'Dari' atau 'Dalam'

.
.
.

.

Saksikan dulu gambar yang aku sertakan ni.

(di ambil dari uspot-upm)

dan lihat ayat yang ku sudah garis warna merah.




Semacam ada yang tak kena tak korang baca?

Ke korang baca ok je tak ada apa-apa masalah?



Banyak tu persoalan yang perlu dirungkai. Bukanlah aku ni pandai sangat nak berbahasa, subjek tatabahasa pun baru nak ambik semester ni. Hehe. Tapi aku rasa penggunaan "dalam kalangan" sudah dijelaskan dengan meluas. Dah masuk surat khabar (sebab aku ada baca) dan di sekolah sudah menggunakan silibus yang baru ini. Cuma aku rasa ramai yang tak sedar lagi, tak pun penggunaan ayat ni belum diterima sepenuhnya oleh orang di luar sana. Eh yeke? haha..Pandai-pandai je kan aku ni nak buat kesimpulan sendiri.


Tapi apa yang membuatkan aku terkilan, poster ni ditampal tanpa ada yang sedar akan kesalahan ayat itu. Hm..siapakah gerangan yang membuatnya? Adakah dalam kalangan pelajar bahasa seperti aku? Hish..malu la kalau ya, tapi kalau bukan tak lah. Sebab kebarangkalian dorang tak tahu kan..hehe..


Apa pun semoga jangan salah guna lagi ayat ni, DALAM KALANGAN tau bukan dari kalangan.

p/s kalau aku salah sila betulkan aku.

Comments

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA