Posts

Showing posts from July, 2010

Puisi Ketuhanan

Hanya Kepada-Mu Kepada siapa lagi Untuk kubisikkan kesesalan diri Atas setiap langkah yang melewati Sempadan.. Kepada siapa lagi Dapat kukhabarkan perihal dosa Yang terpalit pada setiap tuturkataku Atas rumpunan dengki dan umpatan Atas fitnah dan adudomba Kerananya terbelah masyarakat Terpisah dua sahabat Terputus hubungan saudara yang akrab Angkara dusta Kepada siapa lagi Dapat kupohon kemaafan Atas setiap dosa silam Selain dari-Mu *muhasabah diri..sigh~

Puisi kasih sayang...

Suntingan Teman Hidup Suatu malam Perkhabaran penuh debaran Aku tadah dengan senyuman Dalam kekeluan aku termangu Antara Tingginya anganmu Tinggi lagi cita-citaku Mungkin niatmu setinggi awan Tapi citaku setinggi langit Aku redhapasrah akan ketentuan ini Kau amukresah akan jawapan ini Terlalu awal untuk aku simpulkan Hanya satu yang ku minta padamu Agar kau semai pohon kesabaran Untuk sekali lagi menyunting aku menjadi surimu.. InsyaAllah aku akan menjadi milikmu dunia dan akhirat Bersabarla... puisi ni boleh tak dikira pengakuan berani mati? Mesti korang menyampah nak baca kan. So sila beralih pada cerita yang lain. Noktah. :D Tapi ini kira kasih sayang la jugak kan? Hahaha..

Balik kampung

Hari ini lepas je habis kelas Dr. Normaliza aku terus balik kampung. Tinggal aku sorang je yang tak balik lagi. Kakak-kakak aku yang lain dah balik dah semalam. Agak-agak mereka tunggu tak kepulangan adik yang bertuah macam aku ni?? . Ah! Aku bukan nak sangat pun balik kampung minggu ni, sebab memikirkan banyak tugasan yang aku perlu siapkan. Nak submit minggu depan pulak tu. Takut tak sempat dek non. . Aku balik la jugak selepas dipujuk-pujuk oleh kakak aku yang sorang tu. Malas sebenarnya nak layan. Konon nak tambah rajuk di hati. Mereka ingat aku ni tak pandai nak merajuk? Ingat selama ini aku tak ada pendam rasa ke? . Tapi aku balik jugak! Sebab katanya seisi keluarga mesti mandi bunga, dah janji dengan 'minah bomoh' tu mandi bunga malam ni lepas isyak. Balik la aku untuk sedapkan hati semua pihak. Padahal aku rasa cam tah apa-apa. . Tak perlu la aku beritahu mandi bunga tu sebab apa. Benda rahsia keluarga. Sssstthh~!!! . . Agak-agak kalau aku mandi bunga malam ni aku dapa

Teka teki 7

Soalan 31: Dalam banyak-banyak barang, barang apa yang orang suka cari? Soalan 32: Apakah yang merupakan tongkat yang ada waranti? Soalan 33: Permainan apakah yang disukai oleh orang ramai? Soalan 34: Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang bijinya di luar? Soalan 35: Ikan apa yang berat? Soalan 36: Kalau kita potong ia tetap panjang. OK dah habis dah teka teki aku. Tapi aku tak tahulah ada sama ke tak dengan kawan-kawan lain. So aku nak cek la ni blog mereka. Jom!

Teka teki 6

Soalan 26: Apakah yang seluruh tubuhnya ada di kepala? Soalan 27: Nenek siapa yang berjalannya suka melompat-lompat? Soalan 28: Siapakah yang dipanggil akan mendongak ke atas? Soalan 29: Apakah dia yang jauh di mata, dekat di hati? Soalan 30: Binatang apakah yang ada zip? Bersambung ke teka teki yang terakhir selepas ini...

Teka teki 5

Soalan21: Solat apakah yang tak ada tahiyat? Soalan 22: Dalam banyak-banyak pokok, pokok apa yang baik hati? Soalan 23: Dalam banyak-banyak bas, bas apa yang pergi sekolah? Soalan 24: Kuih apa yang bungkusan di dalam, isinya di luar? Soalan 25: Ada tiga kepala. empat tangan, dan lima kaki. laparnya perut aku..kruk krak kruk krak..adoi!

Teka teki 4

Soalan 16: Dalam banyak-banyak negara, negara apa yang banjir dulu sebelum hujan? Soalan 17: Lepas satu hilang, satu lagi hilang. Dan akhirnya tinggal sang ibu yang malang.Apakah itu? Soalan 18: Buah apa yang kita langkah dulu sebelum makan? Soalan 19: Ikan apa yang sentiasa sejuk? Soalan 20: Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang tak pernah duduk? Bersambung lagi dan lagi...

Teka teki 3

Soalan 11: Dalam banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat? Soalan 12: Binatang apa yang tiada kepala? Soalan 13: Ada 10 ekor beruk, dan 10 ekor monyet. Sekiranya semua beruk menjadi monyet, beruk menjadi apa? Soalan 14: Kasut apa yang paling keras? Soalan 15: Dalam banyak-banyak bola, bola apa yang pemainnya hormat? Bersambung di teka teki 4...

Teka teki 2

Soalan 6: Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang jujur. Soalan 7: Dalam banyak-banyak air, air apa yang paling berani? Soalan 8: Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang keluar Haid? Soalan 9: Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang bertelur dan beranak? Soalan 10: Kereta dengan motor, mana lebih tua? bersambung di teka teki 3...

Teka teki 1

Kelas pagi ini perlu buat teka teki dan anda perlu jawab! Jawab jangan tak jawab ye.. Soalan 1: Kenapa kalau Ibu sang babi dan anak-anak babi kalau berjalan tunduk je depan, tak toleh pun kanan atau kiri? Soalan 2: Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tidak dipanggil kereta? Soalan 3: Kita berdiri dia baring, kita baring dia duduk. Soalan 4: Dalam banyak-banyak jam, jam apa paling besar? Soalan 5: Dalam banyak-banyak buah, buah apa banyak rambut? *** baru nak fikir lima teka teki kepala otak aku dah poning. banyak makan kepala ikan aku ni...

Maher Zain ♥

The best song i ever heard! (For the rest of my life..) Aku yang agak lambat kenal lagu ni. Sangat jatuh hati beb. Dan aku jatu cinta pada Maher Zain. Yeah, I love u ♥ Really meant it! ***perasan cap ayam aku ni Pada korang yang belum dengar ke, tak pun dah lama tak dengar ke. So sila mencari di laman you tube atau laman yang berkaitan. Hanya taip Maher Zain dan korang akan berjumpa dengan banyak pilihan lagu yang korang nak dengar. Sedikit sebanyak ia boleh memberi kesedaran dan keinsafan dalam diri kita. Oh tuhan! Banyaknya rasa dosa dalam diri ini. Barulah tiba-tiba rasa rindu pada keluarga di kampung. Rindu kisah silam, mungkin juga aku rindu pada diri aku yang dulu.

Projek ilmiah

Projek ilmiah aku berkaitan dengan "Melayu Pemalas". Aku juga sedang mncari bahan dan banyak membaca. Mengikut kefahaman aku, aku perlu untuk mengkaji sejuah mana kesahihan konsep malas pada melayu ini. Apakah bezanya antara melayu dengan kaum lain yang ada di Malaysia. Kenapa pelu untuk menyalahkan melayu? Adakah perlu aku menyangkal dakwaan ini dan mencari bukti akan ketidak benar akan melayu malas ini. ***Aku rasa sedih bila banyak artikel online yang aku baca banyak menyalahkan melayu itu sendiri.

Jangan kau lepas

Nak memahami apa maksud lagu ni, dan dapat dari seseorg : (Berfikir...) Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku dan jangan kau lepaskanku darimu Ku takkan pernah tertawa Ku takkan pernah bahagia Ku takkan pernah merasakannya Bila kau tak di sini Ku takkan pernah tertawa Ku takkan pernah sempurna Ku takkan pernah merasakanmu Bila kau tak di sini oh.. Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali Izinkan aku berharap dirimu kembali Dan kembali Dan kembali lagi Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku dan jangan kau lepaskanku darimu Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku dan jangan kau lepaskanku darimu Ku takkan pernah tertawa Ku takkan pernah bahagia Ku takkan pernah merasakannya Bila kau tak di sini Ku takkan pernah tertawa Ku takkan pernah sempurna Ku takkan pernah merasakanmu Bila kau tak di sini oh.. Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali Izinkan aku berharap dirimu kembali Dan kembali Dan kembali lagi Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku dan jangan kau lepaskan

Kahwin oh Kahwin..

Ada seseorang yang ajak aku kahwin! Tapi aku tak pasti dengan kebenarannya. Tapi aku ragu akan kehendaknya. Tapi aku keliru dengan sikapnya. Tapi aku bimbang dengan perasaannya. Tapi aku sedih dengan permintaannya. Tapi aku celaru dengan apa yang aku rasa. Tapi aku tetap dengan tapi dan tapi... Penuh dengan tapi. Apa yang aku nak buat sekarang? Ada satu perkara yang aku cakap korang akan cakap aku bodoh! Sebab yang ajak tu bukan buah hati aku. Hanya seorang sahabat yang ku sayang... ***secara logiknya tolak je kan..aishh!

Ketiak hangit Gila!

Tadi masa aku balik makan. Ada sorang mamat potong aku dengan lajunya. Tapi Ya Rabbi! Angin yang melintas dasyat gila. Bau ketiak hangit mamat tu. ***Mangkuk punya mamat! Pergilah basuh baju dan ketiak kau tu..

Profesional kah?

Maaf Maaf Maaf Maaf Maaf Maaf Maaf Maaf... Aku dah banyak-banyak mintak maaf sebab aku terus terang mulut aku memang laser! Aku tak berkenan masuk kelas tutorial tatabahasa! Sebab pengajar dia tak ikut pepatah "Masuk kandang lembu mengembok, masuk kandang kambing mengembek". Oke itu je aku nak cakap!

Bawal stim

Kalau sebut pasal stim-stim memang aku suka. Tapi makanan yang di stim lah ye. Jangan suka hati korang nak tafsir yang bukan-bukan. Sangat tak sesuai nak melucah di tempat awam dan terbuka. Tapi kalau nak melucah kat belakang-belakang tak apa. Aku tak kisah! Yang penting aku tak dengar. Hehehehe.. Bukan aku nak cerita pasal benda alah ni, aku cuma nak cakap semalam aku makan ikan bawal stim, tomyam campur dan kangkung goreng belacan. Pergghh! Memang sedap gila kalau korang nak tau. Makan memang semestinya licin dan kering kontang. *sedang merembes air liur lagi... Bila aku makan pun asyik sedap saja, mula la pulak kan nanti korang tunggu pos aku dua minggu lagi aku menjerit nak kurus! haha.. Dah sedar tapi aku memang malas nak diet. Nikmat makan tu beb. **kejap lagi nak keluar dgn ana carik makan ikan siakap pula.. :P

Apa saja di minda..

Apa je yang terlintas di minda dan perasaan aku sekarang ni, aku bukak laptop dan aku taip apa yang aku suka. Tak perlu dah post yang panjang lebar. Ada faham? So kalau aku sehari post sampai 100 cerita sila jangan menyampah! P/S suka hati aku..boleh?

Siti kuasa dua

Sebelum panjang cerita ke bawah dan sebelum tersalah faham Siti ialah bukan berkenaan dengan siapa-siapa. Harap maklum. Noktah. Aku rasa hari ini aku buat satu perangai. Yang aku gelarkan sebagai 'siti kuasa dua'. Ada paham tak? Kalau kamu tak paham aku tak kisah pun. Sebab tak payah lah sibuk nak paham.haha Tapi aku tau akan ada segelintir umat yang rapat dengan aku paham. p/s eh ko kawan aku yang paham tu jangan bukak lubang! aku debik kang...

Tiap kali

Apa yang aku perasan tiap kali masuk sem ada je cabaran yang baru. Pening ke apa ke, nak muntah ke mengadap kerja-kerja lecterur bagi tu. Tapi bila hujung sem kerja yang dilonggok siap! Nah gedebukk! Sem ni pun tak kurang sibuk. Sampaikan plan nak merambu pergi Pangkor pun tak jadi. Aduhai memang tuhan tak bagi aku nak berjoli la kott.. Hmm.. Tiap kali juga la aku rasa pelik. Then aku mula muhasabah diri aku, apatah lagi aku dah Final year ni. Kalau aku malas jugak, aku akan ketinggalan. Walau sibuk mana pun study sekarang ni, boleh jugak tidur lena pagi atau tengahari. Tapi kalau dah kerja mungkin terkubur nikmat tidur! Oh tidak. Aku ada masa dalam setahun lagi nak rehat-rehat macam ini. Walaupun bukanlah rehat yang sebenar. Hmm... macam mana dengan hidup korang sekarang?

Eh!

Kenapa tak boleh nak upload gambar ni! Ewahh... Memang mengada kau ye.

Air mata hari ini..

Maaf buat kakak aku yang seorang ni. Langsung lah aku tak terniat nak melukakan hati siapa-siapa. Tapi perasaan aku sekarang ni dah over sensitif! Nak kata bulan penuh aku nak datang belum masanya lagi. Humnm.. Bukan masalah yang besar pun terjadi hari ini. Tapi aku mentikkan air mata ni ada la nk dekat semangkuk dadih!Pernah beli dadih tak? Kalau tak dah boleh dah rasa sedap kalau makan sejuk-sejuk. Nyummy! Berbalik kepada cerita yang asal, ada suatu perkara yang terjadi masa cuti semester yang lepas. Semenjak kes yang berlaku, aku betul-betul jadi tawar hati. Kalau setakat tawar boleh la jalan, tapi aku jadi macam keras hati yang teramat. Ya rabbi! aku pun tak pahamlah. Memang jadi masalah. Apa-apa sahaja yang melibatkan keluarga, aku akan jadi macam malas nak ambik tahu dah! Jahat kan aku. Hurmm.. Rasa nak balik rumah pun tak best. Ada pulak aku boleh rasa duduk kat Upm ni lagi syok. Apakah hal kan? Seterusnya : Air mata aku hari ini mengalir dan terus mengalir kalau kakak aku tu te

Melapah Hati

Seringkali diri Memikirkan soal bicara hati Memikirkan kebarangkalian ini Hakikat yang sangat hakiki Akan perumpamaan memakan hati Kini menjadi melapah hati Melapah hati ini Yang semakin lahap Saat demi saat Minit demi minit Sepenuhnya waktu demi waktu Semakin tersiat hebat Melapah hati ini Kulapahratah sendiri Tiada siapa yang peduli Akan hidangan lazat ini Melapah hati ini Menangisi jiwa merobek jiwa Akan sikapnya yang melapah hati Masih memikirkan hingga ke saat ini Sampai bila harus aku melapah hati ini Perlu aku sabar dan terus sabar Hanya tinggal beberapa waktu Aku tidak perlu melapah hati lagi

Pening berpantun!

Mungkin kalau cakap pantun dua kerat. Yeah bunyi dia macam nice kan? macam senang je.. Alaa.. setakat dua kerat je takkanlah tak pandai nak buat kan? Tapi kalau dah nak kena buat sampai beribu? Ada larat? Memang sumpah kepala aku dah menggelegak! Adoiii.. tak ada sapa yang boleh tolong ke? Tapi aku pelan-pelan siapkan la ni.. Moga aku tak tidur malam. zzzz

Menyampah

Aku bukan lah suka hati nak rasa menyampah. Tapi aku ada sikit la geram dan meluat. Orang lain pun ada jugak buah hati. Tapi buah hati aku ni payah orangnya. Sangat susah nak paham aku. Ke aku yang tak paham dia ha? Aku rasa macam nak hantuk je kepala aku. Biar aku lupa dia kejap malam ni. Memang bengang la...

Mat Ragbi!

Petang-petang macam ni cuci mata memang power. Mata yang kelam dan ngantuk pun jadik macam bersinar-sinar je. Itu yang aku syok tu duduk tepi bilik Ima dan menjeling-jeling kat bawah. Tengok mereka training ragbi. Alahai Junior! Cair sikit aku. tinggg. .gatal** Kenapa korang kelihatan sasa dan hensem ah? Aishh.. Memang tak sedar diri betul la. Dah-dah aku nak pergi mandi. Kejebboos~~ Hebat dan kuat tak bunyi aku mandi. Muehehehe.. :)

stimbot

Malam ini mahu melantak stimbot. Betul atau tak aku eja stimbot tu? Biarlah salah pun yang penting bunyi ada. Dan korang paham kan apa tu? Makanan okey. Dan bukan boat yang stim. Haa? Apakah melucah? Tidak! Tidak! dan Tidak! :D Slurrppp~ Tu bermaksud air liur aku dah merembes. Huih dah terlebih banyak ni. Berkira-kira nak makan udang, sotong, dan segala-gala! Makan dengan banyak. Dan terlupa aku DIET laaa... uwaa.. Apakah? Dushh.. Untuk diri aku sendiri. Tak apa malam ni je. Aku ulang malam ni jeee... muahahaha.. seebelum lupa: Nanti kalau rajin aku kongsi pic ye..

Si Kancil Bijaksana

Korang semua nak baca ke tak nak ikut suka hati la. Ini antara buah tangan yang siap aku buat dalam kelas sastera dalam multimedia tadi. Perah otak woo siapkan dalam masa sejam! Layan... Perlu buat cerita pendek yang sesuai antara umur 7 hingga 9 tahun. Perlu ada perbualan, tema cerita dan nilai sosial. Si Kancil Bijaksana Di dalam sebuah hutan belantara, terdapat seekor kancil yang nakal dan bijaksana. Walaupun sudah seringkali dinasihati oleh ibu dan ayahnya, si kancil tetap berdegil untuk keluar merayau tanpa arah dan tujuan. “ Ibu, adik mahu keluar mencari makan sendiri hari ini “ bisik si kancil kepada ibunya. “ Ha? Kamu jangan terlalu berani. Bahaya!” Teriak si ibu yang membantah tidak setuju dengan tindakan si kancil itu tadi. Tetapi tanpa pengetahuan si ibu maka si kancil dengan perlahan-lahan menyusup keluar dan terus hilang jauh ke dalam hutan untuk mencari sahabat baru dengan rasa hati yang penuh girang dan gembira tanpa memikirkan bahawa kemungkinan berlaku bahaya dan mus

Duitku

Hari ini pergi BSN Mahu pinjamkan duit kat seseorang. Rm500 Dia kata dia sangat terdesak. Sebab bla bla bla... (mana boleh korang tahu) Aku percaya dia. Aku sangat percaya dia. Aku overdos percaya dia. Tapi kalau dia tak bayar balik aku ketuk kepala dia! Mati lah aku makan meggi sampai hujung sem. Siapa dia? Tetttt... Kan aku dah kata rahsia!!

Senyum

Sedikit tersenyum :) Sahabatku dah reply mesej aku! Yabedabeddduuu.. Mesej yang malam tadi punya di baru nak balas pagi ini. Berbunyi : " Sori u, dah tertidur awal malam tadi.. " Ah boleh percaya ke? Aku bagi mesej jam 10.30 malam. Dia kata dia dah tidur? Entah-entah merambu dengan sesiapa dia suka. Tapi ada aku kisah? Biarlah sahabatku ini keluar dengan siapa pun. Aku bukan siapa-siapa pun untuk dia. Hanya sahabat. Haaa?? Yang penting aku percaya kat dia. Ada aku kisah kalau kamu semua tak nak percaya?

Sarapan

Woho! Pagi aku ni TERsarapan la pulak. Nasik lemak air kosong. Burrbbp! Memang kenyang la. Beli nasik lemak tangga nama dia. Sebab main letak-letak je Mak cik tu ikut rasa percaya. Tapi kang dah hujung bula ada la notis. " Siapa yang ambil sila bayar, nanti tak lulus exam " Hish makcik ni. Janganla cakap camtu. Halalkan saja sudah. Kan? Haha.. Kalau macam tu memang tak ada untung la. Bungkus baju balik kampung! Sebenarnya aku nak cakap yang aku dah berzaman tak sarapan. Maka?

Terkilan

Kenapa dia tak reply text aku malam tadi? Sungguh! Aku rasa dia dah tak nak kawan aku. Hmmm? Sungguh! Aku rasa kecewa...

Ibu Mertuaku

Orang lain ada ibu mertua aku pun nak jugak. gatal** Tapi cuma aku belum sah jadi menantu, tapi aku nak jugak panggil ibu mertua. Sebab aku dah panggil ibu mertuaku 'emak'. Terlebih expert pulak kan aku ni. Mak kandungku memang cukup menyampah la dia kata aku ni gatal belum apa-apa dah macam-macam. :P Tapi aku buat tak heran saja. Bertuah ada anak cam aku ni! Tu baru intro, belum lagi masuk cerita yang betul. Sebenarnya aku teringat nak berkongsi cerita apa yang terjadi dalam beberapa minggu yang lepas. Berkenaan dengan adab dan sopan aku. Bila aku fikir-fikir balik macam aku tak bersopan ketika itu. sigh~ Alkisahnya apabila ibu mertuaku bersama Kak Jaja di dapur. Sembang punya sembang masuk satu topik kisah dulu-dulu. Ibu mertuaku yang menceritakan pengalamannya " jatuh semasa turun bas dek kerana belom sempat kaki ibu mertuaku cecah tanah, bas pun jalan!! Maka tergolek la ibu mertuaku.. Kesian sangat! Tapi yang agak bahlul aku boleh gelak-gelak sakan sebab rasa macam kel

Hantu

Aku tengok jam masa tu dalam nak kul 2 pagi. Tapi ramai umat blok bijaksana belom tidur. Ada yang bergayut. Ada yang sidai kain. Ada yang mandi. Pelik la pulak suasana macam tengahari! Maka aku masuk tandas dan ada orang yang terkejut. Dia siram aku dengan air! Hantu punya junior. Basah baju malam-malam macam ni. Kenapa ko terkejut tengok aku? Muka aku ada macam hantu ye? Aduhai.. Siap la ko nanti weekend ni ada orintasi blok! Aku nak kenakan ko puas-puas. Siapa suruh kan basahkan aku.. Hahahaha (gelak dengan niat yang jahat tapi murni)

Maaf Bai!

Seawal jam sepuluh pagi aku dah beli nasik makan tengahari : Kesnya... Aku dah buat bai tu marah la pulak pagi ni. Sempat bai upm foodcourt tu jeling aku dan geleng-geleng kepala! Ha ambik la aku sebab pelahap sangat nak ambik makanan tadi, maka aku terlanggar tangan bai tu yang tengah ambik sambal belacan. Maka bersepah belacan atas meja! Adoh.. Aku tak sengaja la bai, aku pun tau ko lapar macam aku nak makan kan.huahua " Ha..maaf maaf maaf maaf!" Terkulat-kulat muka aku depan bai tu mintak maaf. Tapi aku tak tolong kemas pun, aku tinggal je terus sebab malas nak tengok muka bai tu.. Bye la bai! Kalau ko nak marah-marah sangat sila balik Bangladesh sana. Haha :D

Perasaan

Aku bangun pagi terus teringat hal semalam! Memang aku nak carik pasal la ni! Jatuh perasaan lagi? Damn!

Malang

Ini satu lagi kisah yang MEMALUKAN diri aku sendiri. Aku dah merahkan tu, maksudnya aku betul-betul malu! Apakah nasibku tiba-tiba heel yang aku pakai terkulai layu. Faham tak? Maksudnya jahanam la! Ya aku tau memang tu kasut semester lepas, tapi aku betul-betul tak sangka boleh jahanam depan sahabatku yang seorang ini. Dushh.. Ambik! Aku sebenarnya terkulat-kulat nak terus terang dan bagi tau bahawa kasut kesayangan aku ni dah terkopak habis! " U kasut i.. Boleh tak belikan i selipar apa-apa pun.." Dengan muka sekupang aku la kan! Makanya sahabatku ini belikan aku selipar colour hijau. Yer, menarik dan nice. Aku memang dah nekad dah nak balik pakai selipar yang hijau ni je, selesa pun ye. Tapi dengan jasa baiknya sahabtku KHZ ni belikan aku kasut baru? Haaa..biar betul! Dan aku masih terkedu. Kalau tadi selipar hijau tu pun dah nice, kasut ni memang Super Duper Nice! TERIMA KASIH SEKALI LAGI SAHABATKU! p/s nanti kalau sempat aku upload gambar kasut tu yee..

Karaoke

Tadi keluar aku berkaraoke di Ampang Park. Dah lama gila aku tak karaoke akibat sibuk dengan banyak kerja yang menimbun sem lepas! Enjoy walaupun suara aku yang si katak puru dan suara sahabatku ini mengancam habis. Malu aku sebenarnya! hehe.. Apa-apa pun terima kasih sahabatku KHZ. *Minum air moca camtu pun die cekak darah rm14! Kau memang cekak darah KTV!

Sahabat KHZ

Hari ni aku nak keluar berjumpa dengan sahabat lama! Sangat lama dah tak bersua muka. Rasa macam dah nak dekat dua tahun! Pertemuan akhir dulu berkahir dengan tangisan. Dia tak tau pun aku menangis, tapi itulah hakikat aku sembunyikan. Tapi masih ada hati lagi aku nak jumpa sahabat ini? Memang aku ni dasar pemaaf la kot. Hmm.. Aku nekad untuk jumpa si dia petang ini jam 5 petang. Lokasi KLCC tempat sahabatku ini kerja. perasaanku.... Gemuruh? Gementar? Teruja? Semua ada! Untuk sahabatku KHZ Ya aku memang masih menyayangi persahabatan kita sampai bila-bila. ;) . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .* sebenarnya dia ex-skandal ku :p

Mentari

Ha itulah dia nama kumpulan kami. Kumpulan untuk sastera dalam multimedia. Nampak macam klasik kan? Okey la kan dah nama pun budak-budak sastera, takkanlah nak letak nama spice girls. Opss, geli lah tak sesuai dengan jiwa melayu sastera kami. Haha. Cuma nak kongsi apa yang terjadi dalam kelas amali malam tadi. Sangat kelam kabut dan perlu kejar masa nak siapkan kerja tu. Haish apa pun terima kasih ye gadis-gadis mentari! :) EKIN ILA AZIE JES LIS Kelas yang sangat enjoy dah tak bosan. Tapi tak tahu la pulak lepas-lepas ni macam mana.hehe. Terima kasih Dr! :)

'Dari' atau 'Dalam'

Image
. . . . Saksikan dulu gambar yang aku sertakan ni. (di ambil dari uspot-upm) dan lihat ayat yang ku sudah garis warna merah. Semacam ada yang tak kena tak korang baca? Ke korang baca ok je tak ada apa-apa masalah? Banyak tu persoalan yang perlu dirungkai. Bukanlah aku ni pandai sangat nak berbahasa, subjek tatabahasa pun baru nak ambik semester ni. Hehe. Tapi aku rasa penggunaan "dalam kalangan" sudah dijelaskan dengan meluas. Dah masuk surat khabar (sebab aku ada baca) dan di sekolah sudah menggunakan silibus yang baru ini. Cuma aku rasa ramai yang tak sedar lagi, tak pun penggunaan ayat ni belum diterima sepenuhnya oleh orang di luar sana. Eh yeke? haha..Pandai-pandai je kan aku ni nak buat kesimpulan sendiri. Tapi apa yang membuatkan aku terkilan, poster ni ditampal tanpa ada yang sedar akan kesalahan ayat itu. Hm..siapakah gerangan yang membuatnya? Adakah dalam kalangan pelajar bahasa seperti aku? Hish..malu la kalau ya, tapi kalau bukan tak lah. Sebab kebarangkali

sunyi

senyap sunyi . . . . MENANGIS DALAM DIAM... :(

Jahanam

Aku rasa macam nak menjerit kuat-kuat sekarang. Ah aku dah tak peduli la kalau roomate aku pelik kat aku. Macam mana la pendrive aku ni boleh jahanam! Argg~ sakit jiwa la.. Banyak ternak virus ke aku? Aduhai.. Dah la musim assignment tengah menimbun ni.. Uwaa..sakit kepala aku nak fikir la. Mungkin la memang tak mahal kalau nak beli baru. Tapi aku sayang benda alah ni. Benci betul laaa.. Nak format pun tak boleh? Nak masukkan apa pun tak boleh jugak! Nak padam file pun tak boleh! Apa hal ye ? Tolong la aku.. :( Aku malas nak membazir beli yang baru.

Kuih Raya

Bulan Ramadhan akan kunjung tiba dalam beberapa minggu je lagi. Tapi Ya Rabbi! Aku pun tak paham kenapa dengan nafsu makan aku ni. Aku teringin benar makan kuih raya~ Padahal benda alah ni nak makan masa bulan Syawal nanti! Hishh.. seram bila mengidam kuih raya ni. Bukan apa sebab aku teringat dengan Arwah kawan aku Syikin, membe masa tingkatan enam dulu. Khabarnya beberapa minggu sebelum meninggal dia teringin makan kuih raya. Aduhai~harap-harap tak lah kan. hehe.. Apa-pun nanti aku nak cari la apa-apa biskut yang ada kat kedai tu. Nak cari biskut kacang sebalang biar dapat makan puas-puas. hehe.. Memang nafsu makan aku ni macam nafsu kuda la kan..opsss~ Sebenarnya aku teringin makan kuih mama carry tu..yerp! delicious~

Tak jadi

hahaha.. :D Mulakan post baru dengan gelak ketawa dan riang! Barulah x cepat tua kan? Then boleh jadik muda sentiasa.. Eh aku masih muda tau sweet 2o plus+++ :) Kembali dengan tajuk utama kita lah kan, apa pulak yang tak jadi? Alaa... sudah semestinya kes derma darah itu tadi! Huh memang hangat-hangat taik itik la kan aku. Makanya dah boleh dah jangan teruskan baca post aku ni, tp memang tak ada sapa yang sudi pun kan.Hehe. Orang la kata, orang itu ialah ANA. Dia kata kalau derma darah badan kita akan jadi gemuk. Ulps! telan air liur jugak la kan aku dengar dia cakap camtu. SO? Aku takut menjadi penggemuk terlampau...huhu.. dan aku tak pergi! MUKTAMAD dan NOKTAH. hm? Adakah layak aku dilabel sebagai pengecut?? lu pikir la sendiri.. sebelum lupa: bukan sebab tu je, sebab aku dah tertidur sampai lewat petang tadi.zzz.. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih~ :P

Derma darah

Hmm.. Mulakan ayat dengan keluhan. Aish, aku ni asyik nak mengeluh je ye? Bukan apa, cumanya aku tak tahu la kenapa, aku teringin benar DERMA DARAH! Aku belum pernah la seumur hidup menderma darah kan, cuma aku tak ada kekuatan kot nak pergi tu sorang-sorang. Kalau aku ajak kawan-kawan dorang semua tak nak pergi! Makanya aku pun tak jadi la nak pergi walaupun semangat aku sangat membara nak menderma darah. Bagi aku ramai orang kat luar sana tu yang memerlukan darah kan.. (wah terlebih baik la pulak kan aku :p ) tapi apa pun niat aku memang ikhlas! Beberapa jenak kemudian... 1 2 3 Aku rasa la kan. Aku macam nak nekad pergi derma darah sorang-sorang hari ini! Tak ada sapa teman pun tak apa. Boleh tak agak-agak? okey tunggu post aku yang seterusnya nanti sama ada aku berjaya pergi atau tidak! hehe

lebur sudah.

Yer-yer.. Aku tau aku dah salah langkah dah ni. dush! Aku bagi untuk diri aku sendiri. Hmm? kenapa ya sebenarya? aku dah terlebih shopping semalam! dan yang pasti SEN MELAYANG! So? aku perlu berjimat cermat lepas ni oke. Sila la ingatkan saya..plish :( Bukan la niat nak shopping lebat pun, mula-mula nak teman my sayang Ana beli kamera kat loyat..Hmm.. Dah boleh dah jadi peringatan untuk aku.. Kepada syikin: ko lagi la hebat kan berpuluh baju dah ko beli!hahaha..i loikeee~ :))

no tittle!

betul-betul TAK SUKA! = = = = = = = = = = = = = = = Bila ada orang bercakap kat depan, then boleh pulak ada bunyi nyamuk kat belakang. Aku rasa macam sakit telinga! emph.. Dorang ni tak reti nak hormat eh?

Oh rambutku!

:( Itu dia muka sedih pulak dah yang timbul.. Mau la pulak aku tak sedih bila aku potong rambut petang tadi boleh plak amoi tu SALAH potong. Adoh..dah nak banjir dah kedai amoi tu sebenarnya !! Kesimpulannya aku TAK SUKA rambut baru aku ini. (tp sebenarnya comel la jugakk :p haha) TAMMAT! sebelum lupa: janganlah korang semua potong rambut kat 'flet ikan' tuuu, kalau nak potong pegila flat dugong pun tak apa.huh!

rempit kampung!

Haa..anda semua layan la rakaman hangit nih! Aku cuma nak gelak besar je bila menonton video ni, sebab menjahanamkan kubota yang baru ayah aku beli! Maap la bapak dapat anak nakal macam saya ini..hihihi :)) p/alah senang kacang je macam bawak kereta..hehe

kembali!

Yerp! Aku tegaskan di sini aku KEMBALI menjenguk blog aku yang dah bersawang ni. Aduhai.. Gara-gara kelas BBK3408 (kesusasteraan dalam multimedia) oleh DR.NORMALIZA . Neway thanx ya dr! kalau tak mesti dah berkubur blog aku ni..dush! So nantikanlah apa-apa bicara yang bakal aku celotehkan kat sini sampai kamu-kamu semua bosan nak baca! Huh aku tak heran pun laaa :p