan pun tak ingat dunia dia. ;p Ok dah tengok? Aku bagi 3 bintang dari 5 bintang yang ada. Hish. Seronok memang la seronok sebab bergelak ketawa masa lepak-lepak kat pantai tu. Cuma yang tak seronok MAKAN BERBUKA sangat LAMBAT. Pukul 9 baru dapat melantak. Aduhai. Memang perut pun dah masuk segala angin halilintar. Hati ni menahan perasaan macam nak campak pinggan-pinggan atas meja tu. hehe Macam mana ni cik Zaimi? Plan berterabur habis. Lain kali deal baik-baik ya. Jauh ni nak datang. Nak dekat 2 jam perjalanan baru sampai. Patah pinggang duduk dalam kereta lama-lama. huhu. Mood pun jadi kurang bagusss... Harap-harap persahabatan kita berkekalan lah ye. Buat cik Buchairy yang bakal ke Jepun bulan 11 ni. Jangan lupa kami! 3 tahun tu. Tau2 kang balik sini

Persoalan faham

Image
Aku tidak berada di dalam keadaan dan situasi beliau. Maka aku pun tak memahami. Bukan sengaja tak nak faham. Tapi memang susah nak faham. Hehe. Sebab aku tengok dari dulu sampai sekarang memang macam tu je tak berubah. Penat dah nak faham. Kan? Jadi... Aku pun diam malas nak bertanya itu dan ini. Buat-buat faham yang aku tak faham nak memahami sesuatu yang aku tak faham dan perlu faham. Ada faham? Aku yang kejam sebab MALAS nak FAHAM! Kalau lah korang tahu dan faham apa yang aku tak nak fahamkan ni. Mesti korang dah gali kubur dan nak tanam aku dalam tanah. Sebab perkara yang aku tak nak faham ni kejam beb! Muahahaha :D

Berbuka Puasa lagi

Image
Kalau semalam aku berbuka puasa di dalam UPM dan bersama kawan-kawan sekelas. Hari ini mahu keluar berbuka puasa pula dengan teman-teman yang sangat jarang jumpa. Kawan lama juga la kot. Lokasai : Pantai Remis Jeram Mahu makan seafood yang sedap-sedap. Yehhha! Tunggu gambar yang bakal di upload malam ini ye. Pergi bersama Ana, Farah, Kak Ana, Kak Fara. Aiyoo..ada dua orang nama Fara dan dua orang nama Ana. Bukhairi dan Zaimi. Really can't wait! Sebab dah lama sangat plan nak keluar sama tapi susahnya nak menjadi. Love***

kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Image
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang. 1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA. 2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik. 3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. 4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA. 5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan... 6. mem

Kosmate BKM

Image
Seronok. Cukup simple untuk menyatakan kami bahagia berbuka puasa petang tadi. Alhamdulillah semua orang sporting dan tak lupa memang kami kenyang sangat lah ye. Hanya dengan membayar RM1O memang cukup berbaloi-baloi. Cuma ada sedikit terkilan, ada diantara kami yang tidak join aktiviti ni hanya kerana keluar atas alasan yang tidak kukuh. Mahu debik dia! Dush. Dengan gigih juga aku datang antara yang palin awal ye. Orang nombor dua. Aiya. Semangat sungguh nak makan punya pasal :P Gambar sebenarnya banyak. Tapi bukan dari kamera aku. Sebab aku malas nak tangkap. Sebab nanti muka aku tak ada. Haha. Jadi gambar-gambar ni aku ambil dari facebook mereka. Manis dan ayu tak kami? Pewiitt. Boleh kalau nak ngorat kami. Ada mahu? Haha. Meriah macam hari raya! SELAMAT BERBUKA PUASA.

ok

Image
Tak paksa pun. Go ahead! Smile :)

Berbuka Puasa

Image
Tak sabar nak berbuka puasa petang ni ramai-ramai dengan budak-budak kelas! Makan banyak itu sangat pasti. Kruukkk. Lapar!

Personal taste

Image
Sedang khusyuk aku melayan cerita PERSONAL TASTE. Lagi-lagi hero dia yang hensem tu. Duh! Aku sedang mencair seperti ais. :P Belum habis tengok pun aku sebenarnya. Baru tengok sampai episod 10. Sanggup aku tak tidur kalau dek kerana cerita cam gini. Tapi kalau bukak buku sekejap aku dah ngantuk. Hish. Sekeh kepala aku cepat! Jom pakat tengok ramai-ramai. Ke korang dah tengok? Haha. Aku yang terlambat ye. ENJOY WATCHING!

Alone lagi

Image
Seorang diri ditinggalkan my rumet sayang . Die bershopping hari-raya katanya. Ishk jeles sebab dia selalu sahaja keluar bersama Cik Cinta. Sangat berbeza dangan dunia Encik Cinta aku. :( Aduhai mahu mencari Encik Cinta yang baru la. Agak-agak ada sapa-sapa tak yang nak menjadi pengganti Encik Cinta aku untuk sehari. Haha. Dan malam tadi aku digigit nyamuk! Mesti ini sebab Ana tak ada dan nyamuk kelaparan tak tahu nak makan darah sapa. Tengok darah aku pulak yang nyamuk bantai. Ana jangan lambat-lambat balik. Aku dah tak mampu nak derma darah pada nyamuk ni. Kalau tak, tak pernah la nyamuk ni nak gigit darah aku. ZZZZZZ. tiduran tak lena.
Image
DUNIA BELOG INI MENYENTAP HATI BEB! Mahunya tak sebab kita dapat tahu perasaan dan hati orang lain. Aduh! ***ada kemungkinan belog ini akan luput a.k.a lupus. :p

Apakah?

Image
Kadang-kadang aku tak paham kenapa ada seseorang tu sikapnya yang terlalu cepattt MELUAT terhadap orang lain? Ha? Kenapa?? Kalau nak sekali dua meluat tu it`s ok boleh maafkanlah. Ini aku tengok sana meluat, sini meluat, situ pun dia meluat. Kenapa?? Dia tak fikir ke kalau dia meluat kat orang selalu dan selalu, orang kat luar sana tu suka sangat ke pada dia? Entah-entah orang pun meluat dekat kita. Kan?? Sebab aku dah terkena kot ada yang berterus terang meluat dengan aku, dan akhirnya aku DOWN gila-gila sebab rasa macam terpinggir dan apa-apa je yang seangkatan dengannya. Jujur! Aku pun bukanlah baik sangattt kan, aku juga bukanlah tak pernah nak meluat kat orang. Tapi aku tengok cara dia tu dah terlalu parah. Meluat perlu ada tahapnya. Perlu ada batasnya. Ah! Aku pulak yang meluat dekat dia!!! Memang mulut aku ni pun dasar cap biawak! SORRY naik lori. noktah

Temuduga

Image
Temuduga dah beres untuk pagi ni. Nasib baik dapat dengan Encik Hanif yang baik hati dan lemah lembut tu. Tapi tak tahulah apa yang dia nak nilai dari aku. Semua tu terpulang pada Encik Hanif sama ada nak bagi respons yang positif atau negatif.Aku dah cakap bla bla bla bla. Agak-agak dia nak percaya tak? huk Berserah jelah mengharapkan yang terbaik! Sebab aku tahu aku pergi temuduga ni pun ada yang terasa hati dengan aku. Tak apalah masing-masing punya perasaan.

Perasaan

Kadang-kadang kita selalu menjaga perasaan orang lain. Tapi perasaan kita sendiri tak terjaga pun. noktah

Syukur kedua

Image
Berbuka puasa di Klcc arini bersama sahabat KHZ. Terima kasih kepada beliau kerana membelanja aku makan kenyang hari ini. Bukak puasa pun lambat, hilang dah suku pahala aku. Haha. yeke? Akak buat air tu lambat sangat siapkan air aku. Kering dah tekak aku nak minum. Ishk. Nasib baik depan beliau ni maka aku pun ala-ala kontrol ayu gitu. Auuw! ***gatal... Terima kasih juga pada coklelat-cokelat itu. Kononya yang dibeli di Labuan. Encik KHZ? betul eh? ke u beli di KL je? Lama sangat dah die peram berbulan baru nak bagi kan. Ishk tapi aku ni nak bising-bising pulak orang dah bagi tu cakap jela terima kasih. Dush! Sila tampaq aku. Oleh kerana cokelat yang sedia ada Ana bagi tu pun tak habis lagi, aku pasti cokelat ni pun pas raya ada lagi. Haha. Puasa beb tak sempat nak makan. Selepas ini dalam mode menggemukkan diri kerana coklat itu.. (sbb ada yang cakap aku kurus!hihi)

Syukur pertama

Image
Alhamdulillah.. Syukur bila dah dapat tau markah untuk BBM 3411 petang tadi. Bukanlah aku dapat markah yang terbaik, sebab ada lagi yang terbaik kuasa dua. Tapi aku cuma dalam golongan yang baik je. Rasa cuak yang teramat bila dalam kelas Puan tadi ada bagitau yang ada sesetengah student dapat 3/20! Ya Allah rasa seram dalam jiwa ni. Sebab rasa-rasa macam tak dapat nak jawab. Aku ke yang dapat markah rendah tu? Ishk. Bila dapat markah ini elok sikit aku rasa lega sebab tatabahasa markah aku tak power! Ish sedih laaa... Risau dengan pointer aku. Jangan la menjunam jatuh. Harap-harap semuanya ok :)

Facebook

Image
Sekarang ni semua orang sangat gila dan taksub dengan facebook. Sangat jarang sekali aku rasa kalau dah nama student tu tak ada laman sosial facebook ni. Tak ada syok sangat pun dengan facebook ni. Kalau kita hadap berjam-jam memang bosan beb. Tapi cuba tak bukak sehari. Memang gian tau! Betul tak? Ala.. toksah tipu aku la. Sebab aku jujur bagi tau memang aku pun macam anda semua. Lagi-lagi bila dah mengadap facebook semua kerja memang lambat nak jadi. Buat kerja pun tertangguh-tangguh. Ishk. Tapi cuba kalau tiba-tiba internet problem, ha masa tu sudah pasti kerja semua siap sebab tak berpeluang nak bukah facebook kan. kihkih. Disebabkan aku yang taksub dengan facebook ni, aku ada buat tiga akaun facebook! Wohho kenapa la aku macam batak sangat nak ada banyak-banyak kan. Sebenarnya facebook yang dua lagi tak rasmi tu aku buat untuk tujuan penyamaran ala-ala detektif Conan gitu. Juga nak mengendap apa yg skandal aku buat! Opsss.. Dah terkantoi pulak. Tapi aku tak kisah, sebab tak

Kehidupan sahabat

Image
Kalau rasa betul kita ni SAHABAT BAIK. Kenapa perlu makan hati lama-lama. Kalau betul kita ni SAHABAT BAIK. Kenapa diam memakan diri. Kalau betul kita SAHABAT BAIK. Kenapa perlu mengelak diri. Kalau betul kita SAHABAT BAIK. Kenapa tidak mudah memaafi. Kalau betul kita SAHABAT BAIK. Buruk dan hodoh perlu terima. Kalau betul kita SAHABAT BAIK. Abaikan saja keegoaan diri. Kalau betul kita SAHABAT BAIK. Jangan sekali mengasing diri. Kalau betul kita SAHABAT BAIK. Luahkan apa yang terbuku di hati. Kalau betul kita SAHABAT BAIK. Kenapa perlu kau buat aku tertanya-tanya. Kalau betul kita SAHABAT BAIK. Bukan berdiam cara yang terbaik. Sedihnya hati, terkilan diri, kenapa ego perlu menguasai diri. Aku manusia biasa yang tak pernah lekang dengan melakukan kesilapan dan keasalahan. Besar sangatkah apa yang aku buat sampai kau betul-betul senyap memakan hati. Ya! Mungkin kau makan hati kau sendiri, tapi tangkai hati aku juga kau makan sahabat. ***mood KECEWA! :(

Luna Maya

Image
Aku sebenarnya tak kenal pun Luna Maya ni. Bila dia ada kes hebat dan mantop dengan si Aril peterporn ni baru lah aku tahu kewujudan minah Luna Maya no. Haha. Tapi bila aku tengok dia, memang cun pun orangnya. Maka? Aku pun suka dekat Luna Maya ni. Haha. Mesti korang berbulu je kan bila aku nak puji dan suka Luna Maya ni. Haha. Itu dia punya hal lah nak buat apa. :D Makanya aku pun search la di google ni dan masukkan muka-muka comel Luna Maya ni. Tengok lah ye, memang comel kan? Dah habis tengok? Sebab dia comel camnila Aril tu nak sangat kat Luna Maya ni. Ishk. Ok. Eh nak tanya sikit siapa ada cerita panas dia dengan Aril tu. Kot-kot kalau ada sila bagi aku ye. Hahaha. Jahanam punya Anitadahahs. Dusssh!!!

Boleh la.

Image
Macam mana dengan Test aku tadi? Erm.. Boleh la. ishk macam tak cukup yakin kan? Bukak-bukak je tengok soalan kepala dah tingtong habis. Tah apa yang aku jawab aku sental je.

Test

Image
Besok ade mid term test BBM 3411. Aku macam hampir terlupa. Sungguh dahsyat anitadahahs. Padahal dah banyak kali dah Puan pesan ada test tu. Cuai cuai cuai cuai cuai atau pelupa? Mungkin aku lupa sebab banyak makan kepala ikan.hehe :p Mana nota-nota yang aku salin dalam kelas ye? Aku macam terkeliru. Berterabur entah mana-mana. Ishk kejap lagi nak cari dan start baca..

Maaf

Image
Dia terasa hati dengan aku ke? Aku MINTAK MAAF yang teramat. Aku pun macam tak sangka kau boleh terasa hati dengan aku. Tak ada niat langsung. Harap kau faham. Maaf sekali lagi sahabatku.

Fear Factor Jepun

Image
Keji! Aku pasti korang pun tak larat punya nak tengok benda alah yang aku upload ni. Kreatif ke kalau macam ni? Ini dah terlebih dah. Hish. Tengok la gambar yang pertama ni, boleh pulak dia sengih-sengih bahagia macam ni. Bahagia ke? Tolonglah! Sila MUNTAH ye kawan-kawan. Yuckksss! Tak nak aku cerita panjang-panjang... Tapi kesimpulannya manusia akan menjadi dungu apabila mempertaruhkan duit yang sangat banyak. Tapi dapat ke pun mereka ni? ***Gambar ni aku dapat dari mana tah aku lupe, tp aku serach kat pakcix google..

Proposal

Image
Oke DONE! Proposal BBK3409. Harap semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Tapi nak tengah malam cam gini baru siap. Sila tumbuk aku sebab terlalu banyak sembang dan makan. ***yabedabeddduuu...

Sahabat tercinta

Image
Mengenangkan sem kali ini sem terakhir berpuasa bersama teman-teman tercinta. Rasa sayu tu datang lagi. Sayu tu selalu sangat datang dan pergi. Ah benci! Tapi macam-macam mana pun perpisahan tu akan datang tahun depan. Ngeri. Hmm.. Bila dah jauh nanti aku pasti akan secara tak tersengaja akan hilang hubungan yang akrab tu. Almaklumlah masing-masing ada tanggungjawab bila dah habis belajar kelak. Dengan kerja yang sibuknya lagi. Apatah lagi si makcik Fara yang sudah menjadi ibu muda yang anngun gitu.. Makcik syikin yang selalu hilang waktu cuti, Azie yang semakin tua bersama Ana dan pasti mereka kahwin dulu. Haha. Tapi kalau korang sambung master jangan lupakan aku. Ah jeles! Buat sayang-sayang syikin , azie , farah , ana , ila Rasid, Iela.. :( Persahabatan kita untuk SELAMANYA. muahx~ cayang korang banget...