Hari 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami
Assalamualaikum. Aku bukanlah pengganas untuk gaduh teruk bertumbuk bagai. Tapi aku rasa menyesal akan satu pergaduhan yang tidak disengajakan antara aku dengan adik aku. Setahun yang lalu. Pergaduhan yang aku rasakan sangat teruk dan tak matang dalam usia aku dewasa begini. Ye! Rasa yang menyesal amat-amat. Maafkan kakakmu ini wahai adikku sayang. Tidak perlulah aku menyatakan pergaduhan berpunca dari apa, cumanya perselisihan faham dan pendapat mengakibatkan kitorang sama-sama naik berang dan naik hantu. Jugak atas ketidak sabaran aku, aku telah melayangkan penampar siam kat pipi gebu si adik. Tapi dia langsung tak melawan. Hurm. Dan aku mendapat tahu juga dari satu pihak, bahawa adik aku sangat kecewa atas tindakan aku yang sangat kasar pada dia apatah lagi naik tangan. (menyesal gila) Sebenarnya kami sangat rapat dan berkongsi apa jua cerita, namun setelah kejadian itu kami seakan menjarakkan diri dan tidak peduli sesama sendiri. Aku yang sememangnya puteri air mata, beralih arah