Wajarkah menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih?


Assalamualaikum.

Aku ada terbaca cerita tentang entry ini di satu laman belog tempoh hari. Pelbagai persoalan telah dilontarkan yang ku rasakan, sangat bernas dan memberikan aku idea untuk melontarkan pandangan. Sebenarnya bergantung kepada situasi itu bagaimana. Keredhaan masing-masing aku rasa. Kalau anda rasa tidak redha, jangan lah hadir. 

Tapi...

Jawapan aku untuk persoalan ini ialah, AKU TIDAK AKAN HADIR. ;P Bukan tidak redha..Tapi sekali lagi di sini...

 sumber SINI

Mugkin tanggapan anda pada aku, ouh Anita sangat tidak profesional. Sangat tidak pandai mengawal emosi so far and so forth. Yang lepas biarlah lepas, buat apa nak kenang-kenang kan? Tuhan tu sudah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk kita dan masa depan kita. Si dia bukan jodoh kita, itu bermakna ada seribu satu jawapan kebahagiaan yang akan hadir di masa akan datang. Jawapan yang sangat kliser.

Itu aku akui. Tapi sanggupkah kita melihat si dia bersanding bahagia dengan insan pilihannya. Dan kita ni insan yang tidak dipilih sayu seorang diri. Sedangkan di satu ketika dahulu, bersama-sama meneruskan kehidupan susah dan senang bersama kononnya. Mencipta angan setinggi langit untuk duduk di kerusi persandingan bersama. Bergurauan senda, tema apakah majlis perkahwinan bersama nanti. Ah sudah, ini cerita lama tentang pengalamanku sebenarnya. Tetapi semua tu hanya sekadar omong kosong. Baru tersedar kini dan merasakan oh bodohnya. Oh sangat membuang masa.

Sekali lagi aku nyatakan, untuk hadir dalam majlis perkahwinan bekas kekasih tu sebenarnya bergantung bagaimana kita berpisah dengan beliau. Dengan cara bahagia kah, atau cara yang paling tak bahagia. Atau cara yang redha, atau cara yang takkan diredha sampai ke mati. Boleh eh tak redha? Ishk.

Pucuk pangkal cara perpisahan kita itu, menentukan corak masa yang kedepan bagaimana untuk kita berhadapan dengan bekas kekasih. Untuk meneruskan kehidupan sebagai sahabat atau sebagai musuh. Kalau anda rasa sebagai sahabat dan mampu untuk mengawal emosi. Anda akan hadir bukan? Sebaliknya sebagai musuh, tidak perlu dinyatakan. Tepuk dada, tanya selera.

Satu tambahan nota di sini, aku walaupun berpisah dengan ex cinta sebagai sahabat. Aku tetap tidak akan hadir. Buat masa sekarang ni lah apa yang aku rasa. Tapi tak tahulah kalau dah betul masanya nanti aku dijemput dan aku datang. Datang nak sekeh-sekeh kepala bini dia. Haha. Kidding!  :P

Sibuk berbicara soal hadir ke tak hadir, persoalannya. Dijemputkah kita ni sebagai bekas kekasih ni? Hua hua hua.

Tapi kalau kita datang kenduri tu kan, kita bawak kekasih baru kita. Adakah wajar? Atau pun ia dilihat seumpama kita ini mahu menunjuk-nunjuk? kan?

Sekian.

Ikhlas,
Anita.

Comments

ok,stuju kata2 nita ni.. hiih..

bgntung camne cara kt berpisah..camne tgkhlakunya dll..
Eintan Nurfuzie said…
mmm.. yg lepas tu dah la.. sebaiknya lupakan
walaupun bekas tapi hati ttp terusik..so kputusan x pyh la pergi
puanstoberi said…
btul. cara kita berpisah tu lah yg aku affect pada keputusan kita nak pegi ke tak. Akak oke je. tak kesah pun gi ex akak nyer wedding, tp jauh2 belaka plak. Hihi.

Oh. Kalo pegi dan bawa kekasih baru, better takyah pegi la kot. Sng kata, tak pyh pegi. Cam kakak kat atas ni komen. Hihi
kalu kak ita pun tak kuasa nak pergi...cakap lah apa pun...barang yg lepas tak nak di ingatkan...baik ke ?buruk ke?...yg sudah-sudah lah kan...tetap tak akan pergi...dan masa kahwin pun tak jemput pun..he..he..kejam juga kak ita kan..he..he
cik dila said…
erk,aku pun fikir benda yg sama. klu aku redha dia tak redha pun tak boleh jgk ye dak..

huhu..
[sutera kasih] said…
kalau suda dijemput, mesti hadir :)

tp tu depends dgn situasi, mcm yg awk cakap..tgk pada mcm mana cara berpisah..kan3 hehe
Cik Anita said…
@nuyui a.k.a miss YUI

kan? heee.. kalau pisah baik, oke jer nak dtg..
Cik Anita said…
@eintan nurfuzie

hmm.. yerrpp. betul lah jugak. apa pun hati tetap berkata.. tp entahla..susah untuk dijangka...
Cik Anita said…
@PUANSTOBERI

hehe. susah lah nak komen..ishkk. so memang keputusannya tak pergi pun!

:D
Cik Anita said…
@anitadiana

EH YE? hahahaha
a bit kejam tu, tp xper..memahami situasi tu camne..hehe
Cik Anita said…
@cik dila

haaa..

kalau tang redha ni susah sikit nak cakap..tu yg jadi redah jer tu..huk
Cik Anita said…
@[sutera kasih]

wahh, hadir eh? heee. susah nak dijangka sekali lagi jawapan saya.. sbb mood kadang2 berubah2.. :D

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA