Assalamualaikum... Wehhu. Terlambat seminggu sudah nak update pasal aku bersetim-setimbot ni dengan kekasih-kekasih hatiku, Azie, Fara, Ekin dan the best Driver Ise! (hubby Fara) :D Kira ni aktiviti new year tempoh hari. Tak planning sangat pun, sebab biasanya kalau beriya-iya planning memang tak menjadi. So ni kira, ha jum lah besok. Dan oke maka berjumpa lah kami bergumbira makan sampai kenyang. Bukan kenyang je, makan sampai pengsan! Lokasi makan di Taman Dagang, Ampang. So kalian camne? sudah pernah makan sini tak? Ini kali ke 3 aku makan sini. So far, aku rasa puas hati. Sebab segala lauk basah tu fresh-fresh belaka. Lagi-lagi udang harimau dia. Manis gile oke. Besar pulak tuuu. Nyummmeyyyh! Tapi yang tak bestnya pulak malam tu, dia tak ada sotong. Kejadahnya tak ada sotong. Habis ke apa stok sotong dalam laut? grrr. Apa pun, aku nak bagi 4 stars! yeaaayyy. Jum-jum makan sini lagi. Best! Eh lupa nak cakap harga dia, sorang dalam rm25. Tapi tak termasuk air ye. Air dia cas lain. Wa