Posts

Showing posts from August, 2011

Demam dan Raya

Image
Assalamualaikum. Semalam aku kerja half day, sakit perut ya amat-amat. Aku balik rehat pukul 12 terus dah tak balik opis. Perut sebelah kiri aku sakit yang lain macam. Then bila pergi klinik doktor cakap aku kena gastrik. Pelik rasanya kena gastrik, tapi bila fikir balik tak perlu nak pelik pun. Memang aku langsung tak jaga makan. Sekarang padan muka aku. Berguling-guling aku sambil meleleh-leleh air mata semalam. Tapi dah duk sorang, tak ada sapa yang nak tolong picit-picitkan. T_T Hari ni sepatutnya aku MC. Tapi aku gagahkan diri untuk datang kerja jugak, sebab ada perkara yang nak disetelkan sebelum balik kampung besok. Nak jaga prestasi lah konon, almaklumlah aku kerja pun belum comfirm. Hurm. Nak raya tapi badan tak sihat. Ah. Memang tak best lah kalau camni. Susah nak kemas rumah kang. Oklah. Nak cakap banyak pun mood tak berapa nak best. Ha, kepada mereka-mereka yang dah nak gerak balik kampung hari ni. Selamat pulang ke kampung ye. Jaga diri baik-baik. Uc

Edisi Kad Raya

Image
Assalamualaikum... Kad raya yang aku janjikan nak bagi pada mereka yang berkenaan Alhamdulillah ada yang dah sampai. Senang hati sket. Respons yang Nita dapat dari Kak Reen, Kak Siti, Yui & Kak Ita. Yang lain2 sila respons juga oke. Cumanya pada dua orang yang lambat respons email Nita, Myra dan Khairul. Maaf kad tak dapat disempurnakan dek kesibukan yang tetiba. Nak blogwalking pun langsung tak sempat sekarang ni. Jadi pada Myra dan Khairul, kad raya akan diganti dengan barang lain selepas hari raya ye. InsyaAllah. Oklah. Then kepada yang ada hantar kad raya pada Nita, maaf ye Nita belum dapat tahu sama ada kad tu dah sampai ke belum. Sebab hantar pakai alamat kampung, maka hari Ahad nanti Nita dah sampai kampung baru tahu. Jadi respons untuk bagitau kad tu sampai or tak, seminggu lepas raya. Maaf ye* Kecuali pada Kak Reen, sebab hantar alamat yang lain. Much love :)

Busy mode*

Image
Assalamualaikum... Bos pun berkata: " Tina, hantar report sebelum balik cuti kampung..." " Saya cuba siapkan. " " Mana boleh cuba-cuba. Saya cuma nak dengar boleh atau tidak saja." " Oke boleh bos! " *** Gulp. Aku pun telan air liur sebab konon-konon nak siapkan dan hantar lepas raya. Sebab tu aku buat tak pandang je dengan fail-fail ni. Penyakit carik sendiri namanya. Satu pun tak start lagi, tapi aku tetap jugak nak update belog. Hish. Ok bye! p.s eh! kad raya aku dah pos yer minggu lepas pada orang yang berkenaan.. kalau dah dapat sila lah bagitau aku. :)

KISAH POKOK SEMALU DAN WANITA MODEN

Image
Assalamualaikum... *Nak share cerita yang aku baca dekat bicara islam* * * * Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim

Tag dari PuanStoberi: Lagu Raya Kegemaran.

Image
Assalamualaikum... Dapat tag dari Kak Reen iaitu kena post lagu raya kegemaran! Dan pilihan lagu raya aku ialah lagu ini. Mehla kita dengar beramai-ramai... Bagi aku lagu ni sangat best, sebab apa pun aku tak tau. Tapi sebab aku suka nak dengar. Terasa semangat rayanya walaupun dah besar gajah macam sekarang ni. Syarat tag ni kena tampal lirik lagunya! tapi aku buat shorcut. Tak tampal lirik tapi tampal video saja. hihi. Ingkar arahan aku ni. :D Lagu raya dulu-dulu jugak yang best! lagu raya jaman sekarang punya sudah enggak seronok dong. Selamat Hari Raya Advanced! Aku tak tag pada siapa-siapa, tapi kalau sesiapa yang rajin buat saja...oke. p/s THANKS KAK REEN!

Hari 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?

Image
Assalamualaikum... Hari 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu? 1.Simpan dalam bank terus dan dapatkan bunga-bunga cinta yang banyak! Seterusnya... 2.Nak bawak ahli keluarga pergi menunaikan ibadah Haji. Nak bawak semuaaaa orang. Bawak ayahanda, bawak bonda, bawak nenda aku, dan adik beradiks ku yang 10 orang tuh. Yang abang-abang ipar tinggal jaga anak-anak. HAHA. 3.Nak habiskan hutang -hutang bonda dan ayahanda. 4.Nak belikan ayahandaku kereta Storm dan Moto Scrambler. 5.Nak repair rumah kat kampung tu dan besarkan bilik. 6.Aku nak beli kereta swift idaman aku warna putih. 7.Terus sambung Master guna duit ni jugak buat PHD! 8.Pinang ex Encik Cintaku. :p (gila) 9.Simpan selebihnya untuk masa depan dan anak-anak tekak. taddaaaa! itu dia angan-angan Minah Jenin.

Gejala syok sendiri memang best.

Image
Oke. Jantung aku berdegup kencang sekarang pabila terlihat dia Si lelaki yang aku syok sendiri itu. Phew. Berdegup-degup, berdezaaapp jantung aku kalau tertengok dia. Aku tak kenal pun siapa mamat tu, tapi aku akan nampak dia tiga kali seminggu dalam area opis tempat aku kerja ni. Kadang ada pagi je, kadang petang aje. Kadang pagi petang ada. Kadang langsung tak ada. Aku tak taulah kerja dia apa. Aku malas nak tanya kat kawan-kawan lain. Nanti di salah erti dan digosipkan pulak. Tiap kali bertembung dengan dia, perasaan aku memang tak keruan. Buat-buat control ayu berjalan lah bagai. Menyampah aku dengan diri aku. Dan dua minggu lepas, aku pandang dia. Dan dia pandang aku. Lima saat lamanya (lima saat itu lama oke!) auw. Apakah petanda? Bestnya syok sendiri macam ni! Aku jadikan dia semangat untuk aku datang kerja. Juga semangat nak datang kerja lawa-lawa. Tapi sejak peristiwa pandang tu, dah masuk dua minggu aku tak nampak dah bayang dia. Tadi aku tanya leader aku

Jangan sedih-sedih

Image
Assalamualaikum... hanya mahu berkongsi akan pepatah yang aku sedang berusaha untuk pegang dengan kukuh. harap apa yang aku pegang ini bukanlah sekadar omongan kosong. jugak sebenarnya ayat nak sedapkan hati ini. ;) " Tidak perlu bersedih sekiranya seseorang insan itu tidak tahu betapa berharganya dirimu.. anggaplah itu kerugian bagi mereka, kerana insan yang tidak dapat menilai dirimu dengan baik, mereka tidak layak untuk mengenali dirimu..." kredit : AXFA

Anita nak bagi kad raya pada 9 orang ini!

Image
Assalamualaikum... Disebabkan mereka-mereka ini memberikan komen tentang Hari Jadi aku Ahad lepas, maka dengan berkembang hatinya aku nak mengirimkan kad raya pada mereka ini atas penghargaan secara peribadi. HEROICzero Cik Dila *dah ada Puan Stoberi (Kak Reen) *dah ada. Nuyui *dah ada Kayrul-Shah Zana Adieyza *dah ada Anitadiana (Kak Ita) *dah ada Myra Arshad Bayu Kenangan (Kak Siti) *dah ada Terima kasih atas kesudian berkunjung di teratak buruk Anita ni. Dan disebabkan ada satu lagi kekosongan, (nak cukupkan 10) sesiapa yang tiada nama dan rasa macam nak kad raya dari Nita boleh komen kat entry ni “SAYA NAK!” :) Pada yang ada nama tu, sila emailkan alamat dan nama penuh korang oke. Selewatnya hari Khamis sebab Jumaat or Sabtu nak pos! Jasa baik korang amatlah dihargai. Email di sini: shahadatina@gmail.com

Office punya cerita...

Image
PA Projects; 8.00 a.m Situasi datang kerja di pagi hari: Bersepah puntung rokok sana-sini. Bau yang sangat tidak menyegarkan. Dengan semalam leader aku ni bau araknya datang kerja waktu petang. Mengaku mabuk lagi. (duduk dalam aircon macam nak pitam!) What the fishhhh dengan bebudak dalam opis ni. grrrr Sabar-sabar. ***

.Review belog from Puan Stoberi.

Image
Assalamualaikum. Minggu lepas aku tersangatlah terharu sebab telah di review oleh seorang akak yang sangat baik hati! Sejujurnya aku betul-betul tak sangka akan jadi orang 1st yang di review dalam segmen baru akak nih. * Suprise katanya * oleh akak ‘Puan Stoberi’. Tapi aku lebih senang dengan memanggilnya Kak Reen. Tapi ramai sebenarnya yang panggil beliau dengan nama Kak Da. belog aku direview di SINI Sebelum aku pergi jauh meh aku nak tunjuk kakak yang memang jelas terpancar kestoberiannya nih. Tengoklah tu, besaqnya stoberi! Peminat stoberi yang paling tegar di dunia... hihi .Duta buah Stoberi iaitu Kak Reen!. ;) Mengenali Kak Reen ni sebab aku masa tu tengah semangat gila nak join semua contest yang mana-mana blogger buat. Tapi bila aku dah submit picca raya masa join contest tu, rupanya aku disable right klik! Sungguh aku memang tak tau boleh copy cara lain masa tu. (control + c) Hehe. Maka aku sedikit gelabah then rasa macam nak cakap banyak kali dengan akak

Hari 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini

Image
Assalamualaikum... Perkara menarik hari ni????? Dengan semangat wajanya aku nak cakap yang: HARI INI HARI LAHIR AKU ! :D (sila tepuk tangan beramai-ramai dan nyanyi lagu ini...) Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan Anita... Allah selamatkan kamu... (lebih kurang camni ar lagunya. Aku pun tak reti sangat) Dah nyanyi meh-meh potong keknya! Makan nanti time bukak puasa ye, jangan makan sekarang. Kek yang macam kat atas ni ha. Kek bufday aku masa tahun 2009. Dah jadi baja apa dah kek yang aku makan ni. hihi. Kek yang kawan-kawan aku buat surprise party dan aku rasa the best party dalam hidup aku! Hari lahir aku yang keberapa? Usah ditanya, sebab bukan muda lagi. Takka dilupa, terima kasih pada Bondaku Musalmah bt Zainuddin kerna telah melahirkan aku dan membesarkanku. Tanpa adanya ibu yang melahirkanku, maka mustahil untuk ada tarikh kelahiran diri kita ni. Halalkan susu ibu yang mak bagi yer. Sekali lagi aku nyatakan, jan

Hari 13 - apa yang ada dalam beg duit anda

Image
Assalamualaikum... Meneruskan cabaran 30 hari yang aku sendiri lupa nak buat. Apa yang ada dalam beg duit aku? Duit (wajib ada walaupun seringgit!) Ic. Kad bank. Lesen. Resit. (kalau pasal resit ni, segala resit ada. Yang tahun lepas punya pun ada.hihi) Jugak sebenarnya, beg duit aku dah koyak rabak. Tapi aku bertahan je selagi beg duit tu boleh pakai, aku pakai sampai betul-betul tak boleh pakai. T_T kredit SINI Kalau boleh lepas ni aku nak pakai yang colour purple pulak. Lebih kurang macam yang kat atas. Sebab sekarang ni aku pakai colour merah. Entahla, aku dah tak bernafsu nak pakai barang-barang warna hitam dan cokelet. Ha. Besok bufday aku. Kalau ada sesiapa nak bagi aku hadiah, sila hadiahi saya beg duit warna ungu! HAHA.

BE datang lagi

Image
Assalamualaikum. Semenjak ada BE sudi singgah rumah aku ni tempoh hari, memang rajin lah aku jenguk-jenguk tetamu aku ni. Tiap hari aku tengok ada lagi ke tak. Ke dah balik kampung nak raya ke. Tetamu datang mestilah kita kena prihatin kan. Tapi bila aku jenguk lagi hari ni, rupanya BE aku ni datang panggil dua lagi kawan dia lepak sesama. Mungkin nak lepak sini sampai raya. Tu datangnya BE Samsung Raya Grapevine. Hehe. Then samsung ni bawak bofren dia Iskandar Malaysia SS nama dia. Jadik terima kasih untuk BE ke 3 SAMSUNG RAYA GRAPEVINE dan BE ke 4 ISKANDAR MALAYSIA SS . Terima kasih jugak lah untuk Nuffnang! (sukanya)

Hari 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda

Image
Assalamualaikum... Ini lah dia senarai barang yang aku ingat, yang ada dalam beg mekap aku yang comot tu. Beg mekap memang akan jadik comot kan bahagian dalam dia. Ke beg mekap korang dalam dia cantik dan bersih berkilat? *** Eye liner pencil. Eye liner liquid. Blusher. Eye shadow. Gloss. Lipstic. Compact powder. Mascara. Penyepit kening. Tisu biasa. Tisu muka. Lotion johnson baby. Johnson baby oil. Getah rambut. Cream muka. Broach. Duit syiling pun ada! Berus gigi. Apa lagi ehh? Itu je kot. Rasa macam nak beli baru. Tapi perlu jimat sebab nak raya ni! yang ada pun tak habis lagi. Entah bila nak habis pun aku tak tau. Sebenarnya ini baru sikit, ada lagi orang kaum sejenis macam aku yang punya lebih berganda banyaknya barang mekap dorang! aih. Jeles* *maaf ye tak sempat nak jenguk korang.

Wordless Wednesday: Adik Beradik.

Image
Assalamualaikum.. WW aku selalu memang takkan menjadi. Sebab aku lebih senang nak hurai bagi korang yang baca paham. Cuma huraian aku sikit, tak boleh banyak-banyak. BUSY* (tengah siapkan report nak hantar petang ni. Tapi sempat lagi update cerita baru!) Auto publish sebenarnya. The huraian is, si baju merah bakal bernikah hari raya ke 5 (kakak), si baju hitam bakal bertunang raya ke 6(adik), dan si baju hijau bakal bermasak-masakan raya ke 5 dan 6.(tengah-tengah). sekian. Doakan agar dorang berdua ni selamat hendaknya akan majlis tu nanti. Amin. Jemputlah datang raya sambil-sambil kenduri.

Semut pun bersahur juga.

Image
Assalamualaikum. Ada perkara yang aku nak kongsi pagi ni. Jangan tak tahu ye, bulan Ramadhan ni makhluk Allah yang selain manusia pun berpuasa juga. Especially kepada semut-semut. Alkisahnya, pagi tadi dengan semangatnya aku bangun sahur pukul 4.30 pagi konon-konon nak makan nasik dengan lauk yang aku beli kat bazar petang semalam tak habis. Semangat jugaklah aku panaskan lauk, masak air tapi tak pulak aku tengok dan panaskan nasik. Sebab aku tak suka makan nasik panas. Tapi bila aku dah ready nak makan tu then bukak periuk nasik tu, ya Rabbi. Beribu-ribu semut tengah berebut-rebut makan sahur dengan nasik putih aku tu. T_T Masa tu aku dah tak rasa nak marah ke apa, cuma dalam hati terdetik. Ya Allah, semut ni lagi awal bangun sahur dari aku rupanya. Sabar jelah. Alih-alih aku ratah je ikan tu. Pagi-pagi aku dah jadik kucing kesedihan. Bunyinya miaw-miawww gitu. Pekejadah motif aku nak sebut bunyi-bunyi kucing bagai. Eh, semut sekarang dah tak makan gula rupanya. Nasik

Hari 11 - gadjet yang anda ada

Image
Kalau tanya bab gadjet apa yang aku ada, ini ha jawapan aku: 1.Talifon. 2.Laptop (sudah pecah skrin) 3.Kamera (adik aku dah ambik dan macam dah jadi hak miliknya). 4. Motor. Eh boleh eh motor? HAHA. Apa pun tak boleh. Jadinya gadjet yang aku ada hanya sebuah talifon yang sudah mahu tamat riwayatnya. Sekian harap dimaafi. Sekiranya simpati tolonglah hadiahi. :P * Eh sebenarnya ada seperkara yang membuatkan aku rasa hepi hari ni disebabkan seorang blogger yang telah dengan jayanya review belog aku. terharu*. Besok eh aku cerita! Hari ni macam dah tak sempat. Banyak kerja mahu buat.

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran

Image
Assalamualaikum. Baca sampai habis ye. Sebab bagi aku ilmu yang sangat baik untuk kita pelajari tentang Al-Quran bagi yang belum tahu. Kalau yang dah tahu tu, ulang baca pun oke untuk menambahkan kefahaman yang ada. :) *** Mari Cara mudah mencari muka surat dlm Quran! Mari Kita Cuba... Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia) Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran. Jom sama2 kita belajar... Contoh 1 Jika anda

Perihal Putus-Putus Tunang...

Image
Assalamualaikum... Lama dah aku tak bergosip kat sini pasal artis. Terdetik nak cerita pasal sayangku Ally nih. Malam tadi tengok cerita gosips-gosips kat galaksi TV9, terkejut sungguh aku rupanya Ally Iskandar dah putus tunang. Sejak bila ye? ketinggalan zaman betul aku ni. Sebab aku ni memang minat gila dengan Ally Iskandar dengan style dia yang ala-ala macho tapi malangnya sedikit rendang. .sumber pendapatn. Bila part last masa wartawan tu tanya Ally pasal ex-tunang dia Aisyah. Ally cakap semoga Aisyah tu memperoleh seseorang yang lebih baik masa akan datang. Jadi. Aku simpulkan bahawa dorang ni putus tunang sebab Ally ni sibuk 24 jam. Then Ally ni jenis yang serius dan tak mampu nak melayan kerenah si tunang dia yang manja dan nakkan perhatian. Agaknya la. Lain-lain cerita wallahualam. Kalau dah tak serasi, buat apa tunggu lagi. Lebih baik pisah daripada rumah tangga bercerai berai kelak. p.s Ally Iskandar sebenarnya tunggu aku.

Jejaka, Dapur dan Tong Gas :D

Image
Salam Ramadhan yang ke limo. Kepada yang tidak tahu, aku dah berpindah dan menyewa rumah baru yang dekat dengan tempat kerja aku. Pergi kerja jalan kaki saja patutnya, tapi tak. Aku tetap naik motor tetapi tanpa helmet. :D Alkisahnya... Aku dah ada dapur dan tong gas minggu lepas. Tapi aku langsung tak pakai. Tak ada perasaan nak masak. Konon cakap suka masak. Tapi bila dah ada tak nak masak pulak. Pemalas rupanya aku ni. Baru aku tau. Alkisahnya, tapi bukan aku yang beli dapur dan tong gas tu tu. ‘Dia’ kata nak bagi pinjam dekat aku dulu. Rasa serba salah sangat sebenarnya. Tapi beriya-iya dia datang rumah dan hantar siap angkat depan pintu. Sebab aku tak larat nak angkat tong gas tu. Aku dah mula risau dengan kebaikan kawan kerja aku nih. Tapi aku fikirkan secara positif yang memang dia sangat baik. Perlu positif bebulan Ramadhan nih. *Tapi masalahnya dia seorang jejaka India* T_T Terngiang-ngiang lagu kuch-kuch hotak heiii... Aku pun tak tau apa motip aku letak muka Hritik Roshan. T

Akhirnya...dapat jugak BE! yeay

Image
Salam Ramadhan yang ke papat. (papat dalam bahasa Jawa is 4) Pertama-tama kalinya aku nak cakap terima kasihlah kat Nuffnang yang membuatkan aku tersengih-sengih hari ni. Dapat jugak lah BE akhirnya! Sebelum ni aku cuma tengok je orang-orang lain yang suka gumbira sebab dapat BE. Rasa tak mungkin lah dapat. Sebab belog aku ni tak best pun. Tak mungkin cik BE nak datang singgah. Memang tak mengharap pun nak dapat duit ke apa dari belog ni. Ekceli aku dah lama gila tak bukak and check berapa jumlah sen yang ada. Then aku rasa macam tertambah banyak dari yang asal. Tup-tup aku tengok keluar perkataan BE tu. yeay! Eh berapa lama eh cik BE ni sudi singgah rumah kita? Terima kasih ye untuk iklan Maxis dengan Proton Saga tu. <3 * Buat aku bersemangat nak update belog. :D jugak barangkali rezeki bulan Ramadhan. Alhamdulillah.

Perihal Baju untuk Konvo! ;)

Image
* Aku dah TERbeli baju ni secara online beberapa minit yang lepas. .hitam dan pink. loike. beli sini . Baju untuk konvo lah kononnya. Padahal bukanlah nampak pun kalau nak pakai masa konvo tu. Jubah besar gedababak kan. Harga aku terpaksa rahsiakan, sebab kakak-kakak aku baca belog ni. Kalau aku cakap, nanti aku balik kampung kena sekeh beramai-ramai. HAHA :D Nak buat fesyen apa eh baju ni? Ada apa-apa idea? Kebaya? Kurung modenkah? atau baju kurung biasa saja. fikir*** (bukan fikir nak buat fesyen apa baju ni, aku dah terfikir melayang lah haii duitku!sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.)

Wordless Wednesday: Sony Ericcson spiro

Image
Selamat hari rabu. sumber picca: sini Sebenarnya tak perlu hurai pun kan, dah nama pun WW. Tapi aku nak cakap jugak jangan beli lah henpon seperti yang di atas. Walaupun korang minat gila dengan warna pink ke apa. Sebab aku dah beli henpon ni dan sangat tidak bagus. Tapi tak tau lah pulak kalau korang yang dah beli tapi tak ada problem. Majoriti orang-orang yang aku jumpa beli henpon ni mesti cakap problem yang sama. Problem yang jadik dekat aku, loading dia lambat, cepat hang, suka restart sendiri, kalau amik gambar hp jadi hang, tak lepas nak online, tak boleh nak main game, perlu di reset dua hari sekali. Kalau tak,tak boleh nak reply mesej sebab kata memory full. Padahal lagu pun semua aku dah buang. (apa kejadah henpon ni) padahal aku baru pakai lebih kurang 3 bulan. Masalahnya ya Rabbi! Sabar jelah. *henpon murah memang lah camni. bila lah nak beli henpon baru.

Hari 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?

Image
Salam Ramadahan yang kedua. Bertitik tolak dengan cabaran 30 hari, aku ada coretkan yang pasal hari 8 pergaduhan yang paling teruk aku alami. DAN aku dapat feedback begini oleh adikku tadi ;) sayu sungguh* (betul-betul terharu baca komen beliau) Sememangnya aku ni dahla kuat touching, bertambah-tambah touching lah hari ni. Menitik-nitik air mata aku baca komen adik aku ni. Singgah juga beliau di teratak buruk Anita ni. Terima kasih ye. Aku pun SAYANG ko lah.....! ;D *sungguh drama* XOXO

Hari 9 - perasaan anda hari ni

Image
Salam Ramadhan kalian warga blogger:) Aku dah agak dah, mesti ada rasa malas punya kalau buat cabaran macam ni. Baru yang kesembilan tapi aku macam dah malas-malas je. Aku memang selalu ada penyakit macam ni. Semangat mencoret dalam belog ni selalu hilang-hilang. Perasaan aku hari ni? TAK ADA PERASAAN . sekian. *aku cuma berperasaan dan berfikir nak bukak puasa makan apa lah petang ni. Dan aku dah tau jawapan dia masak meggi dengan bawang then makan dengan nasik putih!nom nom nom.