Koleksi Perkahwinan Kawan-Kawan

*ENTRY TERTANGGUH JUGA*

Assalamualaikum.

Kalau entry sebelum ni aku ada cakap nak buat entry pasal kahwin-kahwin. Meh sini aku nak share story my sahabats yang dah selamat nikah. Alhamdulillah. Part aku bila? Jeng-jeng-jeng. Nanti ada aku jemputlah. Korang datang tak agak-agak? ehem.

1. Sahabat baik ku yang tercinta!!!!!! Zan dan suami cik Ubai. (sahabat baik masa form 1 sampai sekarang lah)

Ada siap tanda seru tu, yang bermaksud aku akan kesepian dan kesunyian selepas ini balik kampung. Sebab geng dah kahwin ni lain, tak boleh dah nak ronggeng sana sini. Kan?  Si Zan sahabat yang sangat memahami, banyak jugak rahsia antara kami. Banyak juga dugaan kawanku ini before kahwin, tapi so far semua under control. Hope kebahagiaan akan kekal dunia akhirat. InsyaAllah.

 Tengoklah tu, dah berpegang-pegang baby kawan-kawan aku.

 Time camni  jer lah kitorang boleh kumpul and borak-borak. 

 Daku bersama Mr. N! <3
 Pengantin seterusnya...

2. Fara dan suami (kawan masa form 6)

Tahniah juga untuk si pengantin cantik manis, Fara dan suami. Maap tak tau nak encik suami siapa.hee. Antara kawan-kawan form 6 kahwin awal lah ni. Sebab yang lain-lain still single lagi. Pecah rekod awal eh ko Fara. Apa pun semoga kekal kebahagiaan dunia akhirat. InsyaAllah. Sebab kahwin awal kawan aku ni, katanya sebab nak mengelakkan Encik Suami dihantar ke obersi selama 10 tahun. So kahwin lah dia.

 Ambik gambar dengan pengantin memang wajib.

 Ambik berkat lah ni... :D

Sama cantik sama padan. <3

Oke pengantin seterusnya...

3. Adilah dan suami (kawan masa form 1 then sama-sama masuk upm)

Terkejar-kejar sebenarnya masa nak pergi majlis kahwin kawan aku yang Dila ni. Sebab sama hari dengan Zan kahwin. Datang tak makan pun, just salam-salam dan jumpa pengantin tu yang wajib. Diam-diam ubi berisi. Pepatah tu boleh pakai, sebab kawan aku yang sorang ni. Macam tak banyak sangat cakap, tup-tup dapat kad jemputan kahwin!

 Adilah dan suami!

My adik Zeni, pengantin dan cik Anita!

Next...
 

4. Ella & suami. ( Kawan masa form 1)
 
Tahniah buat Ella dan suami. Gambar aku dengan pengantin tak ada, sebab bukan kamera aku yang ambik. So yang ada gambar pengantin jelah. Biru plus pink! Cantiks sangat.

Congratz Ella & suami!

5. Shahril & Isteri ( Kawan masa form 4)

Tahniah buat Sharil dan Isteri. Tapi gambar pengantin tak ada. Sebab tak sempat nak ambik gambar dengan pengantin. Pengantin sibuk sangat plus aku yang perlu rushing nak balik cepat. Yang ada cuma muka aku dengan kawan-kawan aje.
 
 tiga dara pingitan. semua tak single! hee

sempat ambik gambar dengan pelamin jer. Pelamin yang gelamor and cantikssss!

Okelah, itu je kot koleksi pengantin yang ada sekarang ni. Dalam minggu depan ada kawan aku yang kawin lagi. Ha, memang sentiasa akan ada sepanjang tahun dan berterusan sampai bertahun-tahun.

Dan mungkin jugak, sebab aku ni banyak sekolah then terramai kawan. Sebab masa form 1,2,3 sekolah lain, 4& 5 sekolah lain, form 6 lain lagi plus UPM plus kawan-kawan kerja. Ha, so mengadap lah aku dengan jemputan kahwin yang ramai. Minggu ni nak ke Johor pulak sebab kawan baik Cik Ana, nak tunang.

Fuh.. berpeluh-peluh jugak lah ni. Tapi apa pun, sangat gembira atas kegembiraan mereka.Adik aku lagi hujung tahun ni... Kan? Paham kan?

p/s : semua gambar tak ada watermark, sebab tak rajin nak buat satu persatu. =P

Ikhlas,
Anita.

Comments

Chekgu Azrine said…
Tak sabar nk tgok gmbr cik anita kahwin plak tempek kt sini..haha..
ok, t gmbr nita lak kan..hihi.
Marlina Mohtar said…
insyaAllah lepas ni giliran Cin Nita kita lah pula :)
lepas ne giliran nita pulak...amin...

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA