Raihan - I`tiraf dan cuba memuhasabah DIRI!

Assalamualaikum dan selamat hari Khamis :)


*pagi tadi bersiap pergi kerja, terdengar lagu ni kat tv9. Rasa tersentuh amat dengan bait-bait


lagu dan makna yang tersirat dalam lagu ni. Semakin dewasa diri ini, tetapi konkrit jiwa tak stabil. big sigh!*


* * *


Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

إلهى لست للفردوس أهلا
ولا أقوى على نار الجحيم
فهب لي توبة واغفر ذنوبي
فإنك غافر الذنب العظيم

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu - kredit SINI.

p/s:


aku dalam mode yang sewel dan tidak waras sekarang. Aku mengakui tu dalam diam. Sebab aku rasa aku macam nak bunuh orang. Perasaan dendam yang datang dan pergi. Kadang perasaan tu terkawal dan kadang tidak terkawal. Aku sedang dalam mode nak hancurkan hubungan orang. Ya Allah apa nak jadi pada aku.




Kata-kata aku ni memang kejam DAN akan ada yang cakap aku dah gila. Dan sekarang aku paham, bagaimana boleh ada kes berbunuh-bunuh tu. Perasaan sakit hati bila ditipu hidup-hidup.




Karma tetap karma!

Comments

Cik Anita said…
@Myra Arshad (:

yes dear.

sangat-sangat memuhasabah diri.

:(

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA