Posts

Showing posts with the label Jiwa

Panggilan Misteri

Assalamualaikum. Sebenarnya dapat panggilan misteri yang sangat mengejutkan aku rasa. Terkebil-kebil bijik mata bila nampak number 0122*****7! Walaupun aku tak simpan number yang aku cakapkan tu, tapi aku masih TERhafal sampai sekarang. Kalau boleh aku nak hilangkan dalam memori kepala aku nihhhh... Nak tau tak siapa yang call aku yang misteri sangat tu? Alkisahnya... "Eh kenapa call saya ni?" "Saja tengah balik kerja teringat awak masa drive ni..." Aku diam dan dia bertanya lagi. "Dah makan ke?" "Saya tak makan malam, sebab saya jaga badan. Saya kan nak bertunang cuti sekolah ni". (saja je aku panaskan keadaan) Dia pulak diam. Tapi aku pulak tanya. "Kenapa call saya ni?" Dia jawab. " I miss you..." Aku jawab... "Dulu saya ni beriya-iya nak awak. Tapi awak tak nak saya. Sekarang mengada nak i miss you. Awak kan dah kahwin. Apa masalahnya ni?" Tapi dia tergelak kecil. "Entah. Tapi saya memang rind...

Wordless Wednesday

Image
Assalamualaikum & Salam hari Rabu Kredit - Google Ikhlas, Anita.

Diluah mati bapak, ditelan mati emak?

Image
Assalamualaikum. Maghrib yang sangat syahdu. Berdasarkan peribahasa di atas? Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda berada di tempat itu. Huwwaa. Rasa macam nak menangis. Tapi sebenarnya aku dah menangis teresak-esak pun. Entahla. Ke sebab aku ni terlalu menjaga hati orang. Sampaikan benda tak logik kot apa yang aku rungsingkan ni. Aku menjadi serba salah pada mistake orang lain. Sebabnya ini soal janji. Adakah aku tidak amanah orangnya. Sedangkan amanah yang perlu aku pegang itu perkara yang tidak bagus untuk dipegang janji. Perlu untuk diperbaiki. Berdosa besar kah aku atas kemungkiran janji ini? Mulanya aku rasa benda ni macam simple. Tapi apabila sudah melibatkan keluarga orang lain, aku rasa macam kecewa dengan diri sendiri. Siapalah aku untuk masuk campur dalam hal keluarga orang lain. Juga apabila aku diperli seumpama itu. "Family aku tak payah masuk campur kot". Yerp. Aku memang sedar diri aku siapa. kredit - SINI Apatah lagi, aku belu...

Eksiden | Jatuh moto

Image
Assalamualaikum. *Badan sengal seribu* Alkisahnya... kredit : google (ini gambar hiasan je, moto sebenar taklah begini. Tapi impian jugak ni! ) Semalam aku jatuh moto. Tapi tak ada lah aku jatuh parah. Tapi sengal jugak lah badan ni. Rasa macam terkejut beruk. Lepas jatuh tu, aku terdiam kejap. Rasa macam menggeletar. Syukur Ya Allah tak jadi pape yang teruk pada aku dan Mr. N. Nak dijadikan cerita, aku ni dah lama tak  keluar naik moto. Tapi sebab semalam cuti umum, malas nak sesak-sesak sebab dah nak Thaipusam, tu yang merempit pergi KL Festival cuci mata & makan-makan. Bila masa balik tu, boleh pulak ada bas turunkan orang kat kawasan yang tak sepatutnya, then orang tu turun tanpa tengok kanan dan kiri. Jadi? Bummmm kebabum orang tu Mr. N langgar!!!! Bila dah terlanggar orang tu, kitorang pun tergolek lah  sebab nak elak kereta yang park tepi jalan.  Nasib baik jugaklah, dengan kudrat Mr. N dia menahan moto tu daripada menghempap aku. ...

Pabila Makan Berbunyi-bunyi?

Image
Assalamualaikum. Paham tak maksud makan berbunyi yang aku nak cakapkan kat sini? Bukanlah makan berbunyi yang kruk krak kruk krak kalau korang makan keropok atau benda-benda yang rangup tu. Tak tak tak. Kalau makan yang berbunyi macam tu, memang tak boleh nak buat apa lah. Itu masih normal. Ni makan berbunyi yang aku maksudkan is, makan yang mengecap ngecap. Contohnya kau makan nasik oe benda yang lembut dalam mulut, tapi mengecap ngecap pulak. Bunyi bising semacam! Entahla, susah aku nak komen benda alah ni. Mudah je nak cakap, makan tapi sambil tak tutup mulut! Sebab tu lah secara tidak langsung akan menjadikan kita makan berbunyi yang sangat tak best. Fuh. Mungkin lah jugak sebab makan tu sedap sangat? Tu yang berkecap-kecap tak hingat kan? Boleh lah kot kalau nak positif kalau tang itu. T_T Lagi-lagi benda ni berlaku kalau orang perempuan! Opss. Tak manis kan? Tapi orang laki pun sama jugak. Tak terkecuali hokey. Hmm. Plus lagi, orang yang makan berbunyi menge...

Adik Tersayang | Sunat

Image
Assalamualaikum. Cuti sekolah yang lepas, adik bongsu ku yang tersayang selamat bersunat sudah. Si Azizul Hakim ! Sudah darjah 4  dah dia. Rasanya dulu macam kecik je macam baby. si adik ketika ini darjah 1 Budak yang sangat bijak dan baik sorang ni. Mungkin kerana dek nama Hakim tu, dia sangat bijak menjadi hakim kecik dalam family. Fuh. Sangat sabar melayan kerenah si adik yang bongsu ni. Jugak budak yang sangat hyperactiv masa kecik-kecik! Tak pernah nak duduk diam! Jugak pernah terjadi masa kat atas moto boleh pulak budak kecik ni meloncat turun ke bawah!! Dengan moto tengah bergeraknya. MasyaAllah, habis kepala berdarah-darah siap kena jahit. Hmmm. Sabar jelah! Nasib baik sihat walafiat tak jadi pape. Nak ikutkan banyak lagi kisah ngeri yang adik ku ni buat, tapi kalau cerita kat sini memang tak terhabis. Untuk pengetahuan kalian, daku ada 10 adik beradik. 8 perempuan dan 2 lelaki. Kebetulan pulak yang lelaki tu, tang abang yang sulung sebagai pembuka bica...

Muhasabah Diri

Image
Assalamualaikum. Sekejap ada sekejap tak ada belog aku ni. Macam chipsmore? Aku ingatkan tak ada yang perasan kewujudan belog daku ni. Tapi bila dalam mode private temph hari, ada yang bertanya. Mana blog? Kenapa tak boleh baca? Kenapa remove? Kenapa dan kenapa? Terharu plak sebab ada yang masih mahu mengambil tahu perkembangan diri Cik Anita yang semakin kembang ni. Tak perlu mengulas panjang, rasanya pada yang tahu akan permasalahan yang melanda. Itulah ceritanya. Tak mampu nak berkongsi semua di sini. Perlu ada had yang sepatutnya. Tatkala diri kita dilanda musibah, tidak kira musibah kecil atau besar. Tidak semua orang yang berada di sekeliling kita akan sama-sama duduk mendengar permasalahan kita. Mungkin ada antara mereka yang tersenyum  sumbing or tersenyum kambing dan bercakap yeay.   Sedikit merasakan ouh mungkin ada benarnya. Barangkali? Itu hanya satu kebarangkalian. Perlu positif sebenarnya. Ikhlas, Anita.

Insan pemaaf bebas sifat buruk sangka & dendam.

Image
Assalamualaikum... Berulang kali aku membaca artikel ini di pejabat pagi ini, meh nak share sikit dengan kalian plus sedikit coretan minda yang terkandung di jiwa di kala ini. *      *      * SIFAT pemaaf adalah satu daripada sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap individu Muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat pemaaf yang disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan." (Surah Ali-Imran, ayat 134) Orang yang bersifat pemaaf adalah golongan berjaya menahan nafsu amarahnya terhadap orang lain tanpa ada rasa dendam dan rasa sakit hati. Perasaan insan pemaaf selalunya bebas daripada perasaan buruk sangka dan dendam. Salah dan silap dalam sebarang tingkah laku yang berlaku sebelum ini akan saling diberi kemaafan dengan melupakan apa juga k...

Apa kes?

Assalamualaikum. Hmmm *mengeluh dulu* Kalau ada sesiapa yang ingat, before this aku ada cerita pasal tempat penginapan aku holiday kat Singapore tu. Kalau tak ingat aku tak boleh nak pulihkan ingatan korang entry yang mana. Sebab aku dah remove atas menjaga hati pihak berkenaan. Nak dijadikan cerita, kalau ada yang follow belog aku ni dari zaman dedulu sampai sekarang. Mesti akan tau aku pernah dulu kena tindakan gara-gara dunia belog ni. Outspoken maybe? Then now, tak ada lah sampai kes kena saman ke apa ke. Just aku mengeluarkan opinion  aku je sepanjang aku duduk homestay tu. Tak ada lah 100% buruk. Ada lah jugak aku puji kan. Aku suka je rumah penginapan tu.  Then dia kata aku ni menjejaskan periuk nasi dia. Plus takkan maafkan orang macam aku. T_T Sumpah lah hai takkan lah sanggup aku nak buat orang sampai macam tu. Dia kata aku tak bersyukur sebab duduk homestay tu. Aku tau nilai duit tu. Memang susah nak cari. Mana mungkin lah aku tak bersyukur. Kalau...

Wajarkah menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih?

Image
Assalamualaikum. Aku ada terbaca cerita tentang entry ini di satu laman belog tempoh hari. Pelbagai persoalan telah dilontarkan yang ku rasakan, sangat bernas dan memberikan aku idea untuk melontarkan pandangan. Sebenarnya bergantung kepada situasi itu bagaimana. Keredhaan masing-masing aku rasa. Kalau anda rasa tidak redha, jangan lah hadir.  Tapi... Jawapan aku untuk persoalan ini ialah, AKU TIDAK AKAN HADIR. ;P Bukan tidak redha..Tapi sekali lagi di sini...  sumber SINI Mugkin tanggapan anda pada aku, ouh Anita sangat tidak profesional. Sangat tidak pandai mengawal emosi so far and so forth. Yang lepas biarlah lepas, buat apa nak kenang-kenang kan? Tuhan tu sudah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk kita dan masa depan kita. Si dia bukan jodoh kita, itu bermakna ada seribu satu jawapan kebahagiaan yang akan hadir di masa akan datang. Jawapan yang sangat kliser. Itu aku akui. Tapi sanggupkah kita melihat si dia bersanding bahagia dengan insan p...

Hari 24 - Tempat yang paling anda gemari untuk makan

Image
Assalamualaikum. Meneruskan 30 hari cabaran. (mood lemau menaip entry nih) Then persoalan dia is, tempat yang paling anda gemar untuk makan? Ya sangat diakui aku memang pencinta pada benda makan-makan. Bagi saja apa, aku memang tidak memilih. Bagi saja makanan baru untuk dicuba, aku akan mencuba walau apa pun rasa. Tapi...yang halal dan bertepatan dengan syarak lah. Jangan yang tidak-tidak pulak. kan? Cuma bila dibagi soalan mana the best place untuk makan? Aku sedikit garu-garu kepala. Macam tak ada. Tapi aku nak share tempat makan ni yang aku akan pergi dalam keadaan sedih-sedih di suatu ketika dahulu. Eh sebelum tu, aku ni memang jenis tak kisah kalau makan sorang-sorang kat kedai makan! Oke. Pilihan utama is KFC.   sumber: sini Aku pun enggak tahu kenapa, kalau sedih sangat tu tak kisah walau apa jua problem melanda,  dekat KFC lah aku duduk... Kalau tetiba dapat makan KFC aku akan happy sekelip mata jer. Tu yg nak imbas kembali zaman-zaman aku de...

Titanic 3D

Image
Assalamualaikum. Lupa lah nak update, yang aku tengok wayang last week dengan Mr. N dekat OU. Nak diikutkan dah berapa minggu dah Titanic 3D ni keluar panggung. Kan? Cuma kitorang yang tengok lambat. Sebabnya tiap minggu nak tengok asyik penuh jer sit sampai ke depan hidung. Tapi disebabkan mulut aku ni asyik merengek-rengek je cakap nak tengok jugak kat Mr. N, maka dia beli lah tiket wayang lepas balik kerja. Yela, sebabnya Mr. N ni opis dia kan sebelah OU, maka dia berdesup jalan dah sampai. Lagi-lagi dia nak belanja, so bila dia tanya nak tak tengok Titanic? Mula-mula cam malu alaaa tak nak. Tapi lepas tu cakap NAK jugak. hee. Jugak sebenarnya nak tengok Battleship. Tapi cerita tu pun penuh jugak. So next week lah kot tengok cerita Battleship nih. Maka menonton lah kami cerita Titanic 3D midnight jam 11.30. Habis dalam 2.30am lebih kurang. So far, Titanic memang cerita dia best kot. Rasanya memang semua orang pernah tengok. So aku mengharapkan cerita 3D dia sangat ohsem de...

Tak ada tajuk :P

Image
Assalamualaikum. Mood aku sangat noti lah sekarang plus mood cam gatai nak menggatai. :P Maapkan aku kalau korang semua nak termuntah baca belog aku ni sekarang asyik ada sebut pasal Mr. N je memanjang. Dulu... Ye dulu memang diakui, aku cam geli gelaman terbaca post yang cintan-cintan dan rasa cam alamak korang ni. Pasal apalah nak cerita pasal cinta-cinta saja. Sekarang ni, hamik aku. Karma datang kembali namanya! Aku tengah berperasaan separuh tidak normal. Dalam hati ada taman bunga dong. Bunga yang sangat banyaks. Waduh-waduh. Aku sedang angau! Oke jum muntah lagi dan lagi sesamaaaaaaaa.... :D Ni picca malam semalam lepak kat dataran Shah Alam dengan adik Zeni sekali.Thanks tu Miss Photog oke. Walaupun aku sedang angau, semalam aku hampir nangis depan Mr. N sebab sangat terkejut!!! Tak ku sangka-sangka, dalam masa hampir bertahun. My ex-cinta mesej aku dan bertanyakan khabar. Hmm. Sebelum ni, aku menangis-nangis mesej dia. Sampaikan tahap merayu-rayu cam orang se...

Aku perlu kembali mencoret.

Image
Assalamualaikum. Fuh.. Aku rasa dah cukup masa nak rehat-rehat dan meninggalkan belog aku ni dah bersawang. Datang nak vakum habuk kejap. Ada tak yang rindu dengan cerita aku yang entah pape? Hokey. Memang tak ada! Letak la sikit muka perasan aku kat bawah ni. Ada banyak sangat cerita yang aku nak share dengan korang sebenarnya. Serius banyak. Cuma tak tau nak cerita dari mana dulu. Tapi apa pun, aku just wanna share hidup aku yang semakin sempurna sekarang. Ehemm. Sempurna camne? oke tunggu the next entry InsyaAllah. Ikhlas, Anita.

Merendah diri itu perlu pada tempatnya.

Assalamualaikum. Ada yang tegur aku, kenapa tak update belog? Tak ada cerita baru pun? Eh ada yang setia nak baca rupanya. Terharu aku nih sambil lap-lap air mata dan hingus. Tak ada idea yang super duper nak cerita buat korang baca happy nak baca. Tapi ada benda yang kliser aku nak cerita. Situasi 1 : “ Yelah.. siapalah aku ni. Belajar pun tak pandai.” Situasi 2 : ”Aku sedar orang macam aku ni, tak layak pun nak berkawan dengan ko...” Situasi 3 : “Kau ada masa depan yang cerah, tak sepadan pun dengan aku kan?” Terlebih dahulu aku rasa, aku nak minta maaf sangat-sangat pada apa yang akan aku cakap kan kat atas nih. Mungkin akan ada yang terasa dan mungkin tidak sama sekali. Tapi, bagi aku merendah diri yang di tahap dewa terendah itu sangat tidak wajar. Tapi tak juga kita wajar untuk meninggi diri? Paham tak? Tengok pada situasi yang bagaimana lah. Siapa pun kita, setahap tinggi mana or rendah mana pun pelajaran kita, kita tetap manusia dan makhluk ciptaan Allah. Sejujurnya, kalau set...

Pabila Berbicara Soal Hati

Assalamualaikum... Dalam mode sangat berehat aku sekarang. Dah resign kerja, then menunggu masa untuk masuk kerja tempat baru dalam masa yang terdekat ni InsyaAllah. Di Shah Alam sekarang dalam masa seminggu ini. Perasaan aku sekarang, nak relaks tanpa ada sebarang gangguan. Betapa tak nak di ganggunya aku, sampaikan orang call aku tak nak angkat. Orang mesej pun aku malas nak balas. Cuma yang penting-penting aje aku layan. Anda ada call saya tapi saya tak angkat? Dats mean anda tidak penting. Maaf. Apa yang aku perasan, sejak aku hidup dalam dunia single tak ada bopren ni. Aku berperangai macam ini. Berperangai sengal yang menyusahkan orang lain aku rasa. Kalau aku rasa nak layan orang, aku layan dengan sangat baiknya. Setiap masa bersms dan setiap masa bergayut-gayut. Dan memberikan orang lain seolah seperti perasaan yang berbunga. Then perasaan itu akan hilang tiba-tiba pada diri aku. Apa pun, aku nak minta maaf pada kalian yang terlibat dengan jiwa dan permainan emosi aku. Ramai d...

Cerita tentang lapar.

Image
Assalamualaikum. Dalam mode mengeluh sebab aku dapat rasakan yang aku sedang bermasalah sekarang. Aku dalam mode yang sangat lapar. Lapar yang dalam keadaan tiba-tiba dan pelik. Aku makan nasik dengan banyak pun, nasik tu tak dapat nak hilangkan lapar aku. Sedangkan dah makan nasik 4x sehari. Laparnya perutku sampaikan pedih ke hulu hati. Pelik lah. Pelik yang teramat sangat. Harapnya tak ada pape yang berlaku. Sampaikan aku fikir, aku ke yang makan ni. Ke benda lain yang tolong aku makan. T_T Ya Allah. Kenapa dengan aku ni. :(

Cerita Ahad yang terakhir

Image
Assalamualaikum. *diingatkan, entry ini entry terpanjang di sepanjang abad ni. Sekiranya tidak mampu membaca sehingga habis, sila beredar untuk membaca entry ini* :) Oke. Ini the last chapter aku rasa cerita about my ex-cinta. Aku akan nekad untuk tidak bercerita lagi pasal perasaan yang aku sendiri dah penat dan sakit otak. Korang pun sakit jiwa nak bacanya. Aku perlu move and move. Bangun tidur dengan semangat baru. Tapi macam no point lah aku cakap ni. Tapi tak jugak move! Dipendekkan cerita, setelah sekian lama aku mengajak encik Ex-Cinta keluar (berbulan hampir makan tahun lamanya) semalam dia seperti oke. Mungkin jugak dia nak keluar sebab aku cakap, aku akan pindah dari sini, then takkan ganggu dia lagi lepas ni, akan duduk jauh dari dia semua. Makanya aku dpat green light! Yeaaay akhirnya jumpa. ;) Walaupun dapat green light, tapi bukan semudah itu tau. Berjanji dalam pukul 3 petang, then postpond ke pukul 4, then pukul 5 pulak. Wah, kesabaran aku teruji masa tu. Tapi aku tetap...

Ombak Rindu Punya Cerita.

Image
Assalamualaikum. Last week, walaupun aku memerah keringat terpaksa bekerja, sempat jugaklah aku meneman kawan ku ke kenduri kahwin di Sungai Besar. Aku balik kerja pun dah pukul 2, siap-siap semua sampai sana dah nak pukul 4. Kejadahnya datang kenduri lewat petang dengan hujan yang lebatnya lagi. Dengan perut yang lapar, makan saki baki nasik minyak kat kenduri tu. Alahai. Sedapppnya! Then on the way balik tu, kitorang pun menyinggah lah kat One Plaza Kuala Selangor. Tertengoklah cerita “Ombak Rindu” tu. Makanya, bintang yang aku rasa cam sesuai nak bagi hanya 2! Untung aku bagi 2, kawan aku yang sama-sama tengok bagi 1 setengah saja. Kejam sungguh jiwa dia. HAHA. Nak diikutkan, memang ada babak-babak sedih. Tapi langsung tak terkesan kat hati aku yang keras ni. Eh tak, hati aku lembut sebenarnya. (kalau aku nengok kat rumah sensorang berkemungkinan besar aku akan menangis). Tapi ada mamat-mamat yang aku panggil beruk dan sangat bising dalam panggung ketika itu. Maaf kerna memanggil ka...

Kisah di Hujung Minggu...

Image
Assalamualaikum. “Luqman Al-Hakim berpesan, apabila engkau ingin mencari teman hidup, ujilah dengan perkara yang menaikkan kemarahannya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menasihatimu, maka bolehlah engkau ambilnya sebagai teman dan sekiranya bukan demikian, berhati-hatilah kamu terhadapnya...” Oke. Tu mukadimah je dulu. Tapi memang hampeh tak ada kena mengena pun. Cuma nak cakap, semalam cuti aku balik kampung. Best lah balik kampung lagi2 kalau dah berkumpul adik beradiks. Cumanya jadi kurang masa nak rehat-rehat. Bila masuk kerja cam hari ni, ouh lemauuu. Majlis bertandang rumah abang ipar Ahad semalam. Aku tak ada snap pic banyak pun. Sebab kakak aku kureng sihat, makanya aku pun tak best lah nak suruh dia posing-posing bagai. Bila dah balik kampung tu, dengan sengaja tak sengaja aku tanya dengan mak aku pasal mamat INI. Then respons beliau sangat negatif. Yaaaaa. Negatif segalanya. Emak pun berkata “ Tak boleh, tak boleh, tak boleh..!” 3x mak aku ulang tak b...