Makan-makan Ikan Bakar @Jeram, Kuala Selangor.


Siapa suka makan?
Semua orang akan jawab, saya saya saya dan saya!

Kalau tak makan, boleh mati kebulur beb. Tapi kepada yang berdiet miet tu, mesti dia jawab tak suka. Itulah dia, kalau dah nafsu makan disekat. Maka nikmat makan pun hilang. Tak bagus begitu. Sebab nanti bila kita dah semakin berumur, satu persatu nikmat makan kita kena tarik. Makanya sebelum kena tarik, makan puas-puas. haha. Daku tergelak sebab cakap over lebih, padahal dalam mood DIET!

Tapi semalam daku lupakan semua tu...

Dah lama gila daku teringin makan IKAN BAKAR or something
yang berseafood! arghh. Aku dah pujuk-pujuk sorang kawan ni nak makan sini, tapi tak dilayan lah jugak. Alih-alih kami empat adik beradik yang manis-manis ni makan sesama! Ouh sangat bahagia rasanya. Lagi-lagi daku yang bayar, bakal kayaaapppp! memang dah lama teringin pun nak belanja dorang nih. Tak apa, nanti hujung sem aku mintak lah kat dorang nih balik. keh keh keh.

Lokasi kat area Pantai Jeram, Kuala Selangor. Masa waktu petang-petang gitu sampai ke tengah malam, tapi daku pergi jam 11.30 malam. Jadi orang pun tak ramai. Aku sarankan kepada yang teringin makan ikan bakar sedap, boleh DATANG SINI! dia masak pun sedap. Makan pun puas hati! serius. Aku tak tipuuu. Eh nama kedai die, AROMA IKAN BAKAR, jeram.

Kami pilih sendiri apa yang nak dimakan, jadi kami pilih:
  • Sotong bakar
  • Ikan masak setim
  • Udang butter
  • Ketam goreng kunyit.
dan ini hasil makannya:
(kanan zeni kiri Kak sima)
nak ngorat sila email aku..keh keh



Semuanya rasa segar dan bugar. Ouh, air liur dah meleleh-leleh dah ni. Arggghhh. Rasa macam nak pergi lagik. Anyone nak belanja aku? Memang harapan tinggal harapan lah. ;p
Gambar yang daku ambik pun tak banyak, sebab dah lapar gila seharian tak makan gara-gara nak makan kat sini. Okelah, gambar last ofkos aku tepek muka Cik Anita yang tak comey nih.

kanan muka kak Jua. Ini tak single dah married!

Eh terlupa, harga makan untuk semua kat atas tadi tu RM82.00. Mahal ke tak eh? aku rasa macam biasa-biasa je harga dia. Berpadanan lah dengan kepuasan makan tu. Okelah. Kalau rasa teringin nak makan kat sini, tapi teringin. Roger je Cik Anita oke!




Comments

Anonymous said…
sedapnya makan...
nyum2..hihih
jemput2 makan
Cik Anita said…
@Fa-zlyn
jemput2..tapi dah habis daaa..hehe
sarah mohamad said…
kat sini la yg saya nak makan . cuma tak tahu jalan je . jeles nya tengok u dah g sini ! nak g jugak . uwaaaaa !

http://sarahdandia.blogspot.com/2011/01/sapa-sapa-yang-tahu-tempat-seafood-yang.html
Cik Anita said…
jalan dia senang je kak!
carik lah kat map google tu. InsyaAllah jumpa. Sedappppp tau. ;)
jangan nanges-nanges.. nanti dapat lah makan. Jum-jum...hehe
ghost said…
wah makan besar nih..seafood plak tuh.kecur air liur weiii...hihi

tumpang makan leh tak?
Cik Anita said…
@ bisk
kecur ke? alah.. camtu senang je. belanjalah Anita! nnt kita makan sama. kui3
Unknown said…
arr..makanan lagi.
tak leh tahan tgk gambar makanan atas meja tu. serius rasa lapar kembali...
Teratak pena said…
bestnye....dekat jeram ye...nak usya le... tak jauh dari tempat Cik Siti
Mak Su said…
whoaaa! cancellah diet! :), hi hi hi
Cik Anita said…
@ mata hati
haaa. dah lapar apa lgi. cepat2 makan sana.hehe

@bayu kenangan
Kak siti ekceli duk area mana ye? g lah makan. besh

@mak sue
hehe. kalau makan sedap. diet selalu cancel~ ala, bukan selalu pun kan ;p
Myra Arshad said…
grr. sedapnya ikan setim tu. meh sikit kak tina~ kuikui

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA