Posts

Showing posts from September, 2011

.perasaan yang kosong.

Image
Assalamualaikum... Dah beberapa hari aku cuba menaip sesuatu tapi aku tak mampu nak meneruskan hingga ke akhir. Pada mulanya seolah bersemangat mahu mencoretkan sesuatu. Aku hilang kata-kata. Seperti sekarang ini. Hurm. hilang lagi! Serba tak kena. Wassalam.

Jom tolong LIKE picca ini! :)

Image
Assalamualaikum... Selamat hari Isnin yang seronok sebab semalam dah cuti kan. Tak usah kata tak puas cuti ye. hihi. Sebab memang akan ada kata malas punye. Kalau malas-malas, meh sini daku mahu mintak tolong pada rakan-rakan sekalian untuk LIKE gambar sedemikian rupa di SINI ( SHUTTERHOLLIC WEDDING PHOTOGHARPY). Gambar adik aku yang join contest untuk menang pakej free photograpy kalau ada rezeki. Contest pose & post loving loving couple. Jadi aku pun tolong-tolonglah promote dekat korang. Feel free tekan like oke. :) Until end of Disember aku rasa. Banyak lagi masa. Korang nak join pun boleh! .cik adik & cik tunang adik boncet. ;P Jasa baik kalian amatlah dihargai. :)

Segmen Masakan: Terung Tumis Belacan

Image
Assalamualaikum... Oke Chef Anita mahu meneruskan perkongsian menu yang sangat tak sedap. Serius tak sedap, bukan nak merendah diri. HAHA. Menu yang dimaksudkan ialah Terung Tumis Belacan. Tengok ropa dia camni. Cedih. :P Sebab aku cakap tak sedap tu, rasa dia masin. Lepas tu salah satu puncanya masin letak belacan banyak, sebab tak ada lesung batu. Dah ada belacan, terletak garam banyak pulak. Pahammmm jelah. Semua aku ricih2 halus je. Lepas tu belacan tu pun aku kikis-kikis bagi lembut. Jadi bila campur-campur rasa dia.... "ermm..boleh lah teruskan hidup! ". :D Aduhai. Gagal intebiu dengan mak mertua camni. Oke bai. Chef Anita nak membawa diri mencari resepi baru.

Bertambah anak buah baru * Qaisara Auni Nahwa*

Image
Assalamualaikum... Alhamdulillah bertambah anak buah aku. Maka ini menjadikan anak buah aku yang 6! Puteri Qaisara Auni Nahwa nama diberi. Memang sedap lah nama dia panjang pulak tuh. Nak nikah memang terbelit lah cik suami dia 25 ke 27 tahun lagi. hihi itu dia si kecik Putri Auni* bam-bam macam mama dia ;) Dengar cerita akak aku ni pasal pengalaman dia bersalin, aduhai rasa terkoyak habis. Ishk. Aku pulak macam menahan sakit. hehe. Tapi untunglah sebab akak aku ni bersalin kat swasta, maka layanan dia memang superb. Kebajikan dia terjaga, lagi2 bila si suami menemani di sisi. Siap dapat potong tali pusat lagi. Ouh aku pulak yang rasa terharu* Mampukah aku mempunyai sebegitu suatu hari nanti. P/S Kalau aku kahwin kelak, entah macam mana lah ghopa anak aku. Debar-debar nak tunggu turn aku kahwin yang 5 ke 6 tahun lagi tu. haha. Apa ke sengal aku cakap camni. dush. Tahniah sekali lagi untuk Sista Najwa dan abang ipar Amal! Semoga kalian menjadi ummi dan abbi yang tak tidur malam untuk be

Andainya lelaki tahu...

Image
Andainya lelaki itu tahu... Dalam hati seorang perempuan, ada naluri untuk disayangi. Ada rasa untuk diberi perhatian. Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya. Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya. Andainya lelaki tahu, rajuk seorang perempuan minta dipujuk. Marah seorang perempuan perlu didekati. Sedih seorang perempuan harus didengari. Gembira seorang perempuan ingin dikongsi. Tapi... Semuanya dah terlambat. Tak mungkin dia ingin tahu akan apa yang aku sebagai seorang perempuan inginkan. BERSAMBUNG... episod duka lara. Hihi (gatai)

Segmen Masakan: Tumis peria + Masak Sardin Terung Pipit

Image
Assalamualaikum... Seperti yang aku janjikan sebelum ni, aku nak berjinak dalam post dan mengepost cerita pasal masak-masakan yang aku masak. Walaupun masakan yang simple, aku tetap nak post. Tapi janji tinggal janji je. Masak-masak2 terus lesap dalam perut. TERlupa nak ambik gambar. HAHA. Lapar sangat gayanya. Ini menu yang aku masak entah hari apa hari tu. Tapi bukan menu semalam sebetulnya. Menu semalam macam biasa, aku tak ambik pun gambar. Lupa. Favourite aku dan kawan sebilik aku is TERUNG PIPIT. Semua masakan aku rasa aku masukkan terung pipit ni. Tiap kali pergi kedai mesti beli. Sebab sedap. Sedap pada yang suka la. Tapi kalau yang salah pandang mesti cakap kacang peas. . Sardin tumis terung pipit istimewa. . peria tumis dengan telur. Kalau ada yang ingat aku post cerita pasal peria goreng tepung tempoh hari, peria ni baki dari yang aritu lah. :p Jimat sungguh aku ni. P.S : rasa lapar ya amat-amat sekarang ni. Mood aku jugak sedang tak best sebenarnya. Tu yang aku menyepi dua

Majlis Hari Raya @ Office

Image
Assalamualaikum... Ini cerita Sabtu lepas 10.09.2011. Kakak-kakak opis ni pakat buat makan-makan sempena Raya. Company tempat kerja aku ni sangat berjimat cermat, maka memang takkan ada peruntukan untuk majlis-majlis cam gini. Makanya kitorang deal reramai setiap orang kena bawak satu jenis makanan masa hari kejadian. Cedih sungguh* Tapi ekceli kerjasama itu penting ye. Kerjasama yang membawa muafakat InsyaAllah. Sebab kalau kerja dengan persekitaran yang tak best, maka tak best lah ceritanya. Sebahagian kawan-kawan seangkatan. Adik opis yang lemah lembut si Fyka, yang banyak kali mengadu nak berhenti kerja sebab masalah tak rasa best kerja. Jadi aku nasihatkan dapat kerja lain baru resign. Bukan senang nak carik kerja dik oi. Anak-anak dara opis. Kitorang berenam ni je yang belom kahwen! Muka-muka big bos. Sahabat sekawan* kitorang ni lah kehulur dan kehilir bersama berempat! Bermasam muka pun berempat-empatan juga. P.s Ha, baju yang au pakai tu adalah hadiah hari jadi aku ye. Kakak

Wordless Wednesday: Tv Kesayangan Hamba!

Image
Assalamualaikum... Wordless Wednesday aku lambat keluar hari ini... Marilah kita beramai-ramai menganalisa gambar tv yang terhebat di abad ni. Yeeha :D Aku menontonnya dengan tabah dan Redha! T_T. Aku rasa memula macam lawak, tapi ke cerita sedih pun entah. HEHE. Spongebob dengan kawan dia pun dah berubah wajahhhhh. Bye! Aku tak sabar nak balik nak nonton tv yang hebat!

Perihal Beli Kain Pasang Online :)

Image
Assalamualaikum... Kalau sesiapa yang still ingat, aku ada cerita perihal baju untuk Konvo tempoh hari kat SINI . Baju yang aku tempah tu dah sampai sebelum raya hari tuh. Kiranya dalam bulan puasa lah dia sampai. Maaflah, lambat aku nak update. Dah berkurun baru aku sempat nak share. *excited gila masa dapat* So far, kepuasan hati aku dalam 85% lah. Kira gred A lah jugak. Nak bagi gred yang lagi rendah rasa macam tak patutlah. Sebabnya, beli online tu memang berisiko besaq kalau kain dia tak sedap ke apa. Yelah, tengok je cantik kan. Material kain tu kita tak dapat nak pegang-pegang. Hasilnya kain yang aku dapat macam ini :) tadda... . Bunga dia dari dekat. .jarak jauh. Bunga-bunga pink dia macam kurang lah, rasanya masa display tu bunga dia banyaks. Yeke? ke perasaan aku je. Cer korang tengok kat SINI ada beza tak. Aku nak upload pic lain tak lepas pulak. grr Nice jugak lah aku rasa. (positifkan diri). Cuma kain dia tu agak keras sikit. Then macam panas kat badan. Aku tak taulah na

Segmen Masakan: Peria Goreng Tepung

Image
Assalamualaikum... Mulai hari ini aku nak tambah segmen masakan lah dalam belog aku yang tak besh ni. Nampak lah meriah sikit macam belog anak dara yang pandai masak kononnya. Padahal tak pandai pun. Rasa pun tak sedap. Kot-kot ada orang yang berkenan nak jadikan aku menantu hantu ke. hihi. Ah mengarut sudah aku ni. Abaikan. Aku rasa macam berminat nak share makanan yang dimasak oleh roomate aku. Ha lupa nak cakap, aku dah ada kawan sebilik. Nanti aku cerita kat entry lain. Dia lah yang cadangkan aku masak peria goreng tepung ni. Sejujurnya seumur hidup inilah kali pertama aku makan benda alah ni. Tu yang aku teruja nak cerita kat sini! :D .peria goreng tepung. Rasanya SEDAP! Sedappppp. Aku tak tau lah nak gambarkan sedap tu camne. Tapi sedap, rangup, then ada rasa2 pahit sikit. Tapi pahit tu sedap. Mungkin ia akan sedap pada orang yang suka makan peria. Kesimpulannya peria sedap. hehe. Sedap makan dengan nasik. Macam cendawan goreng tepung tu jugak kot. Meh aku bagi resepi simple dia

UPSR hari ini : Semoga Berjaya Adikku Husna :)

Image
Assalamualaikum... Ah. Sibuknya aku hari ni, dah pukul 12 baru aku free nak mengular-ngular. Tak sempat nak update apa-apa cerita. Entah kenapa sejak kebelakangan ni ada je idea nak tulis. Tu rasa tak syok je kalau tak update apa-apa cerita baru. Oke. Aku nak ambik kesempatan yang ada ni, nak wish GOOD LUCK untuk adik aku yang ke 3 ni. Dia anak yang ke sembilan dari seploh adik beradik. Aku suka panggil adik aku ni dengan nama Kenit je, sebab dia ni kecik molek orangnya. Tapi walaupun kecik, bergaya aduhai mengalahkan kitorang ni ha. Sabor jelah... Walaupun kecik, mulut tak stop macam bertih jagung! hihi (jangan marah) Jawab exam baik-baik si kenit! Aku ada berjanji sesuatu dengan dia kalau dapat result bagus. Tapi bukanlah janji yang lumayan sangat. Aku cuma janji nak bagi dia rm10 setiap A yang dia dapat. Tapi dengan syarat minima 3A. Kira kalau dapat 5A dapatlah 50 hengget! Itu je yang aku mampu. Kang janji lebih-lebih aku tak mampu susah wooo. "SA'FFA TUN HUSNA nama saya.

Rayaku di seponsor :)

Image
Assalamualaikum... Semua orang dah cerita pasal raya-raya aku rasa. Aku baru nak cerita ni ha. Tapi bukanlah pasal raya yang betul. Tu nanti ada idea entry raya yang lain. Sekarang ni aku nak cerita pasal baju raya aku tahun ni adalah tajaan BONDA tersayang! Sungguh tak malu aku nih, dah kerja pun mak belikan baju raya. Niat di hati nak gurau-gurau, tapi mak belikan bebetul baju raya ini. Apa lagi, memang kegembiraan lah aku jadinya. Baju raya oren di bawah ini... tadda... (abaikan muka ku yang tettt) "Lihat badanku, ramping kan?..." (aku pun tatau kenapa aku buat gaya cam atas ni. mungkin nak cakap camtu. :P ) Bukan setakat baju raya je aku dapat, barang-barang lain pun ahli keluarga aku taja. hihi. Antaranya: Anak panah oren : high heel aku tu Kakak sulung aku belikan. Mekasih! :D Anak panah kuning: Broach bunga-bunga panjang tu Kakak aku belikan. Thanks! :D Anak panah ungu: Baju raya oren. From Bonda! Thank youuu... :D Anak panah putih: Broach Kak Reen bagi! Terima kasih!

Corset Premium Beautiful kini Milikku! eceh.

Image
Assalamualaikum... Cerita ni nak ikutkan dari sebelum puasa ritu aku nak kongsi. Tapi rasa macam eh nantilah dulu, sebab aku nak rasa dulu apa kesan pada badan aku pakai benda alah ni. Alkisahnya, dua orang kakak aku memang ada pakai benda alah ni. 1st akak sulung aku (Kak Ina) pakai memang nampak perubahan yang ketara aku rasa. Then kakak aku yang sorang lagi (Kak Shima) pun nak pakai jugak sebab nak kahwin. (yang nikah aritu). Bila dorang dah pakai, dorang ni offer lah pulak kat aku. Aku ni memang mudah terpengaruh, jadi TERbeli lah jugak. hehe. (akak-akak aku ni memang join Hai-O) Gaji aku dah la ciput, harga dia tak usah la tanya. Macam mampu tak mampu je aku nak bayar bulan-bulan tu.HAHA. Korang google lah sendirik carik harga dia berapa. Makan bertahun gak kot aku nak habis bayar. :P Aku belum start bayar lagi, tapi dah pakai. hehe. Sebab beli dengan akak sendiri kan. Jadi kira ambik dulu baru bayar. Tapi sempat jugak lah akak aku perli "dah beli lepas ni entah bayar entah t

Adik dapat dara kakak?

Image
Assalamualaikum... Tajuk entry yang lebih hangat dan lebih kontrevesi. Tapi bukan aku yang nak cari kontrevesi. Ini gerangan manusia mana entah yang mengoogle pasal dara-dara pulak dah. Adik dapat dara kakak? Entah apa yang dipikirnya. ishk-ishk. Boleh eh dapat dara kakak? haha. (SENGAL) Aku memang suka jenguk-jenguk Nuff then tengok apa keywords yang boleh buat orang tersangkut kat belog aku nih. Tapi pagi ni aku rasa cam menarik pulak lah hai keywords ni... Aku tengah pikir sebenarnya entry mana yang berkaitan. Sebab tak pernah pulak aku cerita pasal dara-dara ke bagai. Kalau pasal adik dan kakak tu banyak lah. Ke sebab aku cerita pasal anak dara, then ada pasal cerita aku kakak dan adik aku. .macam-macam. p.s jangan google yang macam-macam lah kalian...ke carian untuk assignment nih? :)

Ikan kembung asam pedas istimewa

Image
Assalamualaikum... Petang semalam aku pergi pasar petang konon-konon nak beli barang dapur mana-mana yang kurang. Then macam teringin makan ikan. Sebab hampir beberapa bulan aku duduk rumah sewa ni belum pernah beli ikan segar sebab tak ada peti ais nak simpan. Jadinya aku belilah ikan kembung yang kecik tu dua ekor sebab nak masak petang. Gelak-gelak aku nak bayar, sebab beli ikan yang harga dia rm1. Macik tu pun macam terkejut bila aku nak beli dua ekor je. Sebab waktu aku pilih-pilih tu, sibuk dia cakap harga sekilo ulang-ulang kali. Hehe. Seumur hidup aku inilah kali pertama aku beli ikan sesikit itu. Balik je aku masak asam pedas campur dengan carrot. Aku bantai je masukkan carrot sebab tak nak bazir sayur yang dah layu. Jadi aku namakan dengan ikan kembung istimewa sebab murah, jugak sebab aku letak carrot yang tak pernah di buat orang. :D Aku rasa macam lepas ni nak ambik gambar lah setiap hari picca makanan yang aku masak! Walaupun lauknya mungkin telur dadar saje... Nak jadi m

Beg duit baru beli kat online :)

Image
Assalamualaikum... Tempoh hari aku ada cakap beg duit aku dah koyak rabak, then aku pun berangan lah kot-kot ada sesiapa nak bagi hadiah ke masa hari jadi aku tu. Tapi memang harapan tinggal harapan lah. hehe. (eh ada post pasal bufday aku yang tak publish lagi) Jadinya aku secara tak sengaja belek-belek mana-mana belog yang macam ada jual beg duit. Tup-tup aku terus tersangkut beli dompet yang di bawah ini. Sebab aku memang carik yang colour purple. Aku beli kat SINI. Harga pun murah! Kena jimat-jimat lah. Nak beli barang yang branded tu na mungkin. Aku tak amik pulak picca dompet yang sebenar. Tapi sama je yang dia display kat atas ni. Cantiks dan puas hati! Service dia pun cepat. Aku baru je submit form, terus pastu dia call comfirm oder. Aku suka! Tapi abang ipar aku tegur, kat kedai banyak nak beli on9 buat apa? ouh... Aku cuma sengih-sengih je then jawab, dompet jenis camni jarang jumpa kat kedai. Kan? Ok bye! Nak balik makan nasik... :)

Kad Raya Special dari Blogger: Puan Stoberi sayang!

Image
Assalamualaikum... Ini jugak entry tertangguh tentang kad raya. Ah tak sudah-sudah Anita ni. hehe. Sepatutnya semalam aku nak post. Tapi bos asyik dalam opis je tak keluar-keluar. Maka tak kesempatan lah nak update apa-apa. Almaklumlah, nak online kat rumah lappy dah jahanam. Kad raya yang aku dapat ni dari Kak Reen. Antara blogger feveret lah bagi aku. Baru aku perasan lah, list blogger feveret aku majoritinya para isteri-isteri. Kecuali sorang dua je yang anak dara. Ke sebab aku ni jiwa ibu-ibu eh. Entah. Berbalik pada cerita asal: .Ini dia kad raya Dari Kak Reen a.k.a Puan Stoberi. Kad raya yang pertama aku dapat! Rasa excited gilaaaa. Terima kasih kerana mengingati diriku ini. eceh. Bila jaman dah moden-moden sangat ni, wish selamat apa-apa pun pakai SMS je. Tak ada feeling langsung. Tu sebab entah kenapa, ramai yang wish raya tapi aku tak reply. Sebab macam tak tau nak reply apa. HAHA. Jahat gila aku. Disebabkan juga belog aku pernah direview dengan Kak Reen ni, maka aku dapat la

Kad Raya Special dari Blogger: Yui!

Image
Assalamualaikum... Ini aku namakan entry tertangguh ye. Ada 3 cerita pasal kad raya mungkin untuk petang ini. Ini cerita yang pertama. Yang kedua dan ketiga menyusul kejap lagi, tengok keadaan kalau bos tak pantau. HAHA. Walaupun dah lepas raya, aku rasa aku perlu jugak publish cerita pasal orang yang bagi kad raya pada aku. Rasa terharu deh. Sebab tahun ni aku dapat 3 SAHAJA kad raya. Dari Yui , Kak Reen and Dila ! :) Ini dia kad dari Yui . Thanks! <3 Maaf ye lambat respons, sebab balik kampung 27 hb 8 ritu baru tau kad sampai. Nak mesej bagitau dah sampai, tapi tak ada nombor Yui pulak. Kad ni jugak sebenarnya hampir hilang, sebab mak lupa letak mana. hehe. Tambah2 dengan rumah yang bersepah tu. Jenuh jugaklah mintak tolong adik carikkan. Nasib baik jumpa! Siap ada doodle pink yang comel itu. Tapi kurang terang, kamera cap ayam sebabnya. sigh* Bila Yui hantar kad ni kat Nita, baru lah aku tau yang beliau ni kerja kat Bank Rakyat rupanya. Nak ikutkan aku baru je kenal beliau, tapi