Perempuan 'chubby' itu boleh menggugat orang lelaki ke?


Hello si gadis 'Chubby' kat luar sana.

Orang yang kurus jugak boleh baca. Tarahal punya. Daku nak bertanya dan berkongsi rasa suka duka lara kat sini.

Oke dengan rasa bangganya daku rasa daku merupakan salah seorang perempuan yang 'chubby' kat muka bumi Malaysia ni. Bukan aku tak nak kurus murus tu beb, aku dah cuba diet dah. Tapi lelemak yang ada ni sangat sayang kat aku. Jadi aku layankan ajelah, sebab aku sayang lemak aku jugak.

Persoalannya:

Aku rasa macam dah fedap dengan jejaka-jejaka yang tak hangat dan hangit kat luar sana tu yang dok tegur pasal badan daku ni. Kalau tegur yang biasa-biasa ok la jugak. Tegur aku ni macam Zaiton Sameon ke, macam Zombi Kampung Pisang ke. Ini mesti nak tegur pasal kehangitan yang hangat kat aku ni. errr..


Contohnya lah kan ayat yang dorang selalu cakap:



" Hei..u ni tembam lah. Geram i tengok..."

" Mantap lah kamu ni.."

" I nampak gambar u masa polkanight tu pakai baju bulat-bulat. U pun bulat-bulat. Geram.."

"Suka tengok awak camni, badan dah sedap-sedap dah.."



(ayat kat atas tu semua bukan rekaan oke. itu ayat-ayat yang dilontarkan dek jejaka yang masih hidup di muka bumi ini)

Aku rasa compius sikit. Bukan apa, sebenarnya apakah yang ada kat minda seorang lelaki kalau nampak perempuan yang chubby ni. Rasa ghairah dah ke kalau setakat tengok macam tu je? Ke dorang ni memang dah mental.haha. Ke sebahagian lelaki je yang macam ni, sebahagian lagi tak suka. Kan?

Aku rasa lah kan, kalau orang-orang perempuan ni tengok lelaki yang badan dia chubby ke kurus ke tak fikir pun sampai ke laut sana yg boleh nak jadik2 teruja ghairah bagai. Paling-paling pun tengok oh dia hensem or tak hensem jeh. Betul tak wahai orang perempuan?

Dan sebab itu...
Kebenaran yang nafsu seorang lelaki itu SATU dan perempuan itu nafsu dia SERIBU sangat benar-benar belaka! see? Nampak tak apa yang aku nampak.

Oke. Boleh tinggalkan pendapat anda yang bernas itu. Tergodakah anda dengan perempuan chubby? Atau tergodakah anda dengan lelaki chubby?

Lepas ni kalau aku kurus jangan tergoda lagi.keh keh keh

Bye.

Comments

grrr..sapa ckp cmtu? eee,,serius cam gila seks je.. benci lelaki gatai..
ceh..sengal je jantan gtu...lempang2 lau boleh..

chubby ke x,xkisah..otak tu yg dok pk len,jd len la... =)
Cik Anita said…
@GC
Dorang ni antara kengkawan jugak kot..grrr. memang geram!
Cik Anita said…
@nusha
ha..memang pun! dorang ni tak ada benda lain kot nak pikir. Menyampah eh..
puanbee said…
lelaki cam tu lah wat derk jgn layan miang tk bertempat!
HEROICzero said…
=__________________=

*tundukkan pandangan*

keh3x
Teratak pena said…
mereka semuanya berkata melalui nafsu bukan melalui akal...

*ke memang dia minat dengan Cik Anita? suruh masuk meminang je lah...(jangan mare... akk gurau je)
Cik Anita said…
@puan bee
memang Anita malas nak layan pun. Tapi mengenangkan kawan je..hurm

@heroicZero
haa..
tunduk la sangat! sebab pandang kan? rotan orang lelaki yang camtu..keh keh keh

@kak siti
Tak mungkin suka~ tu mengada-ngada namanya..hehe
ghost said…
nih mesti mata lelaki dah dipengaruhi dengan najwa mahiaddin nih...
Cik Anita said…
@ghost
haha. yesh! kesian Najwa tau kau cakap camgitu.. badan ku belum sampai tahap begitu kott..zzz T_T
ekin said…
Ayat semua ke arah itu...x suke2.. Cik Anita kena hati2 dgn lelaki macam ni..
Cik Anita said…
cik ekin~
jum kita bako~ kita bakoo..hehe

memang tak suka!

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA