Posts

Showing posts from May, 2011

Usop Wilcha, Johan, Wahid, Mazlan Pet Pet (Apa saja FBI) @tv9

Image
Bertitik tolak dengan entri sebelum ini pasal Usop Wilca dalam rancangan apa saja FBI tv9. Jadi aku nak sambung cerita supaya korang pun tengok sesama muka aku yang muncul kat kaca tv9 dua minggu lepas. Sangat banyak ouh muka aku di situ. Bersuka-sukaan, bergelak-gelak sakan. Siap ada fokus muka aku sebijik tersengih-sengih! Amik kau nampak segala jururawat mukaku. Ke korang dah tengok? tapi kalau nak tengok lagi pun apa salahnya... Ekceli aku nak share video tu dari youtube. Tapi berukband ni sangat-sangat tidak memberikan kerjasama. Sebab nak bukak youtube pun susah gila nak loading, berjam lamanya nak bagi play lagi. haish. Maka aku buat begini korang kelik sendiri : PART 1 PART 2 Eh boleh pulak letak video ni. Dapat cam tak mana satu aku? kalau yang kurang kenal aku tuh mesti kompius nak tengok aku yang mana. Tapi aku yang bertudung putih tu yang ala-ala sopan lah kunun. Auww. *Tengs pada Kak Reen yang memberik tutorial camno nak lepas upload video nih. lebiu Pu

Selamat Hari Cikgu

Image
Salam hari cuti Wesak. Semalam rata-rata semua orang dah wish dah selamat hari guru. Aku je yang tak sempat, sibuk semalam. Jadi aku je yang agak ketinggalan zaman baru nak ucap, dah nak basi dah ucapan aku nih. Sebab aku baru nak ucapkan SELAMAT HARI CIKGU buat semua orang yang bergelar cikgu di Malaysia juga rakan-rakan blogger. Tapi aku nak fokus kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku. Tapi entah kenapa, ramai rupanya nama-nama cikgu yang aku dah lupa!duh.. Maaf lah kepada cikgu-cikgu yang tak disebutkan nama. Tadika Kemas Teluk Buloh (1994) : Cikgu Ramlah Sk Teluk Buloh (1995) : Cikgu Anuar, Cikgu Zainal, Cikgu Faridah, Cikgu Normah, Cikgu Zaiton, Cikgu Norizah, Cikgu Zaharah, Teacher Lee Bee Yong. SMK Seri Perkasa (2001) : Cikgu Masduki, Cikgu Tan Yusof, Teacher Fatimah, Cikgu Anuar, Cikgu Zakaria, Cikgu Maskuri. SMK Raja Muda Musa (2004) : Cikgu Masmerah, Cikgu Sumiaton, Puan Tee, Cikgu Mastura SMK Ungku Aziz (2006) : Cikgu Murtadzo, Cikgu Shaari, Cikgu Ziela Sekol

Interbiu yang pertama

Image
Salam. Petang tadi buat pertama kalinya aku pergi interview kat Puncak Alam. Berbaju kurung ala-ala kuning yang langsung tak sesuai aku pakai. Tapi aku bantai je. Bukanlah interview yang sangat formal aku rasa. Dalam bilik interview tu boleh sembang gelak-gelak hampir satu jam lebih. Siap kakak aku teman masuk sekali. Kerja ni terus terang aku cakap, kerja yang sangat biasa-biasa aja. Tak guna pun kelulusan degree, hanya kelulusan sekolah aku zaman hingus-hingusan. Masa mula-mula tu terasa yakin sebab atas rekemen sahbat baik aku yang kerja kat situ, tapi bila dah lepas interview aku terus hilang yakin untuk dapat kerja tu. Hurm, sebabnya aku salah buat resume then salah memperkenalkan diri. Resume aku tu, aku tulis kelulusan aku yang terover. Then pihak syarikat tu rasa macam tak berani nak ambik kelulusan macam aku ni. Nyesal gila aku rasa. Sebab aku mengharap nak kerja dekat situ. Untuk carik pengalaman. Tapi salah aku sebab aku bagitau tahap pelajaran aku. Sengal betul aku ni.

Ciri-ciri jejaka idaman :)

Image
Banyak aku baca entry-entry di belog yang selalu meng'list'kan ciri-ciri jejaka/gadis idaman. Kadang-kadang aku tersenyum sendiri akan criteria pelik-pelik yang dorang nak tu, sebab bukan senang ye nak mencari yang perfect itu. Tapi macam biasalah, manusia mahukan kesempurnaan walaupun hakikat diri sendiri tak mungkin sempurna. Tapi kita perlulah selalu berusaha kearah sempurna oke. Dan entah kenapa laju je jejari aku menaip akan criteria lelaki idaman. Ini hanya idaman dan perkara mengidam. Nak dapat tuuuu memang usah harap. Jum cek kot-kot korang ada semua ciri-ciri yang aku pikirkan! :) Sili hayati perkara yang berikut...(jangan hayati sangat) Mestilah seorang lelaki tulen ye. :D* Bercermin mata Chinese look Tidak terlalu tinggi Berkumis* Suka membaca karya-karya sastera Melayu* Pandai mengaji* Pandai main gitar Mampu menjadi imam solat* Terel bawak kereta laju-laju. (cekap)* Suka berkebun* Gemar mencuba makanan yang aku masak* Tidak terlalu banyak cakap* Kreatif* Bi

Lembu oh Lembu

Image
Ini cerita beberapa hari yang lepas. Alhamdulillah aku selamat sampai di upm pada hari Sabtu yang lepas, dan keesokan harinya aku pulang dengan membawak barang-barang yang sangat banyak selepas exam. Tetapi dalam perjalanan pulang berlaku sesuatu yang aku tak ingini dan tidak terjangka berlaku. Aku dah kata dah hidup aku ni kalau membawak kereta selalu malang. Sebab tu aku malas bawak kereta orang, kalau apa-apa yang jadik macam mana nak ganti? Tapi kalau berangan nak beli kereta sendiri, belom mampu pulak. hurm. Alkisahnya petang itu aku membawak kereta dengan kelajuan yang sekata, hanya semaksima 100 dan tidak lebih dari itu. Dari awal traffic light sudah hijau, aku tersenyum sambil melayan lagu-lagu Siti Nurhaliza kegemaran mak aku. Kerna kalau permulaan perjalanan bermula dengan lampu hijau, maka akan hijau sepanjang jalan. Yes. Memang tepat jangkaan aku. Akhirnya aku sampai dalam jam 6 petang di kawasan kampungku. Aku sudah mengucapkan alhamdulillah ketika itu kerna yakin a

Selamat Hari Emak

Image
Assalamualaikum warohmatullahi, wabarokatuh. Dengan kesempatan yang ada, aku nak ucapkan Selamat Hari Emak kat emak aku. Disebabkan aku tak panggil ibu, jadi aku panggil hari emak. Hari mama, hari umi, hari mummy dan sama waktu dengannya. emakku yang di kanan itu. Love you!muahx Jugak nak ucapkan hari ibu/mama/mummy/emak kepada bakal ibu mertua ku yang berada mungkin di Perak, mungkin di Selangor, mungkin Johor, mungkin Pahang, mungkin Kelantan, mungkin Terengganu, mungkin Melaka, mungkin Perlis, mungkin Kedah, mungkin Penang, mungkin Sabah dan mungkin Sarawak. Itu je yang aku ingat. Ada mana-mana negeri tak yang aku tak sebut?? Mesti ada punya nih, Cuma aku je yang tak comfirm mana. Keh keh keh. Juga kepada para blogger yang bergelar IBU. Selamat hari ibu buat kalian. :) sila lah tambah cahaya mata. Err. Apa ke motip aku ucap macam tu. :P *tak boleh nak taip panjang-panjang. Banyak benda nak kemas *maaf jugak sebab tak reply mana-mana komen. Anita akan menyusul kemudia

Hubungan dunia Maya

Image
Dalam sejarah aku berblogging start tahun 2008 sebenarnya, belog yang pertama storiakudiadankamu.blogspot (dah padam), kedua belog ilham-puisi.blogspot (masih ada tp sembunyi) dan sehingga ini belog yang ketiga. Aku belum pernah admired dengan mana-mana blogger lain. Especially blogger si kumbang. Belum pernah ada belog yang aku betul-betul rasa teruja nak bukak setiap hari atas dasar suka dan minat gila atau sama waktu dengannya. Semua aku pukul rata. Atas dasar persahabatan blogger dan mengisi masa lapang aku yang suka baca belog orang. Tapi. Apa yang aku rasakan, aku punya kelainan terhadap satu belog ini. Aku akan bukak belog si dia setiap hari. Walaupun tiada entry baru, tetap aku akan bukak. Sampaikan aku akan tengok perkembangan siapa yang komen belog dia, dan terkadang rasa jeles. ah! Apa ke ‘bangang’ aku nih nak jeles-jeles. (bak kata Myra) Tapi bila pikir balik, aku tak nak dia tau. Kalau aku bukak sehari seploh kali, mesti lah dia dapat kesan tapak kaki aku kat

Perihal Exam yang Kalut

Image
*** ini entry auto publish. 3 Mei 2011. Selasa lepas aku exam dalam keadaan yang sangat kalut. Sepanjang tiga tahun aku kat sini, belum pernah aku tertinggal kad matrik waktu exam. Dan entah kenapa hari tu aku tertinggal! Aku sampai fakulti dalam pukul 8pagi baru perasan kad matrik tak ada. Padahal 8.30pagi exam mula. Aku pusing balik kolej naik bas, baru dua tiga langkah aku turun bas, hujan turun dengan lebatnya. Aku terus lari lari lari dan lari dengan pakai baju kurung yang sudah terangkat-angkat kain barangkali. Semput dan mengah nafas aku, tapi aku gagahkan naik tangga masuk bilik. Deringan telefon berbunyi, kawanku EKIN pula tertinggal slip exam maka suruh aku ambikkan. Mana lah aku ada kunci nak ambik. Dengan idea yang ada, aku kopak bilik dia dengan pisau. Berjaya! Aku turun tangga dengar hujan dah reda. Lega. Jadi aku tak ambik payung. Aku jalan laju-laju, tetapi tetiba hujan lebatttt amat. Aku lari lari lari lari sambil selipar tercabut. Cabut lagi. Dan te

Balik Kampung Kejap.

Image
Ahad ni ada dua paper lagi, pagi dan petang. Tapi aku nak gerak balik kampung kejap lagi. Dah lama tak balik kampung naik bas, biasa menumpang akak-akak aku je. Tak tahulah bas aku balik kampung tu ada kat pudu raya ke tak. Kalau tak ada, aku turun Teluk Intan, jauh sikit lah tapi. Ahad dah nak balik pun, harini aku nak balik jugak kejap? Bukan apa, ada urusan yang nak diuruskan. Then aku nak bawak kereta mak aku tu untuk angkut segala baranggggg yang ada. Aku nekad jelah bawak kereta dari Perak sampai ke Serdang ni sorang-sorang nanti. Sabtu nanti aku pagi-pagi balik sini. Semoga tak ada apa-apa berlaku, sebab ini 1st time aku bawak kereta jauh. Aku tak nak menyusahkan orang lain, sebab kakak-kakak aku sibuk banyak kerja. Jadi aku perlu berdikari. Itu memang cara aku. Nanti kalau aku dah tak mampu berdikari, aku nangis. Teringat pulak, dulu pernah aku bawak kereta ayah aku, tapi tayar pancit tengah pekan Teluk Intan tu. Aku tak tau nak buat apa, aku nangis dulu baru aku sete

Hazman Halid

Image
Salam. Kenal Hazman Halid tak? Aku tak pasti korang familiar dengan Hazman Halid ni ke tak. Tapi aku sangat loike dan teruja bila tengok dia lelama main piano tuu! Ouh cairrrrr.. T__T Tapi malangnya dah ada 3 orang anak, then aku tak tau status duda dia tu sahih ke tak. Kalau dia single pun, mati hidup balik tak mungkin dia nak aku. ( gelak besar ) Eh dia ni ekceli computer engineer. Sesuai dan padan dengan gaya dia. Setiap hari mesti aku layan dengar lagu dia dan ulang-ulang pasang. Tak jemu-jemu pulak. Mungkin sampai roomate aku pun bosan. Maaf roomate ! :) hensem! tergoda... dan tergoda lagi... Siapa yang suka dengar orang main piano meh dengar sesama kat YOUTUBE . Tak pun boleh like dia kat http://www.facebook.com/hazhalid or add dia kat SINI. Boleh download lagu-lagu dia kat FB! Beliau sangat friendly. Tegurlah dia kat wall fb tu, comfirm dia akan layan. Kadang aku wish, good nite then dia akan reply tau! Auwww ( sengih menggoda )

Unsur Erotik

Image
* Peringatan: aku tak berniat nak memalukan sesiapa, dan tidak berniat nak mengaibkan orang lain. Sebab tu aku tutup muka dan nama si hamba Allah itu. Sebenarnya, aku kenal dengan mamat ni kat sini sebagai abang senior. Aku pernah keluar sekali hanya sebagai kawan temankan dia pergi kenduri akikah anak kawan dia, then tengok movie kat Alamanda(pakai baju kurung), makan-makan dan lepas tu balik. Cukup setakat itu. Sebab aku tau sebelum ni dia ada blog then aku pernah follow dia, sekarang aku tak tau dia still baca blog aku ni or tak. Oke abaikan. Kalau kau baca, kau perlu faham lepas ni aku takkan reply apa-apa msg from u. Sama ada fb ni or my hp. Paham? Sori ya. Cuma, kau kene respek orang perempuan, iaitu sensitiviti orang pompuan. Bukan dengan aku je, tetapi dengan perempuan-perempuan lain juga. What the fishhh kalau kau suka-suka nak tanye, size berapa? Brand apa aku pakai? Kite mesej pun dalam sebulan sekali kot. Ko rasa aku akan jawab “Ya aku pakai Saiz 360, cup ABC.

Perempuan itu umpama Merpati.

Image
sumber " Orang perempuan itu seperti jinak-jinak merpati, kelihatan manja dan mudah didekati tetapi apabila mahu ditangkap ia akan lari..." (lari ke terbang?) Contohnya: Cuba korang bagi makan kat burung merpati yang meriah ramai-ramai tu, ingat senang ke nak tangkap? (jawab sendiri) Tak perlu aku rungkaikan, tetapi aku rasa ramai gadis-gadis yang akan bersetuju dengan pepatah ni. Tidak semestinya seseorang tu peramah dan senang dibawak bersembang, semuanya akan menjadi mudah. Tidak bukan? ;) Tapi tak taulah pulak kalau ada yang mudah kan? sebab aku seumur hidup tak pernah nak tangkap burung merpati. Makan pun tak pernah. Sedap ke?

FYP dan si rama-rama

Image
FYP: stand for final year project. Lepas exam je pagi tadi aku terus terkejar-kejar jumpa supervisor projek untuk hantar final draft. Alhamdulillah, dan apa yang aku harapkan berjalan dengan lancar. :) Macam biasa pergi old flat dengan kawan-kawan cari mana-mana kedai yang sesuai untuk jilid buku. Dengan rasa semangat dan tak nak tangguh-tangguh. Kalau boleh nak selesaikan satu persatu dengan cepat hari ni jugak. Dari minggu lepas lagi sebenarnya aku duk temankan kawan-kawan pergi jilid buku. Then satu perkara yang aku nampak kawan-kawan aku nih akan terus call suami & call bf memasing then meluahkan rasa gembira yang teramat gembira. Maybe bf dorang tu selama ni bagi sokongan yang padu siang dan malam. Jadi, waktu macam ni memang patutlah kongsi jugak kan. Then bila waktu aku dah jilid tadi, sementara aku tggu kengkawan aku. Maka aku pun duduk bawah pokok depan old flat tu sorang-sorang sambil makan buah nangka.(makan buah pun nak cakap ke?) Aku tak tau nak call siap

Terasa Hati

Image
Enrty ini yang tersama dengan Cik Adik Myra :) Hey babe. Smile (ini saja-saja nak sama) dan hanya kerana satu perkara yang tidak masuk dek akal . Aku menyatakan bahawa hidup ini BOSAN dan kosong. Buat Myra juga, Jum kita keluar berdua sesama! Kita keluar makan, movie, karaoke, bowling, dan makan lagi! Kalaulah dekat, akak dah ajak dah deting kat KL ni berdua esok. :) hilangkan segala semua rasa yang terbuku kat hati ini..huh p.s:kalau datang KL cakap tau. :D

PART 2: Usaha di tangan kita. Restu dan doa ibu ayah menjadi tunggak kejayaan.

Image
**aku rasa ini entry terpanjang dalam belog aku ni.** Salam. Aku baca-baca dan bukak majalah remaja yang aku dapat free dari tv9. Aku memang haram jadah takkan dah beli majalah remaja, sebab aku sekarang melanggan majalah wanita sahaja. Tapi tadi ni aku jumpa idea dalam tu. Tajuk entry aku ni, aku cedok dari satu artikel kat remaja March 2011. Tapi isi dalam ni taklah, aku taip sendiri waktu memagrib macam ni. Kalau mak aku nengok anak dara dia memagrib macam ni duk tgk tv or mengadap laptop. Memang aku dah kene bambu. Alkisahnya aku nak sambung part aku nih. Restu dan doa dari ibu ayah itu sangat mujarab! Aku teringat kisah masa tahun 2006 macam tu. Selepas habis SPM je aku terus datang ikut akak aku kerja kat Anw PJ Drive in carik pengalaman sementara tunggu mana-mana tawaran belajar. Nak dipendekkan cerita, aku seorang yang sangat minat dan teruja dalam bidang masak-memasak dan apa jua yang melibatkan ruang dapur masak. Maka aku banyak memohon ruang-ruang untuk menjadi ch

Janda vs teruna

Image
Hari ni 1 Mei. Selamat cuti-cutian kepada yang kerja. Cuti memang best. Semua orang kat kampung sekarang ni dah balik! Mesti meriah dan best sebab cuma aku je yang tak ada. Ouh frust menonggeng! Aku kat sini mmg menonggeng siang malam baca buku. Tapi tak lama, sejam baca pastu stop. Pastu sembang 3 jam, makan lepak-lepak 5 jam. Dah penat lepas tu tidoq. Heh. Hasil apa pun tarak. Erm. kat rumah aku besok ada kenduri. Kenduri doa selamat dan kesyukuran, sebab makcik aku kahwin + nikah lagi. Yeay!(adik kepada mak aku). Buat majlis tu kat rumah aku, lepas nikah kat masjid. Mestilah ada sanding-sanding kan? Buat pelamin then bilik pengantin. Entah siapa kat rumah tu yang nak mendesign. Mesti semua orang bertungkus lumus kenduri. Penat ouh kenduri. Nasib baik jugak aku tak balik. Selamat dari penat dan mengemas dapur! Ha ha ha (gelak besar) Tp sebenarnya sedih sebab tak dapat join semua adik beradik kumpul and komferm tertinggal gosip-gosip baru. Apa yang menariknya aku nak cerita, ma