Berehat mencoret seketika. :)
Assalamualaikum. Ramai sebenarnya yang sudah bertanya kenapa tiada coretan baru. Dan tidak kurang juga ada yang menyuruh aku mencoret apa-apa saja cerita. Maaf kepada peminat setia yang singgah di belog ini. Buat pengetahuan kalian, belog ini akan berehat seketika. Mungkin dalam masa sebulan ini tiada coretan yang akan hadir. Mungkin juga sehingga dua bulan. Tetapi itu tidak berani aku nak janji 100%, kot lepas ni tetiba rindu nak update. Ada lah dia. hee. Dalam masa yang sama, sekiranya aku punyai kelapangan masa yang banyak. Akan ku singgahi belog kalian. Doakan daku dalam kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan! InsyaAllah. Ouh sebelum lupa, aku sudah punyai rumah baru di Batu Caves. Betul-betul dekat area kuil Batu Caves tu. Kalau sesiapa ada tau Petronas Batu Caves, rumahku ada di situ. Yeeha. Kot ada yang nak keluar minum-minum dengan aku. Jummmmm. Ikhlas, Anita.