Posts

Showing posts from November, 2010

exam tammat.Hooray!

Image
Yesh... Alhamdulillah :D Maka di istiharkan peperiksaan untuk semester ini dah berakhir! Hip hip hooray. Jadi aku pun ketuk-ketuk kepala aku dengan batu bata macam ini. haha ;P Silap hari bulan aku tak masuk dah sem depan sebab dah sewel masuk Tanjung rambutan geng dengan kartun keluang man tuuu.. Maka.. Aku pun berjalan pulang kampung. Ucap selamat jalan pada daku dan selamat tinggal dunia belog. Eh? Apakah jadah.. Wassalam.

Award dari Button Monster

Image
Dapat award lagi! Terkembang kincup kejap Cik Anita dapat award ni dari NaddY . Ini award tentang blog yang cantik. Eh yeke? Alahai. Bukan cantik mana pun, simple sangat ni ha belog daku. Tapi sedap mata memandang kan? hihi ;p Memang perasan! Macam biasa mestilah ada tugasan yang di bagi. 1. Berikan nickname untuk saya: Oke macam biasa, Cik Anita la. Takkan tak tahu lagi. :D tapi semua kengkawan, kaum keluarga, panggil daku Ety. :)) 2. Ucapan untuk pemberian award ini: Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat beliau. Eceh! Macam ucapan kat perhimpunan pulak kan. Tengs dear! Nanti ada masa Nita banje makan. Mahu kah anda? hihi. Sila jawab ye... tapi kena duduk area kL la.. 3. Berikan fav singer/artis/group yang korang minat? -Siti Nurhaliza! -Lee Min Ho -Maher Zain -Hans Issac -Rossa -Luna Maya! :P 4. Tag kepada 10 blogger. Amboi, ramainya! Siapa yang jadi mangsa aku ye. Hanya nak pilih beberapa orang sahaja! Enna Banana Myra Arshad Lovely Bella Syira Qahira Shikin

Sanggupkah anda bermadu?

Image
Tidak. Oke itu jawapan aku yang sangat ringkas dan padat. Eh apahal lah pulak tiba-tiba Cik Anita nak menyongeh pasal madu-madu ni. Rasa macam terpanggil pulak kongsi cerita pasal berMADU ni sebab tengok keadaan sekeliling yang menyeramkan dalam dua tiga hari ni. Bukan seram sebab hantu ye. Tapi bila dengar pasal dimadukan dan makan madu. Memang lah makan madu lebah tu manis, tapi kalau makan madu tu banyak-banyak kan nanti jadi panas. Tulah konsep yang aku nak terangkan kejap lagi. Eceh, konsep la sangat :p | Sebelum aku pergi jauh, aku sedar dan tahu bahawa bermadu ini juga sunnah Rasulullah | Sebenarnya aku tak boleh nak bercakap over pasal benda ni. Aku kan belum kahwin, jadi belum ada pengalaman tu dan hak nak cakap sesuka hati. Contohnya: pakwe or makwe kita dah pasang lain pun kita mengamuk naik hantu, ini kan pasangan hidup yang dah nikah dengan kita. Bukan naik hantu lagi dah, segala barang pun naik! Kalau aku lah bertanya dalam kelompok 100 orang perempuan, mungkin han

Salam Aidiladha

Image
Tettt.. Sebijik muka mintak penampar Cik Anita lekat kat bawah ni. hehe. Cuma nak mengucapkan SALAM AIDILADHA buat kalian yang berada di alam maya ni dan juga sahabat handai yang kenal daku. Kalau-kalau daku ada buat salah dan silap harap memaafkan Cik Anita ye. Daku menyusun dua puloh jari tangan dan kaki, hujung segala rambut yang ada. Maaf sekali lagi. Kot-kot apa yang aku tuliskan kat sini ada yang terguris hati. Aku juga insan yang lemah dan tidak sempurna. Harap maklum. Semua orang menyibukkan diri balik kampung kan, tapi aku tak balik kampung pun. Aku pergi beraya kat rumah mak cik aku kat Rawang dan kejap lagi aku gerak lah ni. then tidor sana dua hari. Tak dapat merasa rendang mak aku masak, dapat rasa rendang adik mak aku pun jadilah.. :) Bila tak dapat balik kampung, makanya melepas lah aku nak nengok orang sembelih lembu. Almaklumlah ayah aku tu gembala lembu, jadi tiap-tiap tahun berekor-ekor lembu tumbang depan tangga rumah aku. Hais. Rugi-rugi. Buat my roomate yang

Si Gigi Bongsu

Image
Aduhai. Cik Anita dalam dilema sakit gigi nih. Almaklumlah baru nak cukup umur, tu yang gigi bongsu baru nak tumbuh. Mula-mula nak tumbuh tu boleh lah tahan lagi, ni makin lama makin menjadi-jadi pulak. Sakit bukan main! dah makan ubat penahan sakit pun still rasa sakit jugak. Gusi mungkin keras macam batu, tu gigi nak tembus pun terkial-kial. Kan? Tumbuh di kala masa exam ni. Memang macam nak pelempang je muka sendiri. Betul la orang cakap, kalau nak sakit biar lah sakit perut ke. Tapi jangan la sakit gigi. Azab weii... Tapi bukan semua orang tumbuh gigi bongsu sakit. Ada juga yang tak rasa sakit. Yeke macam tu? Ini tidak adil! Dong dong dong. Sambil tangan ketuk meja tiga kali... ;p Kalau nak sakit, biarlah semua orang merasa. Haha. Kes dengki betul aku nih. Kalau siapa yang tak paham celah mana gigi bongsu tu tumbuh, contoh macam gambar kat atas tu. Bahagian hujung gigi tu, kat geraham. Gusi memang bengkak habis. Alih-alih makan bubur nasik je! Nak kunyah nasik pun sakit! grrr.

Tentang mantan Permaisuri Agong

Image
Jujur. Aku ada rasa sayang kat mantan permaisuri agong. Tak kisah lah sebab apa pun, mungkin di sebalik keayuan wajah dia yang redup tu. Tapi hati aku tiba-tiba tersentak dengan artikel yang di tulis ni. Betul ke tak aku pun TAK TAHU. Aku sentiasa mengharapkan yang terbaik buat beliau. Tapi kalau lah betul pun semua kisah ni, kenapa yang menyebarkan berita ni macam tak berotak? Kalau diri merasakan sangat hebat, jadi setelkan lah masalah dengan cara anda yang hebat. Bukan dengan cara mengaibkan orang macam ni kan? haish.tahla. Dunia oh dunia. PART 1 PART 2 PART 3 PART 4 PART 5 Aku dah baca semua ni. Tapi macam keliru. Betul ke? Bukan niat nak menambahkan kekeliruan dan menyebarkan fitnah. Hanya untuk renungan dan mencari kebenaran. Eceh..

Tentang kerja di Cuti Semestar

Image
Salam jumaat... Tak semua orang suka nak kerja waktu cuti sem, konon sebab nak rest-rest tenangkan otak kan. Tapi aku suka nak kerja! Sebab dapat la tambah-tambah duit poket, nanti masuk je sem baru boleh la pegi holiday dengan duit kerja tu kan? Tak pun beli henpon baru ke.. Kan mengancam tu? Kalau duduk rumah menganga je besorkan bontot, tak ada sapa yang nak bagi duit. Ke korang nak bagi?haha. Sebenarnya ada kerja yang member-member ni ajak. Kerja jadi pembantu sukarelawan kat MAHA. Tau apa MAHA ? kalau tak tahu kelik MAHA. Lokasi: Serdang, Selangor. Sukarelawan apa aku tak tahu lah, jaga lah apa yang patut. Jaga parking ke? jaga tiket ke? Jaga pokok ke? Kutip sampah ke? Yang penting kerja... Kerja dalam masa 10 hari je, tapi gaji boleh lah tahan. Kalau sehari dia nak bagi dalam anggaran seratus. Kerja 10 hari dapatlah dalam seribu. Itu pun tak nak ke? Memang aku nak sangat sangat sangat. Tapi... disebabkan rumah aku ada kenduri kakak aku kahwin 4hb 12 tu. Jadi aku berkorban

di Tag oleh Cik Siti Nurhaliza

Image
Siti Nurhaliza nak tag Cik Anita? Ceh. Ada masa ke dia nak berbelog nih. Belog pun tak ada kot. Mana dia ada masa layan semua ni. Nak layan Datuk K pun tak sempat. hik hik hik :P Singgah belog Cik Siti, tengok Cik Siti ni meraung kena tag dengan adik dia sendiri! Senyum-senyum sengih jelah aku baca. Tapi rupanya bila tengok tang bawah tu, nama Cik Anita kena tag. Hehe. Rasa macam lawak pulak. Ke aku syok sendiri rasa lawak. Haha. Disebabkan aku rasa free sekarang ni, jadik aku terus laksanakan misi ni. Nasib baik misi tag yang simple! 1)Kamu kawan saya, kan? Ya Cik Siti. Kita berkawan di alam maya namanya ni. InsyaAllah satu hari nanti kita pasti ketemu kan? Eceh. Kot-kot Cik Siti nak buat makan-makan ke, kenduri kendara ke.. Boleh lah jemput Cik Anita yang tak reti malu ni. Huahua :p 2)Kenapa kamu mahu jadi kawan saya? Mahu mengeratkan silaturrahim dengan Kak Siti la.. InsyaAllah. Kan? Mana ye kenal Cik Siti ni, Anita tengah fikir. Erm, maybe sebab GA Cik Anita eh? Jawab Kak S

Mood tidak bagus

Image
Tak ada mood mahu update sebarang cerita! Bila rasa tekanan pikirkan jawapan exam semalam. Tapi bila orang tanya aku diam je malas nak banyak bunyik. Argh, tekanan tak habis-habis. Sebab tulah muka cepat tua banding dari umur. hehe :D mungkin jugak sebab aku baru bangun tidur ni..hihi

Malas nak exam?

Image
Erk? MALAS? Gile ke apa Cik Anita ni tiba-tiba cakap macam tuu. Padahal dari minggu lepas cakap berbakul-bakul semangat nak study la bagai. Yes! Rasa macam malas tahap gila baban. Rasa jiwa ni terseksa je nak mengadap buku tu. Haha ;p Kalau mengadap buku je ngantuk, kalau mengantuk je tu kompem lah mengadap buku. Adeh. Jom lempang aku pelan-pelan! Okeh. Motif aku yang sebenar is nak bagitau yang aku kejap lagi ada exam pukul 8.30 malam ni sampai kul 10.30 malam. Tu yang jadik malas sangat tu... Sebab exam waktu malam. zzz. Tempat korang ada ke exam buat malam-malam? Hampeh kan? dush~ Haish. Mengeluh panjang pun tak guna. Exam tetap wajib ku harungi. Eceeh. :D 1st paper exam kali ni haraplah biar OK. Apa lagi? Jum sama-sama doakan Cik Anita dapat A tegak, tak mau ar ada A tolak tuuu! Mahu bersiap dah ni pergi exam dengan jiwa yang gembira macam cik cendawan ni! tak sabar nak habis belajar!!! nasib baik dah tahun akhir..YES!

Mat Ganja?

Image
Ada suatu kes yang dirahsiakan bila aku blogwalking pagi ni... Nanti aku cerita kat sini ape cerita kes tu, Cik Anita kena cop mulut minah kepoh pulak kang. Nak diikutkan aku pun tak paham sangat pasal benda alah ganja ni, yang aku tau dia spesis dadah jugak kan? Kalau dah adik beradik dadah mestilah bahaya. Hish. Aku pun tak tahulan nak cakap apa, banyak yang hisap benda alah ni budak-budak laki kat luar sana tu ha. Yeke? Yeke pompuan tak hisap? Tak ada benda lain dah ke nak hisap budak-budak remaja zaman sekarang ni? Kalau hisap rokok tak apa lagi, nak test power hisap ganja pulak. Memang nak kene sekeh kuat-kuat lah korang ni... Tak ada maap bagimu. SAY NO TO GANJA sumber dari SINI Sudah-sudah lah tu, tak fikir ke perasaan orang tua korang kalau tahu korang buat macam ni. Tangkap je korang ni masuk lokap kalau tak insaf-insaf. Huh. Eh nape pulak aku nak emo? Mesti lah emo. Geram ni!!!

Selamat Bertunang Sistah Najua!

Image
Kepada my beloved Sistah Najua. Adikmu Cik Anita ni nak ucapkan hepi belated SELAMAT BERTUNANG . Semoga jodoh kamu dengan Cik Amal tu jodoh yang kekal di dunia dan akhirat. Amin.. Macam mana dengan cincin tak muat tu? dah boleh dibesarkan ke? ke dia tukar cincin lain. hik3 Nak dengar tak luahan hati aku ni?haha. Sebab ko di antara my sistah yang setia membaca my belog kan. So baca lah apa-apa yang aku repekkan oke. Apa yang membuatkan hidup kau bahagia, aku akan tumpang bahagia dan akan mendoakan kau bahagia. Sebenarnya aku akan rasa kehilangan kau selepas ni, bukan bermaksud kehilangan kakak. Tapi bila kau dah bersuami, agak mustahil kalau nak macam dulu. Sedihnya susah nak digambarkan...eceh.. :( Mengenangkan waktu raya, entah siapa yang nak tolong aku mengemas dapur. Nanti dorang semua pegi beraya tak ada aku peneman dapur. Ko mestilah nak g beraya dengan suami. huhu. Makin sensitip lah aku lepas ni gamaknya.hehe :D |perasaan yang kosong| ini perasaan sekarang ni je kot, nanti2

Kisah Semalam

Image
Hai.. Rindu ke dekat Cik Anita? :D Sebenarnya tengah buat-buat nota, tapi dalam keresahan tak update belog beberapa hari! So ambik masa kejap dan hilangkan rindu untuk kalian. Tapi tak sempat nak blog walking kot ni. Aishh.. So nak tau apa kisah semalam? Daku bermimpi pergi ke rumah Encik Cinta. Masih ingat dia lagi tak? Pergi tanpa secara tidak sengaja, jumpa mak ayah dia. Gatal kan aku ni. Haha. Mimpi je pun kan. Tiba-tiba telefon si dia berbunyi dan aku angkat! Perempuan yang bernama SAYANG dalam talipon dia, apa lagi aku hangin la satu badan! Aku baling henpon dia ke dinding! Aku taburkan semua baju atas rak dia! Aku jatuhkan semua alat solek dia atas meja cermin! Aku pukul-pukul si dia pakai bantal! Aku tolak sampai dia terjatuh! telepon aku pun aku hempas kat dinding. PUAS HATI!!!!!! Memang mimpi tu gilaaa... Tapi nak tau sesuatu? - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Itu bukan mimpi! itu memang KISAH BENAR semalam. Aku mengganas tanpa aku rasa sedar. Apa n

Study Mode***

Image
Salam petang readers. Oke mood mahu mengulang kaji pelajaran sudah bermula. Eceh. Skema sungguh ayat aku kan? Lagi-lagi exam dah dekat ni. Apa pun tak baca sebab rasa macam nak tidur je lepas makan ubat. Jadi dalam masa dua hari ini mungkin Cik Anita akan sunyi ye. Jangan rindu-rinduan ye.hehe. Kalau rindu sila tepon daku. Haha. Ada ke number talifon daku? :P Maka, pelish doakan yang terbaik untuk Cik Anita ye. Sebab risau dah ni mahu naikkan pointer yang tak berapa sedap bunyinya tu. Almaklumlah, Cik Anita ni kalau study tak boleh campur fikir benda lain. Oke.. Tengoklah ni muka daku masa stduy, serius bukan main. :P yeke? Selamat tinggal sekejap ye, dua hari je! Rajin-rajin singgah belog Cik Anita ni.. :) muah.. Salam sayang dari daku:

Di cium lipan!

Image
Salam tengahari pulak. Mula-mula dah ada gambar lipan kan? mestilah ada kena mengena nih... Sebenarnya Cik Anita sedang dalam keadaan demam nih! Pening kepala ya amat. Tapi baru lepas makan ubat, maka boleh lah bertahan mengadap laptop ni kejap. hehe. Alkisahnya yang membuatkan daku demam gara-gara dicium dek LIPAN! Walawey. Pagi tu aku memang ada bunuh ratu lipan yang besar masa kemas-kemas rumah. Sebab memang rumah kat kampung tu selalu je jumpa lipan. Lepas bunuh tu aku buang jelah. Dalam hati masa tu, "belum pernah aku kena kiss lipan. Macam mana lah rasanya..." Nak kata aku cakap besar tak ada pun aku luah dengan kata-kata, aku cume terdetik sikit je dalam hati waktu tu. sob sob. Then, bila malam aku sedang nyenyak tidur pukul 3 pagi camtu, aku terasa kat pinggang aku kena gigit dek sesuatu yang perit ya amat. Aku terus bangun! Bukak lampu tengok apalah benda yang mengeget aku tu. Aku carik tak jumpa, jadi aku fikir mungkin semut Ipoh yang gigit aku. Sebab semu

Happy Deepavali everyone..

Image
Selamat Pagi readers. Hari ini hari jumaat dan raya Deepavali! Nak wish kepada rakan-rakan blogger yang beragama Hindu. Tapi... bila difikirkan balik, macam tak terjumpa pulak masa blog walking jumpa mereka-mereka nih. Yeke? Ke aku yang tak perasan eh. Tapi kot-kot lah ada kan dalam sejarah hari ini dorang terjumpa belog Cik Anita, Happy Deepavali oke! Bila raya Deepavali je, biasanya setiap tahun mesti ayahanda tercinta akan heret kitorang pegi beraya rumah kawan-kawan Indian beliau. Makan lah segala macam, dan i loikee tossey. Rasa die ala-ala macam masam-masam gitu kan? Lepas tu cicah dengan kuah kari. Pergh. Meleleh air liur ni, lap pakai lengan baju je.. Sluurrrp. hihi Rasanya tak semua orang mampu dan lalu makan kan? Tapi mungkin lah aku dah diajar pegi beraya Deepavali ni sejak dari kecik berhingus lagi, so rasa macam tak kisah je kot. Korang pulak macam mana? Ke tak pernah langsung sambut Deepavali? Okelah, mahu mencarik sarapan! Tapi nampak gayanya makan megi jelah pagi

mencarik identiti blogger yang hilang ?

Image
Hallu readers.. Beberapa hati tinggalkan belog, cek satu persatu chatbox tu. Woho, daku di tag oleh cik adik manis nadia atilah dan si kakak manis Puan stoberi Tengs sayang-sayang! :) "Once you have been tag, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, or goal about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more." oke aku cuba nak list apa yang patut dan tak patut untuk korang tau! :) Daku dipanggil Cik Anita di belog ini. Padahal nama tak berkaitan pun! :P Namaku ialah Shahadatina Kefele. Anitadahahs itu sebab ditebalikkan. paham tak? :D Orang perak, Hutan Melintang Lahir kat Teluk Intan. Umur sedikit rahsia!hee 20++ Masih belajar di bumi upm serdang. Stadi amik kos bahasa Melayu. Ada 10 orang adik beradik yee Daku anak yang ke enam! 8 pompuan 2 lelaki Hobi suka cuba-cuba makan. sebab tu debab! sigh* Suka masak jugak! Sebab masak kadang2 tersedap.haha Jaran

Keputusan GA Cik Anita!!

Image
Hallu semua! Mesti korang dah kurang rasa percaya kat kan Cik Anita, sebab lambat tunaikan janji.sob sob. Jangan marah-marah ea, nanti tak berseri muka tuu.. :) Disebabkan cik Anita punye belog ni kan ada songehnya, jadik kena la layan songeh Cik Anita ni. Huahua. :P Ekceli daku demam akibat penangan digigit oleh lipan. Tu yang tak gagah nak mengadap lappy! Oke malas nak celoteh banyak-banyak, jum tengok KEPUTUSAN!! Macam yang Cik Anita cakap tempoh hari, daku guna khidmat random.org Jangan debar-debar yeee! jum tengok ke bawah... - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Hadiah TAMBAHAN !! TOPAP RM 5 number 156 : APPLE SOURZ number 34 : USHARAPA Lagi HADIAH TAMBAHAN! 2 pemenang TOPAP rm10 number 78 : MIKA EDDORA number 30 : FATEEN 2 PEMENANG UTAMA! Gelang tangan silver : number 116 : ANAAZIZ @ANAMIZU Rantai leher silver : number 122 : N@DI@ Kepada semua pemenang sila email Cik Anita di sha_ety@yahoo.com.my a.s.a.p! Kepada pemenang yang mung