Posts

Showing posts from April, 2011

Jum Jamu Mata dan Oder! :)

Image
Malas nak cakap banyak. Meh singgah sini DULU jamu mata kot-kot ada yang berkenan! Kalau dah berkenan apa lagi. Sila oder lelaju. Alkisahnya, aku nak memperomot belog my sistah Linda yang mula mengaktifkan diri berniaga kat laman belog nih. Dah lama dah sista aku ni bisnes yang macam gini, cuma bila dah ada laman belog sendiri tu, kan satu kepuasan. Aku sebagai adik pun membantu lah apa yang patut. Korang pun patut lah tolong jugak! Paksa ni follow belog akak aku tu. Sebab baru ada 5 orang yang follow termasuk aku. Muehehe. Bawah ni antara picca yang aku curik dari FB dia. Kalau ada yang nk oder, sila sebut nama Anita. Nanti aku cakaplah dengan kakak aku tu suruh bagi apa-apa free gift! Hanya untuk follower Anita! Orang lain tak boleh. Area Lembah Klang sahaja. :) kek rumah besar fancy cookies fruit tartlet coklat pai (aku yang makan) peach cake (aku pun makan jugak) coklat cheese cupcake coklat kek cookies door gift apam dot dot (aku makan) cup cake comel cup cakes

Part 1 : Bakal Menjadi Kenangan

Image
||Bermula hari ini sampai 8hb 5 2011 akan ada part-part special lah kunun. Seumpama cerita-cerita imbas kembali dan imbas muka sepanjang apa yang aku rasakan mungkin apa yang ingin aku kongsikan, juga barangkali sepanjang pengalaman aku kat bumi Serdang ni.|| :) Sila jangan bosan dengar celoteh aku. *** Tinggal seminggu je lagi untuk aku duduk di bumi hijau Serdang ni. Dalam masa seminggu ni jugak untuk aku enjoy sebagai seorang student. Cepat je masa berlalu. Dulu aku mendaftarkan diri masa tahun 2008, aku rasa masa tu, adoi lamanya 3 tahun tempoh belajar nih. Tapi sekarang dah habis dah, tinggal sisa-sisa yang ada ni perlu aku manfaatkan agar aku tak kerinduan nanti dengan suasana dan keadaan seperti sekarang ini. Pabila aku dah bekerja kelak, aku yakin dan pasti. Tak ada dah istilah bangun lambat 10 kali seminggu! omg. Tak boleh dah nak shoping moping pakai duit ptptn tuh. Yang aku boleh bila dah kerja kang, bayar lah duit HUTANG ptptn yang bakal membuatka

Dengarlah doa hambaMu ini.. :)

Image
" Ya Allah. kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah aku dengan sifat berlapang dada, muliakanlah aku dengan ketaqwaan, serta; indahkanlah aku dengan kesihatan. (riwayat Ibnu An-Najr daripada Ibnu Umar) ***aku tak tau nak letak tajuk apa kat atas tu. Sebab tu aku tinggal kosong je. :) update: kredit to YOusuf! sebab memudahkan aku berfikir sbb bagi idea tajuk tu. tehehehe

Jadual Exam

Image
Macam mana nak cakap eh, sebenarnya kalau belog kita ni dibaca dalam kalangan ahli keluarga kita, or kenalan yang benar-benar mengenali diri kita. Privacy itu sedikit sebanyak terganggu. Nak meluahkan sesuatu pun seperti terbatas. Nanti mula lah ada yang terasa hati walaupun hakikatnya aku bercerita tentang hal orang lain. Tetapi orang lain pulak yang terasa. Oke abaikan. Berbalik pada cerita aku yang berada dalam minggu exam. Tetiba kakakku yang sorang ini menegur aku di YM: “ weiii..rajin ko update belog. Sudah-sudah lah tu. Nak exam sila baca buku!” “oke ”. Jawabku ringkas. (perbualan terakhir yang lebih kurang macam tuuu) Terus aku signout YM, dan sampai kini YM aku dah tak boleh nak sign in. Sungguh! Aku rasa dia dah hantar perewang kat YM supaya aku rajin-rajin study. Owh terima kasih my sistah! Adikmu Anita ini mahu start study besok malam. Malam ni nak meronggeng lagi. Keh keh keh. Ini jadual exam aku. Aku buat dan aku tampal kat dahi belog aku nih! Supaya ak

Problem gambar tak boleh nak klik.Help me!

Image
sila baja untuk besar Tapi bila aku baja, gambar tu tak membesar. Kenapa? kenapa? kenapa? pelik. Aku baru perasan tadi ni ha. (cuba korang klik kat gambar tu, tak ada respons apa pun kan?) Aduh. Aku sendiri tak tau setting layout blog aku nih. Sesiapa yang tau macam mana cara nak betulkan bagitau eh. Kot-kot ada link tutorial dia. Plish help me. :) ***sebenarnya aku nak tunjuk gambar kelas yang aku baru dapat. Aku sangat suka gambar ini. ||salam perpisahan kalian|| semoga perpisahan kita ini. sebagai perpisahan yang terpelihara.amin.

Pinggang orang muda yang dah tua T_T

Image
Aku rasa aku ada masalah pinggang yang semakin serius. Sedih aku mengenangkan pinggang aku nih. Tak boleh duduk lama sikit. Mesti pinggang aku ni rasa macam nak kebas-kebas. Apa yang aku perhatikan, aku sekarang dah tak boleh buat kerja statik fokus berjam-jam depan lappy. Aku kena duduk dan bangun. Argh. Bila aku rasa sakit pinggang yang teramat, aku akan baring. Otomatik pinggang aku akan berbunyik macam diletup-letup. Krukk krakkk krekkk. (macam tu ke bunyi dia?) then baru aku sambung buat kerja lagi. Lepas tu sakit lagi dan aku baring lagi, dan pinggang aku berbunyik lagi. grrrrr. Risau aku hilang nikmat sihat pinggang. Sedangkan aku masih muda belia. Kahwin pun belum dah sakit pinggang. Kalah orang yang dah kahwin. Aduhaiii... Macam mana aku nak kerja opis kalau ada sakit camni? (mengeluh lagiii) Macam mana eh aku nak buat bagi pinggang aku ni kuat macam tuan dia. Aku sebenarnya kuat tau! susah nak sakit. (aku rasa la) Tapi bab pinggang ni aku mengalah sikit. Ada ubat tak e

Apa khabar Friendster kalian?

Image
Jam 2.32 am sekarang. Aku tak tahulah, langsung tak berfaedah lagi tak bermanfaat apa yang aku buat hari ni. Tiba-tiba je terus aku type www.friendster.com . TERrindu pulak kat friendster (fs) ni. Bila muncul je fenomena muka buku a.k.a facebook tu! semua orang aku rasa mencurang dengan fs ni. Bukan setakat curang yang biasa. Curang luar biasa! Tinggal terussss. Weyhh dahsyat. Majoriti sebelum popular facebook tu, ramai yang dok hari-hari mengadap friendster ni sampai naik pening macam korang ngadap facebook tu jugak. Bila internet macam haram jadah tak boleh bukak friendster, korang mulalah start tak tenteram hidup kan? jangan tipu cakap tak! Sebab aku pun macam tu dulu... :P Nih aku tunjuk sikit friendster aku! Gila oh sebab last aku bukak 8 October 2009 jam 10.55 a.m. sila baja untuk besar Sekarang dah 2011 weyh. Sebab tu aku rasa fs aku ni demam panas, demam nak jumpa tuan comel dia yang dah tak sudi nak menjenguk nih. T_T kejam aku pada dunia fs. Haa.. yang aku rasa

Perihal sekufu lagi T_T

Image
Tempoh hari aku dah ada cerita dah pasal sekufu-sekufu nih. dekat entry INI Sekarang ni timbul lagi soal benda alah yang ini. Ini bukan tentang aku. Aku cuma cerita atas pihak kawan aku je. Kesian jugak kawan aku ni. Dipendekkan cerita sekali lagi. Si Encik Cinta dia yang hanya lulusan SPM dan si Makcik Cinta lulusan Unibersiti pulak tu. Dorang ni bercinta sejak bangku sekolah form 4 dulu. Kawan aku ni memang selalu mengadu masalah pada aku sambil nangis-nangis, aku yang lapkan hingus dengan air mata dia. Sahabat baik lah katakan. Semalam dia mengadu lagi dengan aku. then dia forward mesej si Encik Cinta dia pada aku. Si Macik Cinta a.k.a bff aku tu dapat mesej yang begini: aku rasa aku tak mampu nak bahagiakan kau akan datang. aku tak mampu nak berdepan dengan family kau dengan taraf aku yang macam ni. dengan keadaan aku yang tak ada apa-apa. ko paham tak? aku tak setaraf dengan kau. ko bijak senang masa depan. tapi aku. apa yang aku mampu buat. nak aku tumpang senang pada

Hepi bufday to my Adik kedua paling kecik

Image
Husna Eh sebelum aku lupa. Nak wish 'SELAMAT HARI LAHIR' buat adik aku yang kedua bongsu ni. Adik beradik aku yang number 8. Semalam kalau aku tak silap. Saffa Tun Husna nama dia. Tapi aku panggil dia Una jeh. (budak seperti yang tertera di atas) Aku tak wish pun kat dia, call or mesej pun tak. Kejam sungguh kakak dia ni. Serius aku tak teringat. Sebab budak kecik ni jarang nak mesej aku. Jadi aku pun tak sure mana satu number fone dia. Tahun ni si budak kecik Husna ni baru nak UPSR. Alang-alang aku nak wish sekali lah, belajar rerajin ye budak. Selain tu rerajin kemas rumah. Engkau sorang jelah harapan bangsa nak tolong mak masak nasik kat rumah! Lagi... jangan bercintan sangat. Aku pun tak paham macam mana dia ni boleh tersangkut cinta monyet dengan mamat orang Kedah. Padahal sekolah kat kampung aje. Ini gara-gara zaman pacebook lah ni sampai boleh kenal jauh nun kesana. grrr. Ha. Si Una, aku tau kengkadang ko ada bukak belog Kakak mu Anita ni. Sila mesej aku! Nant

Puisi terkilan

Image
Tak bagus hidup ni penuh dengan keluhan. Tapi kadang-kala keluhan itu perlu. Perlu untuk melegakan hati ini. Melegakan perasaan ini yang penuh bersarang rasa kecewa dan terkilan. Kecewa yang barangkali mampu untuk menjadi dendam. Ah, sekali lagi begini. Baru ku sedar dan memahami. Mengapa ada dendam di hati manusia itu... sungguh aku terkilan.... terkilan terkilan terkilan terkilan terkilan terkilan terkilan terkilan terkilan terkilan terkilan terkilan terkilan terkilan terkilan terkilan terkilan terkilan terkilan terkilan dan amat terkilan... * semoga linangan air mata ini yang terakhir, semoga hari esok memberikan aku senyuman kehidupan. Sila pinjamkan aku bahu untuk bersandar dan mencari kehangatan. T_T

Baik ke buruk 'Langkah Bendul'?

Image
Sebelum pergi jauh meh aku terangkan dulu apa maksud langkah bendul. Simpulan bahasa 'Langkah Bendul' maksudnya: Adik berkahwin terlebih dahulu dari kakaknya. Dikala zaman dah moden ni, aku tak pasti dalam kalangan ahli keluarga korang ni masih nak amalkan or percaya dengan istilah 'Langkah Bendul'. Tapi walau-walau macam mana pun, kalau dah si adik nak kahwin dulu. Mesti si kakak akan dapat sesuatu or hadiah untuk penghargaan sebab bagi adik kahwin dulu. Kalau yang rasa kaya raya dan banyak sangat duit tu, boleh lah mintak serba berdiri macam adik dapat. Adik dapat cincin, kakak nak cincin, adik dapat rantai, kakak nak rantai, adik nak henpon, kakak pun nak henpon. Memang MATI bakal si adik ipar. Kes yang macam ni tak ramai. Tapi adaaa... Biasanya kakak akan dapat cincin, kalau yang tekad nak barang kemas lah kan. Tapi kalau dalam kalangan ahli keluarga daku, takkan dapat lah barang-barang mahal sangat camtu. Lebih kepada rasa timbang rasa dan perikemanusiaan. S

Aku dah mula jatuh hati kat Usop Wilca

Image
Soley soley soley soley... muka aku yang segan ke suka entah tu begamba sebelah ucop. Jujur nih aku nak cakap! Masa yang Usop Wilca tu naik petas ABP, aku langsung tak pernah kenal dia siapa. Cam pelik je semua orang dok pakat gelak-gelak suka sangattt kat Usop nih. Then lepas tu baru lah aku terhegeh-hegeh nengok cerita Mak Limah nih. Baru ku tahu sebab apa lah orang suka-suka dengan Usop nih. Dia memang best! FRIENDLY dan LAWAK dia memang menjadi. I lebiu usop. keh keh keh. Tapi tak lah lebiu sangat. Cuma berkenan dengan cara dia layan kitorang masa pegi rakaman rancangan 'Apa saja FBI untuk tv9'. Nanti aku tempek cerita dengan gambar-gambar yang lain. Apa yang penting minggu ni dengan minggu depan korang jangan lupa tengok cerita Apa Saja FBI kat tv9 hari Jumaat jam 8.30 malam. Kot-kot ada muka aku kat situ. Boleh tumpang gelamor.. :D Bye.

Cameron Highlands

Image
Simple je yang daku mahu kongsikan. Mahu bercuti ke Cameron Highlands weekend ini dengan kengkawan kalau panjang umur. Yeay! Rasa sangat excited! sebab... seumur hidupku belum pernah menjejakkan kaki ku kat bumi Cameron tuh. Kesian kan aku? walaupun sebenarnya dekat dari rumahku yang kat Perak tu. T_T Nie saja nak tempek gambar ladang teh cameron. Ambik semangat dulu. :) teringin nak bergambar dengan pokok stoberi nanti. sekali lagi rasa tak sabar. Mahu kirim apa-apa tak? kirim duit sekali ye, jangn kirim cakap saja.. sumber: google

Perempuan 'chubby' itu boleh menggugat orang lelaki ke?

Image
Hello si gadis 'Chubby' kat luar sana. Orang yang kurus jugak boleh baca. Tarahal punya. Daku nak bertanya dan berkongsi rasa suka duka lara kat sini. Oke dengan rasa bangganya daku rasa daku merupakan salah seorang perempuan yang 'chubby' kat muka bumi Malaysia ni. Bukan aku tak nak kurus murus tu beb, aku dah cuba diet dah. Tapi lelemak yang ada ni sangat sayang kat aku. Jadi aku layankan ajelah, sebab aku sayang lemak aku jugak. Persoalannya: Aku rasa macam dah fedap dengan jejaka-jejaka yang tak hangat dan hangit kat luar sana tu yang dok tegur pasal badan daku ni. Kalau tegur yang biasa-biasa ok la jugak. Tegur aku ni macam Zaiton Sameon ke, macam Zombi Kampung Pisang ke. Ini mesti nak tegur pasal kehangitan yang hangat kat aku ni. errr.. Contohnya lah kan ayat yang dorang selalu cakap: " Hei..u ni tembam lah. Geram i tengok..." " Mantap lah kamu ni.." " I nampak gambar u masa polkanight tu pakai baju bulat-bulat. U pun bulat-bu

Belog Anita di Review oleh Kak Yong

Image
Sabtu lepas belog daku di review oleh KAK YONG! Meh singgah belog beliau dulu. :) Alkisahnya... Beberapa bulan yang lepas daku memang mengoffer diri untuk direview. Yela, sebab nak tau kebaikan and kekurangan belog daku yang kurang comel ni. Then bila sampai masa Kak Yong nak review belog aku tu, dalam mood private yang tak boleh nak dielakkan. Maaf Kak Yong sebab tak inform. Ingatkan masa tu Kak Yong dah tak nak buat dah dan abaikan je belog aku ni. Tapi Alhamdulillah tak pulak. hehe. TERIMA KASIH KAK YONG! Antara komen Kak Yong dalam tu: Layout dah oke katanya. Yeay! :) Header yang besar then nampak keyakinan katanya. (Ini memang daku baru perasan yang header tu besar, kalau tak rasa cam biasa je..tapi berkeyakinan ke aku? wah..harapnya begitulah. ehemm :P ) Footer yang comel (yeke comel? :P Anita pun tak tau buat semua ni, ni semua atas usaha Cik Bulat yang tolong design. Tengs pada Cik Bulat jugaaa ) Alexa rank : okeee..Ini semua sumpah daku langsung tak tau menahu!h

BERskandal itu memang best! kan?

Image
Pernahkah anda mempunyai skandal? Wahhh.. Soalan yang aku ajukan agak skema dan kejam kan. Memang soalan dah lama sangat hidup then nak carik pasal! upsss.. Motip aku bercerita tentang dunia penuh skandal? Entah. Tapi itu yang aku rasa dan tengok pada keadaan sekeliling sekarang nih yang sangat macam-macam. Tak kira yang muda or sebaliknya. Tapi aku expect pada yang muda-muda je dulu. Eh tak, yang tetua pun ada juga berskandal kan? aish. Tapi korang semua takkkk. Aku tau para blogger baik-baik belaka orangnya. :) Okeh. Buruk ke maksud skandal tu? Aku rasa terpulang pada pandangan dan penilaian korang sendirik nak cakap macam mana kan? Tapi bagi aku more kepada yang buruk-buruklah kan kalau korang sebut 'skandal'. Kenapa nak pakai istilah 'skandal' utk kawan baik lelaki? Sebut jelah bff. Ke sahabat sejati ke. Ke sahabat karib dan sewaktu dengannya. Skandal tu bunyik dia macam kawan dengan seseorang yang lain dan merahsiakan dengan bopren sendirik. Skandal tu jugak

Penat

Image
Sekali lagi carik pasal. Penat dah nak jaga perasaan orang lain. Tapi hati sendiri tak terjaga. Mungkin kah sebenarnya aku banyak buat silap dengan orang lain dan menyakitkan hati orang lain tanpa aku sedar. Sampaikan tuhan nak uji aku dengan buat orang lain menyakitkan hati aku yang tersangat-sangat. Maafkan aku ya Allah. Maafkan aku atas segala kesalahanku. Aku hambamu yang lemah dan sering ingkar akan perintahmu. :(

Polka's night

Image
Masih dalam entry bergambar lagi ye. Oke jum layan. Meh kita tengok kreatif tak kreatif lah bebudak junior ni ubah bilik tv jadik tempat berparti dot dot. Bawah ni ha bilik tv, tp bebudak ni jadikan camni. Oke nice~ Simple je tak usah pening-pening kan. Yang penting nampak motip polkadot tuu.. Bukan bilik tv je yang berdot-dot, tangga dengan pintu masuk kat groundest pun dorang ni letak dot-dot. Oke korang memang rajin sangat! Sempat jugak aku posing kat tangga sebelum naik bilik. cakkkk...kat situ pon ada dot-dot..good job adik2 junior!! (ini gambar masa siang hari) Ekceli polka's night ni majlis meraikan pelajar tahun akhir dalam blok kat Kolej kediaman aku nih. (acara wajib setiap tahun) Biasalah, mana-mana kalau dah final year ni jadik gelamor sikit. Time gini jelah nak kejar gelamor banding adik-adik junior tu kannn... (ini gambar di malam hari) special cake coklat utk kami! sedap~ Tak ramai pun ha kami yang senior ni, ada 11 ketul je! Nak ikutkan sebenarnya rama

Fyp. Done!

Image
Sekarang jam 3.10am. Finally siap 1st draft FYP! yuhu.. Alhamdulillah. Belumlah siap betol, tapi kira dah siap lah jugak. Cuma bezanya belum dibukukan lagi. Kang kalau dah siap jadik buku daku upload punya gambar fyp aku tuh. Dun wori. Kepada kalian yang pernah buat benda pening cam gini, mesti tau nikmat fyp dah siap macam mana. Nikmatttttt gila! rasa kosong dah otak ni tak serabut fikir takut tak sempat siap lah bagai. Macam tak sangka. Dugaan tu tak usah kata lah, nak menangis tu entah berapa puluh kali dah. Oke lah. Sudah ngantukz ya amat. Selamat malam dunia.