hari 3 - benda yang selalu anda buat sebelom tidur
Baring!
Benda wajib kan? Kalau tak baring macam mana lah nak tidurrrr..kroh kroohh krohh. (berdengkuq)
Selalu aku buat sebelum tidur?
Biasanya aku akan memuhasabah diri aku masa baring-baring melayan mata yang kuyup. Aku akan pikir dan pikir dan pikir lagi apa yang aku cakapkan pada orang waktu siang hari. Kadang waktu-waktu sebelum tidur lah aku rasa menyesal pada perkara-perkara yang mungkin aku tersalah cakap. Dan biasanya kalau aku rasa aku ada buat salah, aku cuba takkan ulang apa yang aku salah buat tu. Tapi kekadang buat jugak salah lagi. Hish.
Jugak benda wajib aku buat sebelum tidur cek mesej inbox. Reply mana-mana text yang aku tak sempat nak reply di siang hari. Then buang semua mesej! Juga aku akan call mana-mana orang yang aku rasa nak call. Tapi sekarang dah tak call orang sangat dah. Malas. Jimat pun ye sebenarnya. Sekarang topap rm 5 seminggu pun susah nak habis. Sebab aku sedang batak dengan fon opis ;P Agak-agak boleh kantoi x bil banyak? hehe
Jugak aku wajib mencari peneman tidur aku. My mr.bearbear! Ye. Memang nama dia bearbear. Bear jantan! Bear yang aku beli masa tahun 2005. Sekarang 2011 bearbear aku masih setia di sisi. Jugak peneman aku waktu sedih-sedih di malam hari. Kesat air mata ke, air hidung ke aku guna je bearbear aku yang serba serbi menyerap! Tapi anak buah aku suka sangat main teddy bear aku yang kusut masai tu... Bila dah kotor aku basuh senang je! Masuk mesin basuh dan pusing..
Yang paling PENTING sebelum tidur perlu BERANGAN! Aku suka berangan memikirkan masa depan. Antara masa depan yang dipikirkan ialah memilih baju-baju kahwin yang cantik-cantik! Haha. Sebab tu aku suka baca majalah Pengantin. Macam-macam style ada. Loike! Tapi aku dikejutkan dengan suara ngeri kakak aku petang semalam masa membelek-belek koleksi majalah Pengantin, “ ko berangan-berangan nak kahwin, tapi dengan siapa?” Oke. Maka aku garu kepala dan gelak bersama-sama. ;D
Dahla.
Mengarut sangat dah ni. Juga satu rahsia yang aku rasa tak rahsia sebab aku dah cerita kat sini, aku akan pejam mata dan menangis kerana sesuatu. Jeng jeng jeng. Sampai bila lah aku nak makan hati dek sesuatu yang sukar untuk dinyatakan. Adoi.
Oke bye.
Wassalam.

Comments
lg besh bila jd kenyataan~
sebelum tidur lebih banyak buat checking.