Menawan Broga!
Assalamualaikum.
Bertitik tolak dengan entri maksud penyakit akut ketinggian tu, baru aku tersedar. Ada entri Broga yang belum aku update! Makanya aku pun nak update lah kat sini, padahal bulan lepas punya cerita. *entri basi tu perkara biasa*
Alkisahnya...
Memang aku dah lama gila mengidam nak kesini! Teringin sebab tengok ramai yang cerita best lah bagai ke sini. Jugak sebab macam cantik je kalau bergambar kat atas ni. Maka plan last minit je yang jadi, kalau plan awal-awal selalu sangat tak menjadi!
welcome to Broga!
Maka berempat daku pergi memanjat Broga tu! Dengan dua orang kezen aku Apish & Fadil, jugak Mr. N. So aku sorang saja pompuan dan kena buli! Nak ikutkan ada kezen pompuan sorang lagi nak join iaitu si Nadrah, tapi last minit cancel.
.dengan dua ketul kezen aku. kanan tu Apish & Kiri Syapiq.
(anak kepada adik mak aku)
Makanya bergerak lah kami dalam pukul 4.40 pagi lebih kurang dari Batu Caves ke Semenyih! Sampai sana dalam 5. 30 pagi kalau tak silap. Drive naik kereta hijau daku tu, then daku jugak yang drive sampai ke Broga. 3 jejaka yang lain duduk je arahkan masuk jalan sana, masuk jalan sini. Kena buli rasanya. *sedih kejap*
Sejujurnya masa memula nak panjat Broga ni aku semangat gila, maka dorang jalan laju pun aku layankan jer. Tapi dah naik sikit aku rasa semput! Bukan setakat semput je, dah nak naik pitam. Kepala otak dah pusing-pusing nak muntah bagai. Huwaaaa. Nak ikutkan hati aku! Aku dah nak nangis dah. Tapi aku tabahkan hati je lagi. Malu kot! Aku malu dengan Mr. N! Yelah, 1st time aku rasa dengan muka aku
yang hodoh gila penat gitu berdepan dengan dia. Before this keluar tak
ada la buruk-buruk sangat kan. Nampak sangat nak control ayu kan? HAHA.
masa ni serius nak pitam!!
(sempat pulak curik ambik gambar aku tengah semputt dorang ni)
Pelan-pelan aku daki tu sebab tekadkan hati nak sampai jugak kat puncak. Sabar Mr. N dengan kezen-kezen aku melayan kerenah aku. Siap kena pimpin jugak lah. Malu jugak sebenarnya sebab diakui yang aku ni lembik orangnya. Nampak je macam kuat dan cekal bagai, tapi stamina aku sangat zero. So apa pun thanks pada hero-hero yang membantu! *terharu*
jejaka-jejaka kuat
TAPI... dalam masa yang sama ada cerita yang lawak guling-guling aku nak cerita kat sini. Kan aku ada cakap tadi, kepala otak dah pusing dengan angin satu badan bagai. Maka angin dalam perut aku ni memulas nak keluar! Waduh, masa tu aku dah tak pikir apa dah sebab badan tak bermaya. Dengan selamba je aku mintak izin, " Nak kentut boleh tak?" Terus aku buang angin kat situ dengan kuat dan berjaya!!! =P Mana nak tau kentut tu bunyi kuat, aku ingat dia nak kuar pelan sajo. Kezen aku yang duduk jauh tergelak-gelak sebab boleh dengar dari jauh! Cisss.
Sebenarnya tak kuat pun! Kan naik subuh hari pukul 6 pagi, so kan tempat tu agak sunyi sebab tak ramai lagi orang yang panjat. Tu yang jadi dengar tuuuuu. Bukan kuat pun! *alasan*
Sampai ke sudah lah daku kena perli kat atas tu!! Sampaikan kezen aku cakap dengan Mr. N " Ko nak tau tak, sepanjang aku kenal dia ni dari kecik. Tak pernah aku dengar dia kentut macam ni. Kali pertama aku dengar!" Dang! Saja je kan nak membuli aku. Maka, wujud lah gambar kat bawah ni.
siap ada tugu khas untuk aku! cisss.
(pergi cari kalau uol pergi sini )
Ye saya tau kentut saya wangggiii!
Kentut saya juga yang buat mereka teruja?
So far aku tak ambik hati pun benda alah semua tu. Buat aku jadik lagi happy sepanjang kat sana. Ada la benda yang nak diborak sentiasa. Hilangkan semua stress yang ada. Meh layan sikit picca sepanjag kitorang kat Broga.
merenung masa depan sangat nih.
Then turun dari Broga dalam pukul 7 lebih kurang. Balik tu aku dah tak mampu nak drive! Mengigil lutut beb. Tapi kalau ada sesiapa yang nak ajak pergi Broga lagi aku masih lagi JUMMM!
So pesanan aku pada kalian yang nak datang sini, elok lah gerak awal subuh. Sebab cuaca pun tak panas. Tapi kalau pergi hujung minggu memang orang ramai gila. So far mendaki dengan berhati-hati, nampak macam mudah. Tapi tidak semudah yang dijangka kan. Lagi-lagi kalau hujan, jalan akan jadik agak licin. Maka pergilah pada cuaca yang elok dan tidak hujan.
Sekian terima kasih.
Ikhlas,
Anita.
Comments