Posts

Showing posts from June, 2013

Melawat Kuching Sarawak!

Image
Assalamualaikum. Ini antara entry yang agak lapuk sebenarnya. Tapi baru nak memunculkan cerita dalam belog ni as a kenang-kenangan aku pergi Sarawak last month.  So far percutian aku kat sana sangat BEST! 5 bintang aku bagi. Sebabnya ada kawan aku yang kerja dekat sana, so nak kemana-mana sangat senang sebab dah ada pemandu pelancong yang sangat bertauliah. Kawan baik aku masa form 5 dulu Cik Ulfah Zahira. Plus Pakcik Zul selaku tunang kawan aku tu. Pengangkutan free! Tempat tidur pun dah free! Kadang makan pun terfree sebab dorang belanja pulak kan. Untung sungguh. Makanya terbang lah daku ke bumi Kuching pada hari Khamis malam dan berkampung sampai ahad kat sana. Jum layan jalan cerita aku dari start aku sebelum terbang ke Sarawak sampailah hari Ahad aku terbang balik ke KL! Nak ikutkan aku pergi ke LCCT naik bas dari KL Sentral, so tambang bas around RM10. Perjalanan ambik masa dalam sejam. So far oke saja, sebab aku malas nak drive plus tak reti ja

Pabila Makan Berbunyi-bunyi?

Image
Assalamualaikum. Paham tak maksud makan berbunyi yang aku nak cakapkan kat sini? Bukanlah makan berbunyi yang kruk krak kruk krak kalau korang makan keropok atau benda-benda yang rangup tu. Tak tak tak. Kalau makan yang berbunyi macam tu, memang tak boleh nak buat apa lah. Itu masih normal. Ni makan berbunyi yang aku maksudkan is, makan yang mengecap ngecap. Contohnya kau makan nasik oe benda yang lembut dalam mulut, tapi mengecap ngecap pulak. Bunyi bising semacam! Entahla, susah aku nak komen benda alah ni. Mudah je nak cakap, makan tapi sambil tak tutup mulut! Sebab tu lah secara tidak langsung akan menjadikan kita makan berbunyi yang sangat tak best. Fuh. Mungkin lah jugak sebab makan tu sedap sangat? Tu yang berkecap-kecap tak hingat kan? Boleh lah kot kalau nak positif kalau tang itu. T_T Lagi-lagi benda ni berlaku kalau orang perempuan! Opss. Tak manis kan? Tapi orang laki pun sama jugak. Tak terkecuali hokey. Hmm. Plus lagi, orang yang makan berbunyi menge

Menawan Broga!

Image
Assalamualaikum. Bertitik tolak dengan entri maksud penyakit akut ketinggian tu, baru aku tersedar. Ada entri Broga yang belum aku update! Makanya aku pun nak update lah kat sini, padahal bulan lepas punya cerita. *entri basi tu perkara biasa* Alkisahnya...  Memang aku dah lama gila mengidam nak kesini! Teringin sebab tengok ramai yang cerita best lah bagai ke sini. Jugak sebab macam cantik je kalau bergambar kat atas ni. Maka plan last minit je yang jadi, kalau plan awal-awal selalu sangat tak menjadi!  welcome to Broga! Maka berempat daku pergi memanjat Broga tu! Dengan dua orang kezen aku Apish & Fadil, jugak Mr. N. So aku sorang saja pompuan dan kena buli! Nak ikutkan ada kezen pompuan sorang lagi nak join iaitu si Nadrah, tapi last minit cancel.   .dengan dua ketul kezen aku. kanan tu Apish & Kiri Syapiq. (anak kepada adik mak aku) Makanya bergerak lah kami dalam pukul 4.40 pagi lebih kurang dari Batu Caves ke Semenyih!  Sampai sana dalam 5

Adik Tersayang | Sunat

Image
Assalamualaikum. Cuti sekolah yang lepas, adik bongsu ku yang tersayang selamat bersunat sudah. Si Azizul Hakim ! Sudah darjah 4  dah dia. Rasanya dulu macam kecik je macam baby. si adik ketika ini darjah 1 Budak yang sangat bijak dan baik sorang ni. Mungkin kerana dek nama Hakim tu, dia sangat bijak menjadi hakim kecik dalam family. Fuh. Sangat sabar melayan kerenah si adik yang bongsu ni. Jugak budak yang sangat hyperactiv masa kecik-kecik! Tak pernah nak duduk diam! Jugak pernah terjadi masa kat atas moto boleh pulak budak kecik ni meloncat turun ke bawah!! Dengan moto tengah bergeraknya. MasyaAllah, habis kepala berdarah-darah siap kena jahit. Hmmm. Sabar jelah! Nasib baik sihat walafiat tak jadi pape. Nak ikutkan banyak lagi kisah ngeri yang adik ku ni buat, tapi kalau cerita kat sini memang tak terhabis. Untuk pengetahuan kalian, daku ada 10 adik beradik. 8 perempuan dan 2 lelaki. Kebetulan pulak yang lelaki tu, tang abang yang sulung sebagai pembuka bicara &

Beg Raya Sudah Beli!

Image
Assalamualaikum. Yeay *melompat riang* Daku sudah beli beg raya! Semangat terlebih kuasa doploh aku nih. Padahal puasa pun belum, tapi dah pikir memacam nak raya pakai apa dan sebagainya. Tapi daku positifkan suasana bahawa, persediaan yang sangat awal itu penting. *senyum manja* Hamboi bergroupon saja? Kan? Comfirm akan ada yang cakap macam ni kat aku. Especially family aku kalau ada yang tengah baca entry ni. Ehem. *peace  yaw* Ini sambungan cerita groupon yang aku ada cerita tempoh hari. Simple je beg dia! Kecik dan bergaya. Kononnya lah kalau aku yang pakai beg ni. Harga dalam RM45 satu. So lelaju aku beli dengan opismate aku.  kredit - groupon Meh bayangkan kalau aku pakai yang macam kat atas ni. Cantik kan? *angguk kepala* Simple saja. I loike! kredit -  groupon  Beg yang aku beli sebenarnya warna hitam tu, nak warna coklat! Tapi sudah habis. =( Tapi hitam pun hitamlah! Sebabnya dah lama aku tak beli beg warna hitam. So colour hitam sangat sesua

Wordless Wednesday | And Allah Knows Best

Image
Assalamualaikum. Kredit - Google

Musim Kahwin- Kahwin

Image
Assalamualaikum. Selesai sudah cuti sekolah! Maka selesai sudah semestar kawan-kawan kahwin! Semestar lah sangat kan? So menunggu penggal yang cuti yang lain. Bila eh? Akhir tahun lah kan pastinya. Pastinya juga akan ada jemputan yang tak berkesudahan.Sebabnya ramai lagi kot kawan-kawan yang belum kahwin! So sekarang ni nak buat entry sesimple yang boleh, mengabadikan kenangan bergambar dengan pengantin-pengantin yang ada. Tapinya tak semua pun aku sempat datang! Jum kita tengok pengantin-pengantin cantiks. 1. Si cantik manis Fatin. Kawan yang aku kenal sejak dari tadika sebenarnya. Tahniah Fatin! =) 2. Terus laju-laju pergi rumah Lina! Tahniah buat Lina & suami. Kawan kelas  masa form 6. =) Tapi gambar kurang jelas. 3. Tahniah juga buat Halijah & suami. Kawan rapat jugak sebenarnya masa sekolah rendah & tadika. Tapi dah naik menengah macam kurang bertegur sapa. Mungkin sebab dah tak sekelas. =) 4. Tahniah buat sayangku Nana yang tinggi lampai!