Posts

Showing posts from June, 2012

Baju tersayang & kegemaran KOYAK!

Image
T_T Assalamualaikum. Ha tengok tu, aku nangis dulu baru nak bagi salam kan. Meh sini tolong lapkan hingus aku plus air mata yang merembes-rembes pagi nih. Uwaaaa. Kalau ada sesiapa yang ingat, aku pernah beli kain baju online. Kalau ingat yang warna hitam then ada bunga-bunga pink tu. Konon nak pakai konvo tahun lepas. Serius tu antara baju fevret aku. Aku amat jarang nak pakai. Sebab tak nak baju tu cepat lusuh. Kalau tak ingat or tak tau, baju yang INI dan entry INI. Aku tak taulah ke aku ni pengganas antarabangsa, baju kurung aku boleh terkoyak dengan jayanya. Nak dipendekkan cerita, before tidur malam. Aku memang akan iron baju dengan tudung bagai. Sebab kalau bangun pagi dah senang dah tak payah kalut-kalut bagai. Pagi tadi ni, aku dah siap mekap bagai, lepas tu pakai baju kurung moden ni cam susah sikit. Sebab dia ngam-ngam plus zip kat belakang. Kurung moden kan memang camtu. Lepas tu terkial-kial lah aku nak zip baju aku ni tang belakang. Tangan dahla tak sampa

Akhirnya sahabat baikku CIK ANA bertunang!

Image
Assalamualaikum. Ini cerita minggu lepas sebenarnya. Aku ke Johor buat pertama kali dalam hidup aku. Percaya tak? Dalam usia aku yang dah 20++ ni aku tak pernah menjejak bumi Johor. Cerita sedih kan? T_T  Almaklumlah, tak ada sedara mara kat sini. So tak ada arah tuju yang aku nak buat kat sini. Kebetulan kawan aku ni tunang, maka berhempas pulas lah aku mencari idea camne nak datang sini. Memula sibuk nak naik bas bagai. Tapi, sampai lah kami ke sana dengan kereta hijau aku tu. Perjalanan yang agak panjang aku rasa. selamat datang ke 'Kampung Tenang'. Akhirnya! Apa pun, TAHNIAH untuk cik akak NORHANA MAHAT! Dah jadi tunangan orang dah, jangan garang-garang sangat. Ehhh? Kawan aku ni memang dia a bit garang orangnya. Tapi baik. Tidak diragui tentang itu. love you cik Ana. <3 Kalau ada yang tak tau, Ana ni merupakan roomate aku masa  study kat UPM before this. Plus bestfriend yang sangat memahami. Sangat! Tipulah kalau tak pernah masam muka or gad

Hari 30 - Hari ke 30.. apa yang berlaku?

 Hari terakhir! Benda yang simple je aku nak cakap. Akhirnya habiskan task yang tergendala bertahun ni. Yeay. Susahnya nak jadi seorang blogger yang konsisten. Kan? Ke aku sorang je yang berperasaan macam ni. Entah. No idea. Tetiba petang ni aku rasa, ADA KERJA KOSONG tak? tapi still dalam bidang mengajar lah. Tak nak bidang lain. Err. Pasal apa pulak lah aku cakap camni. Entah. Entah sekali lagi. Aku rasa cam tak best. Ya Allah. Sungguh aku rasa kurang ikhlas jiwa aku petang ni. Kenapa? Nak datang tutt agaknya. Tapi lambat lagi. Mungkin sebab lepas meeting tadi ni ha. Macam-macam benda yang tak terjangka dalam meeting. Tapi tulah, kena sentiasa ingatkan pada diri. Bukan semestinya dalam kerja ni, bidang kita semata je kena buat. Bidang dan kepakaran orang lain pun kena ambik tau jugak. Sukar untuk dinyatakan dengan kata-kata.  Tapi, semoga hati kita diikhlaskan untuk bekerja. InsyaAllah. So jawapan pada hari ke 30! Apa yang berlaku? So the jawapan is... hari ini

Si Penulis...

Assalamualaikum.  Terberkenan pulak dengan kata-kata Nisah Haron ni temph hari. Rasanya sesuai untuk dihayati para blogger kat luar sana. Blogger kan dikategorikan sebagai penulis. Semoga apa jua coretan kita, lahir dari hati yang bersih. Bukan 'bersih' yang itu. No no no itu tak seswai lahhh.  =) "Untuk menjadi penulis,  hati perlu bersih agar apa yang ditulis,  akan menghasilkan sesuatu yang bersih" - Nisah Haron Ikhlas, Anita.

Tauhu Bakar Sedap!

Image
Assalamualaikum. Anda tahu tauhu bakar? Nom nom nom. Yes. Jawapan aku memang korang akan tau. Tapi... Sejujurnya aku nyatakan di sini, bahawa aku enggak tahu langsung pasal benda makan ni. Tauhu bakar nama dia. Yang aku tauhu masak rebus ke, masak sambal ke, masak kicap ke... Ni tang bakar aku rasa cam alamak. Ke aku ni ketinggalan zaman. Kesian aku. Aku tau benda alah ni dalam 3 bulan lepas camtu lah. Aku melepak dengan makcik and nenek Mr. N tempoh hari kat kedai mamak area Gombak ni. Then nampak, eh tauhu bakar. So mencubalah aku. Almaklumlah, aku memang suka mencuba benda-benda makan yang aku rasa menarik di mata hati aku. Ropanya, dia tauhu kering tu, dia bakar then letak kuah rojak. Plak tu, tambah dengan kacang, timun, kangkung & sengkuang. Sebijik dah rasa cam rojak buah tu. Kalau nak yang special, letak sotong.  Perghh, memang terbaik and sedap!!!  kredit here Aku suka yang dekat downtown Gombak tu, tauhu dia rangup dan tak hangit. Sed

Koleksi Perkahwinan Kawan-Kawan

Image
*ENTRY TERTANGGUH JUGA* Assalamualaikum. Kalau entry sebelum ni aku ada cakap nak buat entry pasal kahwin-kahwin. Meh sini aku nak share story my sahabats yang dah selamat nikah. Alhamdulillah. Part aku bila? Jeng-jeng-jeng. Nanti ada aku jemputlah. Korang datang tak agak-agak? ehem. 1. Sahabat baik ku yang tercinta!!!!!! Zan dan suami cik Ubai. (sahabat baik masa form 1 sampai sekarang lah) Ada siap tanda seru tu, yang bermaksud aku akan kesepian dan kesunyian selepas ini balik kampung. Sebab geng dah kahwin ni lain, tak boleh dah nak ronggeng sana sini. Kan?  Si Zan sahabat yang sangat memahami, banyak jugak rahsia antara kami. Banyak juga dugaan kawanku ini before kahwin, tapi so far semua under control. Hope kebahagiaan akan kekal dunia akhirat. InsyaAllah.  Tengoklah tu, dah berpegang-pegang baby kawan-kawan aku.  Time camni  jer lah kitorang boleh kumpul and borak-borak.   Daku bersama Mr. N! <3  Pengantin seterusnya... 2. Fara dan suami (k

Tentang Hakikat Sebuah Kehidupan.

*ENTRY TERTANGGUH* Mungkin akan ada 10 entry tertangguh lepas ni. So nantikan cerita-cerita lapuk dari aku sampai minggu depan. Maap yer kalian.  Alkisahnya... Selamat dah kesemua majlis kahwin-kahwin para sahabat handai dalam masa cuti sekolah yang lepas ni. Then ada sorang  kawan aku yang sepatutnya  kahwin cuti yang lalu. Semangat wajalah aku nak pergi majlis sanding kawan aku yang sorang ni. Sebab kawan aku ni dah nikah awal, February tempoh hari. Nikah gantung lah kan maksudnya. Maka majlis bersanding buat lambat, buat bulan 6 lah kan perancangannya. Tapi... Tup-tup aku dengar, eh majlis dia dah cancel lah. Dah habis dah, cerai talak 3 terus dah. Ha?? Biar benar kan. Menggigil aku mendengarnya. Rasa cam, apakah? Mengapakah? Bagaimanakah? Haruskah? Semua pertanyaan mucul. Now... Aku a bit worried bila tau, semakin ramai janda muda di luar sana. Then ramai yang cantik-cantik pulak tu. Apakah sebenarnya this is can what we call the fenomena. (oh my English!)

180 km/h

Image
Assalamualaikum. Meh sini aku nak cerita, yang dua minggu lepas aku balik kampung sama-sama dengan Mr. N. Kampung dekat lah katakan. Aku ni ada a bad habit iaitu, yang agak tak kisah orang bawak kereta laju. Kalau aku rasa secure dengan orang tu. Kan? Makin aku cakap laju-laju ada lah. Entah hape-hape. Sampaikan Mr. N bawak 180 km/j pun aku still oke kejap-kejap sebab nak ambik gambar plus teruja. Lepas tu baru aku suruh slow, jangan lebih 140 km/j katanya. Ikutkan 140 tu still laju kan? Tapi aku buat tak kisah je lagi. Orang bujang lelaki, paham ajelah kalau enjin kereta dah tukar macam-macam. Takkan nak bawak slow, rugi lah kan? Pendapat aku lah. Tapi tayar kereta dah nak botak bising pulak. Kan? Masa bawak kereta tak hingat. Kan lagi?  ketar-ketar tangan aku nak snap picca ni. hee Apa nak jadi lah dengan aku ni. Patutnya aku nasihatkan dia suruh pelan-pelan. Hish. Ke korang pun ada perangai yang tak kisah cam aku? Tak bagus sungguh. Tapi aku suka je orang bawak

Sedang suka lagu ini! = Najwa Latif ft Sleeq - Untuk Dia

Image
  Sedang berehat sekarang ini, then duk dengar lagu ni ulang-ulang kali. Sebabnya masa memula dengar cam tak best. Tapi sekarang TERbest plak! Ikhlas, Anita.

Hari 29 - Siapa anda 10 tahun akan datang?

Image
Assalamualaikum...   Soalan ni yang membuatkan aku berfikir sejenak. Masih panjang umur kah aku 10 tahun akan datang. InsyaAllah. Tiada siapa yang tahu akan tahap mana umur kita. Sedar akan itu, tapi tiada juga kesedaran dalam banyak aspek. *muhasabah diri* Oke seterusnya...  10 tahun lagi maka umur aku dah menjangkau 30 dan keatas. Aku juga barangkali seorang perempuan yang hebat pada masa itu. Ecewah. Hebat kerana aku barangkali sudah punya suami dan punya anak-anak. Sekiranya diizinkan oleh Allah untuk aku punyai zuriat. Aku seorang isteri dan juga punya gelaran sebagai seorang ibu. Ehem.  Bila sebut tang anak-anak ni, boleh tak kalau aku nak cakap... aku mahukan sepasang putera dan sepasang puteri. Gedik kejap. * So the totals is four! Cukuplah empat. Enggak mahu banyak-banyak sangat. Risau tak terjaga kang. Pandai ke aku jaga anak? Sebab kadang terpikir, jaga diri sendiri pun cam tak terjaga.  sumber sini   Oke abaikan. Manakala perihal kerjaya, aku tidak

Madagascar 3 BEST!

Image
Assalamualaikum. Ha, lupa nak cakap. Aku sempat tengok cerita Madagascar ni Jumaat lepas dengan Mr. N. Tengok hari biasa, tapi malam pukul 10.20pm. Nak tunggu hujung minggu selalu sibuk dengan hal lain. So aku tengok tiket online, pastu terus beli pakai maybank2U. Tekan-tekan je, lepas tu duit pun kurang.  Tapi, a bit kelam kabut lah. Sebabnya dah pukul 09.50 malam tapi Mr. N tak ambik aku lagi. Baru nak balik opis. Sabar jelah. Bila dia amik aku dalam 10.05 minit gitu, berdesup laju lah dia bawak kereta takut tak sempat. Tapi sempat lah jugak, mujur tak jem sangat. Tengok kat Wangsawalk, pulak aku beli couple sit. So berdua dia cas RM 35. So far oke lah, tempat dia pun selesa and best. Memang tak ada makna nak manja-manja tengok cerita kartun kan. Aku cuma nak cakap, cerita Madagascar 3 sangat BEST! Best GILA. Gila BEST. hehe. Serius best yang sangat-sangat. Dari awal duduk sampai ke hujung memang korang takkan kering gusi. Dari 5 bintang, aku nak bagi 5 bintang! 

Segmen masakan : Siakap banyak rasa

Image
Assalamualaikum. Ini menu yang kami adik beradik masak beberapa minggu lepas, 'Siakap Banyak Rasa'. Banyak lagi menu sebenarnya. Tapi yang ini je sempat aku masukkan.  Alkisahnya... Memula tu aku goreng je ikan siakap tu terus. Entah hape-hape sebab dah salah step masak ikan siakap ni. Memang tak rangup lah ikan aku. Lepas tu akak aku masuk dapur, dia celup dengan tepung dan telur bagai. Baru lah menjadi sikit. Tapi sebab dah banyak makeover, ikan pun jadik tak cantik. Tapi yang penting rasa mesti sedapppp! Ikhlas, Anita kuat makan.

Jumpa Najwa Latif. Yeay!

Image
Assalamualaikum. Hari ini Isnin yang indah. Kan? =) Oke memang diakui aku sekali lagi meninggalkan laman belog nih. Ha itulah dia aku kan, selalu mungkir janji nak update dengan konsisten. Tup-tup BE aku pun dah lari berterbangan. Fuh. Cedih sungguh. Aku tak sempat lah nak mengadap and baca belog dalam opis. Sebabnya sekarang, aku kena update belog untuk student. Ada kelas online pulak dah. So aku dah log in belog sana, tak sempat nak log in belog sini. Kena jadi admin pulak lagi. Paham jelah. Oke abaikan pasal semua tu. Banyak cerita yang sangat ketinggalan zaman. Ketinggalan jugak dengan cerita-cerita korang semua. Nak baca laju-laju pun dah tak sempat. Ni sekarang free sikit sebab student  dah lepas test 1 pagi tadi. Paper je belom tanda. Anyone nak tolong aku tanda paper? Hee. Meh nak kongsi sikit, aku jumpa Najwa Latip sabtu lepas. Ada recording untuk ntv7 dalam rancangan ala-ala gig, rooftop! Bulan 9 kot keluar cerita dia. Disebabkan Mr. N aku as a krew kat sini,

Menawan tangga Batu Caves!

Image
Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat. Okeh, dengan rasminya aku nak menyatakan bahawa,  akhirnya kami berjaya menawan Batu Caves! Lama gila dah rancang, tapi baru semalam menjadi. Fuh.. Peluh-peluh ketiak jugak rupanya. Sebab  tangga dia curam.  Inilah kali pertama aku naik tangga Batu Caves ni. Sebab itu jugaklah aku teruja gila. Bukan aku je yang teruja. Kawan-kawan aku juga begitu. Tak balik rumah pun lepas kerja. Just kami tukar baju kat opis then terus ke sini.  the opismate a.ka. cikgu cikgi yang gila-gila. Marina yang suka buat LOVE tuh... Aku ada upload the picca yang atas ni kat fb, then tengok kan ada tangan kawan aku ni buat love. So ada sedikit pertikaian pasal kitorang pergi sini. Ada yang cakap dosa. Errr? yeke? Tak kot kan.. Kalau ada sebarang maklumat tambahan yang aku tak tau, just drop komen here oke. Sangat menghargai itu. Maybe bergambar dengan latar belakang yang yellow tu. Bagi aku, this is just simple activity untuk menyihatkan badan

Wajarkah menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih?

Image
Assalamualaikum. Aku ada terbaca cerita tentang entry ini di satu laman belog tempoh hari. Pelbagai persoalan telah dilontarkan yang ku rasakan, sangat bernas dan memberikan aku idea untuk melontarkan pandangan. Sebenarnya bergantung kepada situasi itu bagaimana. Keredhaan masing-masing aku rasa. Kalau anda rasa tidak redha, jangan lah hadir.  Tapi... Jawapan aku untuk persoalan ini ialah, AKU TIDAK AKAN HADIR. ;P Bukan tidak redha..Tapi sekali lagi di sini...  sumber SINI Mugkin tanggapan anda pada aku, ouh Anita sangat tidak profesional. Sangat tidak pandai mengawal emosi so far and so forth. Yang lepas biarlah lepas, buat apa nak kenang-kenang kan? Tuhan tu sudah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk kita dan masa depan kita. Si dia bukan jodoh kita, itu bermakna ada seribu satu jawapan kebahagiaan yang akan hadir di masa akan datang. Jawapan yang sangat kliser. Itu aku akui. Tapi sanggupkah kita melihat si dia bersanding bahagia dengan insan pilihannya

Perihal baju baru...

Image
Assalamualaikum. ada gaya model tak? =D Memula aku dah tepek muka aku yang over di sini. Sebenarnya aku nak cakap, aku sangat suka dengan baju aku ini. Baju yang baru aku beli dua minggu lepas.Ewahhh. Itu pun aku sibuk nak cakap kan? Ni baju yang sekarang ramai orang jual. Baju yang panjang lepas tu dia macam kembang-kembang sikit bawah dia. Tau tak? Banyak jual kat pasar malam or butik-butik. Serius aku suka! Sebab dapat menampakkan aku kurus. Tengok gambar kat bawah ni, gambar aku dengan adik aku. Style baju kitorang pun sama. Sebab beli pun dengan orang yang sama. Cuma yang beza is corak dia. Tang kain dia tu, beli lain. Pandai-pandai lah match kain hitam dengan mana-mana baju.  Harga? Haaa... Standard harga dalam Rm100 jugak lah. dua gadis pilihan? eh motip? =p p/s: kesimpulannya, shopping itu memang best! Ikhlas, Anita.