Posts

Showing posts from January, 2011

Fyp:Final year projek

Image
Salam Malam. Nak update cerita baru tapi tak sempat untuk malam ni. Maaf. Tak sempat untuk BW juga. Gara-gara FYP. Sebab daku perlu mengejar kerja yang berlambak dan tertangguh ni. Pabila sudah dihentam dan dikritik hebat oleh supersivor projek pagi tadi. A yang ditanya, B yang ku jawab. Ouh itulah gara-gara selalu tidak bersedia dan banyak berangan! p.s : padan muka Cik Anita! :)

Kenapa perlu offline chat di muka buku?

Image
Daku nak berkongsi cerita yang tak besh sikit kat sini: Alkisahnya... Daku memang jarang nak online chat kat facebook tu. Sebab daku tahu, kang ada makhluk yang entah sapa-sapa tak kenal nak tegur dan nak kenalan. Siap boleh nak jadikan daku kakak angkat lah bagai. Padahal aku tak kenal pun siapa. Ini lah bahana kalau daku main approve je orang nak add aku. Maka kejap lagi daku nak buang orang-orang yang rasa langsung daku tak kenal. Ceh. Bajet gelamor kan daku? :P tak kott. Ini untuk keselamatan dan misi keamanan. Satu sebabnya lagi, daku geram dengan sorang sahabat yang tinggal sekampung dengan daku nih. Tiap kali daku online dia akan tegur daku. Daku layan je sebab kawan lama lah kan, jiran sekampung pulak lagi. Laginya kami rakan sebaya, sekolah dari tadika sesama, sekolah rendah, dan sampai ke sekolah menengah. Tapinya tiap kali mesti mamat ni nak tanya, eh ko belajar kan? Kos apa eh? Ambik degree kan? Ala, ko degree kan tak setanding aku. Memula tu aku rasa, alamak. Ta

Memang orang perempuan suka bicara pasal diet kan?

Image
Yerp. Daku seorang perempuan. Semua orang tahu kot, buat apalah sibuk daku nak bertanya lagi kan? Ada gaya macam pondan ke? Oh tidak. Daku sangat cumil begini kalau ada yang cakap daku pondan daku sangat tak nak paham. Tapi daku teringat masam zaman sekolah form 6 dulu, kawan daku Halim cakap muka daku macam Ac Mizal. Kejadah? Aku macam nak terjun bangunan dengar. Tapi aku layankan ajelah. Pelik-pelik jeh kawan aku yang sorang nih. Ni aku tepek muka Ac Mizal, ada macam aku?? Jauh ayam dari ikan. Kan? (saje aku carik muka Ac Mizal yang ala-ala pompuan.kot lah ada sipi-sipi aku.haha.) Oke lupakan cerita pasal yang tak ada kene mengena tu. Daku Cuma nak cakap, orang perempuan memang takkan habis cerita pasal kurus. Mungkin sampai kiamattt. Aku kurus kau tegur, aku gemuk pun kau tegur. Kalau badan aku ngam sedap-sedap pun dikau tegur. Zzz. Lumrah alam! Bila pusing-pusing berjalan ke belog orang lain pun, kompem ada lah pasal tips diet miet ni. Then daku rasa ia perkara wajib dikongs

Doa Permudahkan Jodoh

Image
Rasanya dah ramai yang tahu pasal DOA ni. Untuk yang belum berkahwin je kot, kalau dah kahwin ada doa lain yang lagi sesuai. :D Kita ni cuma berdoa dan berserah je. Manalah kita nak tahu apa kerja tuhan. :) *** Ya Allah Ya Tuhanku, Seandainya telah Kau catatkan Dia milikku tercipta buatku Dekatkan dia padaku Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kemesraan di hati antara kami Agar kebahagiaan itu kekal abadi Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih, Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini Ketepian sejahtera.. Tetapi Ya Allah Ya Tuhanku, Seandainya telah ditakdirkan dia bukan milikku Bawalah dia jauh dari pandanganku Luput dari ingatanku Dan peliharalah diriku daripada kecewa.. Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih, Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti, Berikanlah kekuatan melontar bayangan ke dada langit Hilang bersama senja merah dan gelap pekat malam Agar aku rasa bahagia tanpa dirinya Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Tercinta, Gantikanlah yang telah hilang Tumbuhkanlah

Segmen review bersama kakyong[dot]com

Image
Dah lama rasanya tak join mana-mana contest or something yang berkaitan dengan rakan-rakan belog yang lain. Bila jalan-jalan pagi ni singgah belog KAK YONG maka terminat pulak nak join Segmen review nih. Lagi-lagi tengah tak ada idea nak buat cerita apa untuk hari nih. Tapi pesanan Kak Yong jangan mudah SENTAP yee. hihi. Kalau rasa macam tak boleh nak terima kritikan orang lain tu, dan dah rasa belog korang dah the best. Lupakan niat yang murni tu. Takut kang meroyan tak dapat dengar kenyataan yang membina. ;D Apatah lagi Kak Yong ni bakal menjadi penasihat dan pengkritik belog. Sama ada belog kita nih berat ke, buruk ke, hodoh ke, tak stabil ke dan lain-lain yang berkaitan. Disebabkan Anita sedar belog Anita ni tak ada apa yang boleh dibanggakan, maka Anita Redha dan Redah jelah Kak Yong nak cakap apa punnn.. Kepada kalian yang berminat nak tahu cara join segmen review nih, jom singgah belog KAK YONG. Harap-harap Kak Yong dapat membantu Anita yee :) debar-debar lah jugak ni nak tahu

Benarkah nak cari pasangan hidup perlu sekufu?

Image
Entri tengah malam ni agak panjang sikit. Kalau tak nak baca, sila abaikan ye. :) rasanya pernah terbaca entri tentang sekufu ni dalam belog Puan Stoberi. Tak sempat lagi nak godek entri dia yang lama tu. Tapi lebih kuranglah pasal sekufu nih. Maksud sekufu dalam bahasa yang mudah ialah ‘sama’. atau perumpamaan yang sesuai, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Oke begini alkisahnya. Dalam beberapa hari lepas daku berkumpul dengan adik beradiks. Macam-macam perkara yang my kakak-kakak cakap pasal jodoh dan perhubungan cintan cinton ni. Aku tadah jelah telinga ambik mana yang patut dan tak patut. Almaklumlah, nasihat dari orang yang dah kahwin. Macam-macam yang nak dikongsi. Berguna tuuu.. Lepas tu, my sistah Najua ada ngomel-ngomel bagi nasihat nak cari pasangan itu perlu sekufu. Macam dia dan encik suami lah kan. Maksudnya setaraf lah kan. Jadi terus lah daku menaip kat sini bila idea dah keluar mencurah-curah. Hurm. (sambil mengeluh) Terlintas nak kongsi dan cari maklu

Makan-makan Ikan Bakar @Jeram, Kuala Selangor.

Image
Siapa suka makan? Semua orang akan jawab, saya saya saya dan saya! Kalau tak makan, boleh mati kebulur beb. Tapi kepada yang berdiet miet tu, mesti dia jawab tak suka. Itulah dia, kalau dah nafsu makan disekat. Maka nikmat makan pun hilang. Tak bagus begitu. Sebab nanti bila kita dah semakin berumur, satu persatu nikmat makan kita kena tarik. Makanya sebelum kena tarik, makan puas-puas. haha. Daku tergelak sebab cakap over lebih, padahal dalam mood DIET! Tapi semalam daku lupakan semua tu... Dah lama gila daku teringin makan IKAN BAKAR or something yang berseafood! arghh. Aku dah pujuk-pujuk sorang kawan ni nak makan sini, tapi tak dilayan lah jugak. Alih-alih kami empat adik beradik yang manis-manis ni makan sesama! Ouh sangat bahagia rasanya. Lagi-lagi daku yang bayar, bakal kayaaapppp! memang dah lama teringin pun nak belanja dorang nih. Tak apa, nanti hujung sem aku mintak lah kat dorang nih balik. keh keh keh. Lokasi kat area Pantai Jeram, Kuala Selangor. Masa waktu petang-petan

[PTPTN] Helah Dalam Sistem Ujrah

Image
Kepada para sahabat yang pinjam-meminjam kat PTPTN. Cik Anita pun rasa macam tak jelas dengan sistem Ujrah ni. Hanya untuk perkongsian ilmu apa yang daku baca kejap tadi ni. Sama-sama bagi pendapat sama ada kita ni akan tertipu atau tak. Permulaan kena ada gambar duit! sebab daku nih memang mata duitan. Nanti nak bayar ptptn banyak so aku kena carik sugar mugar daddy! keh keh. Ah mengarut, jum baca apa yang wajib kat sini : salam.. 1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan. 2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi. 3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008. 4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal. 5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan,

Library UM memang besh!

Image
Selamat bertemu kembali. Semalam sempat daku pergi ke Unibersiti Malaya (um) sebab nak mencarik maklumat tambahan menyiapkan thesis lah kan. Kalau tak ada hal penting memang tak sampai lah ke sana. So far Alhamdulillah jumpa apa yang di ingini. Harap-harap cepat siap my projek! Apa yang nak dikongsi : perpustakaan dia memang syok habis. Teruja dan terpegun beb dengan buku yang sangat banyak dan lengkap. Rak buku dia bukan main rapat-rapat dan tersusun rapi. Cakap jelah buku apa yang daku nak, ada je terselit kat situ. Pheww.. Jauh gila beza antara library kat UPM dengan UM. Maap ye membanding bezakan pulak upm. hehe. Tapi itulah hakikatnya kan. Almaklumlah ranking UM kat Malaysia ni pulak number berapa pulak kan. Berapa? daku pun tak tahu. keh keh keh. Tapi memang yang the best kan? Layanan pekerja library die pun superb! Tak sombong dan sedia melayan orang luar macam kami ni yang banyak kerenah. So sesiapa pun boleh datang aku rasa. Jum datang library UM! Then bagi aku, student UM

Perangai aku makin keji

Image
Pemarah. Berdendam. Kuat marah. Ya. Semua tu amat KEJI! Tapi itulah yang terjadi pada diri Cik Anita sekarang. Memang daku tak paham. Rasanya daku seorang yang mudah memaafi di suatu ketika dulu. Tapi tidak sekarang. Aku menjadi insan yang negatif. Argh. Penuh dengan noda hitam barangkali kat hati ni. Siapa buat aku terasa hati. Maap! Tiada maap bagimu. Penat dah lah pendam rasa. Tak kira siapa pun kau. Jangan cari pasal dengan daku. Kau tak suka aku. Ada aku kisah? Tapi kekadang kisah la jugak. Jelas dan nyata daku memang ego. Penat dah pendam perasaan. Penat dah berbaik dengan orang yang kita percaya. Tapi apa yang daku dapat? Memang betul kata pepatah 'jangan terlalu baik dengan orang, nanti makan diri sendiri'. Ambik kau. Terkena batang hidung sendiri. Aku memang keji. So apahal lagi? p.s sila berselawat dan istigfar banyak-banyak Cik Anita.

Mengidam pergi Zoo Negara

Image
Dah berkurun dan berkarat rasanya tak pergi Zoo negara! Teringin sangat-sangat nih. Bila daku buat cadangan mahu pergi Zoo Negara dan mengusulkan pada rakan-rakan. Pasti dorang semua gelak guling-guling sampai nak tercekik gelakkan daku. sob sob. Sampai dorang cakap tak ada tempat lain lagi ke yang aku teringin. ishk. Serius weeiiii. Mengidam gila! Last daku pergi dulu masa tadika umur 6 tahun. Sekarang daku dah nak dekat pertengahan 20-an. Ha kira la sendirik berapa lama? Nak kata daku ni pencinta binatang tu tak lah jugak. Tapi daku kan rakyat Malaysia yang hebat! cewahh.. ;D Yela, mat minah saleh tu kalau datang Malaysia sibuk nak datang Zoo Negara ni. Tapi kalau orang kita, hampeh dan sengal je ajak pergi Zoo Negara liat ya amat! Tapi kalau ajak g shopping mopping amboi bukan main. Bedessssuuupp! Laju kalahkan harimau kumbang. (contoh pun pakai nama binatang kan, sbb mengidam pergi zoo.hehe) Agaknya kalau orang yang bujang-bujang ni je kot eksyen tak nak pergi. Tapi kalau yang da

Kalau Cinta - Aliff Aziz

Image
Malam tadi jam 12.47 a.m dapat tetiba mesej dari seseorang yang berbunyik: " Kalau cinta- Aliff Aziz. For u... " Eh ewahh. Kenapa pulak dah dengan mamat sorang ni. Aku baca dan aku terus tidur sebab tak tahu nak balas hapa. Kang kalo aku terus melayan nampak macam gatal pulak kan? Lagi pun tak tahu apa isi dalam lagu tu. Sumpah macam tak tahu langsung rentak lagu ni apa. Jadi daku pun search la kat internet bila bangun tuuu. Ini lagu dia : Di lubuk hati ku Adalah kamu Sebagai ratu Seluruh Jiwa ku Hanya diri mu Yang aku mahu Telah ku percayakan Hati ini pada mu Maka kita tak saling risau Kalau cinta jangan kacau Kalau sayang tak perlu marah Kalau ikhlas tak minta berbalas Serahkan cinta mu Pada yang punya cinta Di lubuk hati ku Adalah kamu Yang aku perlu Seluruh Jiwa ku Hanya diri mu Yang aku mahu Wohoo.. Terkesima kejap aku nak pahamkan lagu ni. Dia suka kat aku ke? omaigod! tapi aku loike yang tang aku merahkan kat atas tu. Aku tak bersedia, dan terlalu awal kami berkawan.

Kereta idaman yang berangan.

Image
Salam dan hello ;D Entah kenapa rasa macam nak sangat beli kereta idaman yang satu ni. Nak kata cantik sangat tu mungkin tak kot, sebab ada je member-member yang tak suka dan tak berkenan. Aish, dorang tak suka tak apa. Daku tetap nak suka oke. ;p Macam tak kena aku nak cerita pasal suka kereta bagai. Kerja pun belom! Ciss. Buang karan je melayan Cik Anita yang sorang ni. Tapi tak apa, berangan lah dulu sikit-sikit. Tapi kereta ni macam mahal sikit lah. Yeke? Kan? Memang mahal sikit la banding kereta lain. Kereta apa? Ferrari? Oh tidak. Takkan daku nak berangan benda yang mati hidup balik pun takkan dapat. Haha. So the kereta is SUZUKI SWIFT. Lagi-lagi kaler putih. Oh daku memang sangat loiiikee! Ahahahaha. (tetiba aku terus gelak) Sebabnya dulu aku tak suka kereta ni dan rasa sangat tak cantek. Tapi bila jiwa aku dah semakin dewasa. Ecewahh. Tersuka lah pulak kan. Tapi rasanya macam tak mampu je. Bulan-bulan je bayar nak dekat seriban. Nanti bayar kereta ni je, aku nak

Tak mampu teruskan hidup berbelog.

Image
Serius! Cik Anita betul-betul dah hilang mood dan jiwa nak teruskan segala songeh menaip di kaca belog ni. Uwaaa. Oh tidak! mungkin sebab dah lama tak update cerita, jadi sangat tidak bermaya nak cerita apa-apa cerita kat sini. T_T Sangat-sangat MALAS dua ratus puluh ganda! Cepat cubit daku laju-laju. Supaya daku bersemangat kereta waja. Risau kalau belog ni bakal bersawanggg.. sigh* adakah ini petanda buruk tahun 2011? Oke.dah rasa malas. haish. sangat pendek entry ini. SILA BAGI SEMANGAT PADA DAKU. PLISH.