Ikan kembung asam pedas istimewa
Assalamualaikum...
Petang semalam aku pergi pasar petang konon-konon nak beli barang dapur mana-mana yang kurang. Then macam teringin makan ikan. Sebab hampir beberapa bulan aku duduk rumah sewa ni belum pernah beli ikan segar sebab tak ada peti ais nak simpan.
Jadinya aku belilah ikan kembung yang kecik tu dua ekor sebab nak masak petang. Gelak-gelak aku nak bayar, sebab beli ikan yang harga dia rm1. Macik tu pun macam terkejut bila aku nak beli dua ekor je. Sebab waktu aku pilih-pilih tu, sibuk dia cakap harga sekilo ulang-ulang kali. Hehe.
Seumur hidup aku inilah kali pertama aku beli ikan sesikit itu. Balik je aku masak asam pedas campur dengan carrot. Aku bantai je masukkan carrot sebab tak nak bazir sayur yang dah layu. Jadi aku namakan dengan ikan kembung istimewa sebab murah, jugak sebab aku letak carrot yang tak pernah di buat orang. :D
Aku rasa macam lepas ni nak ambik gambar lah setiap hari picca makanan yang aku masak! Walaupun lauknya mungkin telur dadar saje... Nak jadi macam Kak Ita yang rajin update pasal makan-makan. Nom nom nom.
.Gambar hiasan dari jejaka google.
p/s masak sangat jimatttt! berbanding dengan beli.
Comments
umh swa yui pon xde petia ias..tu mls beli mknn basah..
ha..nati beli la peti ais, akak kalo takde peti ais, mmg blur trus la kot. Sbb segala sumbat dlm tu. Even gula pun (sbb taknak kena hurung ngan semut). Haha :D
*meleleh air liur