20 kilogram yang hilang
Percaya atau tak. Korang kena percaya. Sebab aku pun macam tak percaya. Berat aku hilang 20 kilo lepas bersalinkan si Orked. Ramai yang tegur aku lebih kurus berbanding anak dara. Masa nak kahwen tempoh hari pun susah wei nak turun berat badan! Aku pun tak percaya sekali lagi. Padahal aku tak ada lah nak diet sangat-sangat pun. Cuma masa dalam pantang, aku memang jaga makan sangat-sangat. So bila dah selim melim aku pun gumbira. Cik abang pun suka lah dia. hua hua hua. Nak ke nengok muka daku yang selim ni? Tunggu aku dapat ilham nanti ya baru aku kongsikan. Aku pun tak tau sampai bila akan maintain begini. Sekarang ni macam dah start selera makan balik pulak. Haish.