Posts

Showing posts from October, 2011

Rambut oh rambut!

Image
Assalamualaikum dan selamat bercuti di hujung minggu! Hujung-hujung minggu camni sebenarnya syok kalau badan -badan kita ni di manja-manjakan dengan kasih sayang. Tapi jangan salah paham, bukan manja-manja yang ehem itu. Tapi manja-manja macam lulur-lulur badan, mandi sauna, mandi bunga dan segala mandian. Then kalau bab rambut, stim-stim rambut buat treatment ke. Ada orang yang basuh-basuhkan ke. Wehhu. Aku memang suka lah. Tapi yang tak sukanya, sebab duit tak boleh ke arah itu. Duit tu memang ada walaupun sekupang, sebab tak boleh cakap duit tak ada kan. Tapi jangan nak membazir ke arah yang tak sepatutnya. T_T. Jadik aku pendam lah hasrat di jiwa ni supaya tak ikut nafsu serakah ni. Nafsu aku sebenarnya sekarang ni sangat lah kepingin memanjakan rambut yang dah bersawang! Bersawang habis aku rasa, sebab labah-labah pun dah boleh hinggap! Argh. Gerammnya. Paham-paham jelah, kalau rambut yang pernah dibuat teknik melurus. Makanya bila dah tumbuh rambut baru tu, tak terurus muka

Lapar Steambot!

Image
Assalamualaikum... Ding dong jam dah pukul 5 petang. Masa nak balik rumah! Tapi aku belum rasa nak balik, sebab aku rasa gelisah belum update belog untuk ini hari. hehe. Tapi tak boleh cerita banyak-banyak. Sebab kena OT. Hujung bulan ni paham-paham ajelah. Siapkan report yang entah bila nak siap! Arghh.. Sakit otak nih. Aku cuma nak cakap, aku teringin gilaaa makan steambot yang seperti di bawah ini. Aritu dah makan masa bulan puasa dengan kakak aku. Abang ipar belanja. Tapi ini teringin lagi! Steamboat @Kuang. Korang tau x? Steamboat yang masuk dalam tv3 Jalan-jalan cari makan tu. :D laparnyaaaaa...

Wordless Wednesday plus Segmen Masak-Masak

Image
entry tertangguh Assalamualaikum. Wordless Wednesday gabung dengan Segmen Masakan untuk hari ini. Disebabkan ww punya pasal hari semalam, aku tak bagi apa nama masakan yang aku masak. Sila lah kalian ber ww di entry ini dengan meneka apakah masakan yang di bawah ini. hihi. Senang kacang aje! =) =) P.S dalam mode puasa hari ini. Mahu berbuka puasa apakah? Tapi macam malas nak masak petang ini. Tapi nak beli macam nak kena jimat. So? biar housemate aku yang masak. hua hua hua. ***

Ustaz Safuan kini di hatikuuu...

Image
Assalamualaikum. Jam 6.33 petang tapi aku duk dalam opis lagi. Sambil buat kerja, sambil jugak nak update cerita pasal buah hati aku yang terbaru. Jangan jeles! :D Kenalkah anda dengan Ustaz Safuan? Kalau anda jawab YA, ini maknanya magrib-magrib anda menonton televisyen yeee. (Aku la tu orangnya). Kalau tak kenal, petang nanti bukak tv9 pukul 7.30 pm. Hari-hari bukak dari Isnin sampai Jumaat. Comfirm akan muncul Ustaz Safuan yang jadi idaman hati aku baru-baru ni. Ini makanya aku sudah berpaling tadah dengan Ally Iskandar. Keh keh keh. Ustaz Safuan yang dalam cerita “Mahir Jawi” untuk rancangan kanak-kanak tu. Mula-mula aku macam tak berkenan aje, tapi disebabkan aku kan tak dapat tv3. Jadi tv9 lah pilihan di hati. Tu jadik asyik tengok cerita-cerita dakwah je. Tak payah susah-susah nak dengar ceramah agama kat masjid dah. Bak kata ustaz sapa tah nama dalam rancangan “Tanyalah ustaz” pagi semalam. Sebab tv9 kan memang banyak rancangan yang Islamic. Bermacam-macam segmen dalam c

Sebab lambat ada entry baru.

Image
Assalamualaikum. Berikan 10 alasan mengapakah belog anda sering bersarang, sering tidak di mop dan sering berhabuk. Dalam erti kata lain belog anda sangat tidak konsisten di update. Kenapakah gejala sosial sebegini berlaku di dalam belog anda? Berikan jawapan anda berdasarkan soalan yang diberi. (10 MARKAH) Sibuk. Penat. Malas. Malas. Bosan. Malas lagi. Entah. Pening. Sebab bos selalu kat belakang. Tak sempat! P/S: Kesimpulannya selalu aje tak sempat. Bila ada yang sempat tu, malas lah pulak. hihi.

Pre- Convocation Day with bff's! :)

Image
Assalamualaikum & salam jumaat yang barakah. Terima kasih ye atas ucapan tahniah dari korang sebab konvoku 19hb yang lepas. TERIMA KASIH sekali lagi. Konvo memang best. Tapi penat dia aku rasa sampai sekarang tak hilang-hilang. Tapi lega dah tak pikir macam-macam dah. Ekceli aku dari pagi upload picca kat bawah ni. Lambatnya ya Rabbi! Sebab tulah dah hampir tengahari ni baru aku update cerita. Semalam terpublish ww. Padahal dah Thursday. Entahlah, aku dah tak ingat hari. Padahal hari-hari tengok hari. Pre-Convocation ni kitorang tempah satu photograper! Then beramai-ramailah kami berkongsi bayar sebab nak jimat. hehe. Hasilnya, aku puas hatilah. Just shoot and burn! tak ada album-album lah. Kalau nak cuci sendiri. kredit to abang AJAI. Kalau korang rasa berkenan boleh tempah dekat dia. Orangnya sangat nice, lembut je cara dia cakap. Senang nak bawak berbincang. Aku memang suggest lah kalau korang nak tempah kat dia. Jugak dia ni photog pengantin. Sebenarnya abang kepada ro

Wordless Wednesday.

Image
Assalamualaikum... p.s Entry pasal convo nanti ye. Belum sempat nak buatlah. Semalam cuti jadi ini hari ada kerja nak settle bagi habis. Wassalam.

Besok Convo. Yeay!

Image
Assalamualaikum... Besok kalau tak ada apa-apa masalah, aku nak berconvo. Alhamdulillah. Penantian bagi orang-orang yang belajar, inilah masanya. :) Nanti hari lain aku update cerita pasal hari-hari convo yang akan berlangsung besok pagi. Apapun, ucapan tahniah buat classmate BA (KM) & sahabat-sahabat handai yang tersayang di bawah ini. .Fara.Ana.Anita.Ekin.Azie.Iela. Juga sahabatku Iela yang tak ada pic di atas sebab kos tak sama masa raptai konvo. Tahniah sekali lagi buat kalian. Much love!

Kisah di Hujung Minggu...

Image
Assalamualaikum. Wiken lepas aku balik kampung dengan jayanya selepas kantoi berlari-larian balik awal. Sepatutnya aku balik kul 1, tapi aku dengan selambanya balik 12.30. Tup-tup dekat pintu depan bos nampak. Ah sudah aku menyorok-nyorok di sebalik pintu. Tapi sebenarnya bos aku nampak. Cuma aku buat-buat tak nampak dia. Haha Bila kaki aku melangkah lagi, talipon aku pun bunyi. “ Tina u mana?” “Errr..Bos i dah balik. Ada hal lah bos.” Oke. Sampai sekarang dari kes yang itu, aku jadi seram nak curik-curik balik. nak lewat masuk kerja walaupun seminit hati aku tak tenteram. Huahua. Itulah padahnya kalau dah buat salah. Macam takut dengan bayang-bayang sendiri. Boleh eh camtu? Kemudian alkisahnya yang kedua, aku balik kampung dan sesampai Sabak Bernam kereta akak aku dah berbunyi-bunyian. Hampir berasap lah bagai tengok air dah kering kontang. Isi air dan digagahkan jugak gerak balik. Alhamdulillah selamat sampai. Bila sampai kampung, ayahanda bawak repair dan kami yakin lah bahawa s

Wordless Monday :)

Image
Assalamualaikum... Selamat bergumbira di pagi hari Isnin. Hari ni mood tak ada blues-blues. Mood sedang-sedang je. Selamat bekerja dan selamat menanti wiken lagi di Jumaat nanti. Percayalah, hari ni Isnin besok-besok cepat je dah Jumaat then Ahad then Isnin balik. Bak kata kawan sebilik dan serumah aku, masa yang cepat berlalu tu tanda2 kecil kehadiran kiamat. MasyaAllah. kredit Kak Siti (Bayu Kenangan ) Aku memang sangat suka pada bungaaaa! Orang pompuan lah katakan. Ada ke orang pompuan yang tak suka bunga? Kalau ada, itu memang tak patut. Tak patut... Oke bai.

Entry Perasaan

Image
Assalamualaikum. Hari ni aku dari pagi dalam mode jiwa yang meroyan. Sebab di pagi hari yang hening, aku dapt mesej yang membuatkan aku tersentak sangat-sangat. Kerana benda tu, aku sampai sekarang mood terbang-terbang. Emosi terlebih lah sebenarnya. Alkisahnya... Aku bermesej-mesej dengan kakak ipar ex-cinta aku. Mula-mula tu cerita pasal dia mintak resepi kek lah bagai. Then dia bagitau, ex-cinta aku dah ada GF baru kalau dia tak silap dia kata. T_T. Ha??? What the fissssshhhh. Baca je mesej tu, laju je mangalir air mata ku ni merembes-rembes. Tak sikit pun aku lap. Makin laju je mengalir. Sampaikan aku buat kerja tak nampak tulisan kabur-kabur dengan air mata. Aku nangis tapi tangan menulis je entah apa-apa. Ya Allah. Perasaan aku sangat-sangatlah cemburu! Betapa mudahnya dia melupakan aku kan? Mungkin itulah sebenarnya sikap orang lelaki yang terlalu mudah melupakan. Dan sebab itu juga lah Allah memberikan kuasa kepada lelaki untuk berkahwin 4. Hurm. Sehingga kini, aku st

Wordless Friday.

Image
Assalamualaikum dan Salam Jemuah. (Jumaat dalam bahasa Jawa) Kredit : Google. ^_^

Segmen Masakan: Selera Kampung

Image
Assalamualaikum... Chef Anita kini kembali bersiaran dengan segmen masakan. Segman masakan yang aku nak bagi tajuk "Anita masak Entah Apa-Apa!" :D Maaflah tuan Puan, TERtinggal seminggu episod masakan ku ini. Sebab minggu lepas masuk kebun carik pucuk ubi dengan tunggu buah kuini gugur, baru semalam jumpa jalan keluar. hihi. Tu yang baru kesempatan cerita pasal makan-makan. Ah merapu lebih. Merapu sebab menu yang di masak-masak ialah seperti yang disiarkan di bawah. Menu kegemaran aku sepanjang zaman lah ni. Tekak orang kampung, jadi selera kampung lahhh. Makan nasik pun tambah-tambah. Tapi sebenarnya makan benda lain pun tambah nasik jugak. :D .masak lepak pucuk ubi + tempe. .sambal belacan buah kuini. sedappppp! .sambal udang limau purut. Nak resepi? Alah. Aku tak ada resepi khusus la. Apa yang ada kat dapur, aku masukkan je. Sebab tu kalau aku masak rasa dia tak konsisten. Kadang sedap kadang tidak. Tapi yang kali ni ada rasa lah, tak lah sedap sangattt. Ta

Perihal Bajet Negara.

Image
Assalamualaikum. Orang lain dah berkurun cerita pasal bajet negara ni, aku baru nak share. Yelah, semangat aku ni memang datangnya lambat. Macam kalau hafal lagu jugak, orang lain dah jemu nak dengar lagu tu. Aku baru excited nak hafal-hafal. Orang lain dah tengok cerita drama tu, aku yang ulangan baru nak tengok. Hehe. Apa kena mengena aku cerita pasal benda alah ni. Pasal bajet hari tu. Rata-rata kata antara yang terbaik lah bagai. Sebab nak pancing undi untuk tahun depan. Jugak kononnya, rata-rata rakyat Malaysia terkena tempiasnya. Tempias bahagia lah pada yang berkenaan. Tahniah pada yang berkenaan ye. Tapi TIDAK bagi aku. Sikit tempias pun tak ada. Grrr. Sedih sungguh. :( Mungkin ini akan menyedihkan bagi mereka yang bekerja dalam sektor swasta biasa-biasa. Bukan swasta yang kaya raya. Aku lah tu. Kalau menjadi pelajar sekolah, matrikulasi, IPTA, IPTS akan dapat insentif duit, tak banyak pun dapat kan. Jadi mak pun dapat sebab anak-anak tak bayar yuran sekolah, ringan

Help Rumah Aman & Jomm Derma!

Image
Assalamualaikum dan selamat hari Selasa. Selasa yang indah aku rasa, sebab cuaca yang hujan-hujan renyai dan buat aku rasa tenang je perasaan ni nak pergi kerja. Pagi ni datang-datang je kerja, aku on PC then pastu benda wajib ialah blog walking mana-mana yang aku sempat nak singgah. Lepas dah bw, aku memang merajinkan diri cek Nuffnang sebab nak tengok nilai BE tu naik ke tak. hihi. Alhamdulillah naik beberapa sen. :) Then aku ternampak cam ada iklan kecik belah kanan masa bukak akaun Nuff tu. Maka aku kliklah. Tertera DONATE untuk RUMAH AMAN. Donate ni dengan klik je nilai yang kita nak. Tapi tolak duit earning Nuff yang kita dapat. Maka aku pun klik lah bape RM yang aku rasa macam nak bagi. Nak kedekut-kedekut sangat tak kemana pun duit tu. Aku bukan nak cerita yang pasal aku derma tu, aku cuma nak ajak kalian pun derma sekali oke. Kira peromosi lah ni, nak jadi duta Rumah Aman. hehe. Pada yang ada duit dalam akaun Nuff tu. meh2 derma. Jangan duku-dukut oke. Tak bagus! Wa

Elemen kehidupan yang mana satukah anda?

Image
Assalamualaikum. Monday aku dah mula datang blues. Kalau sebelum-sebelum ni tak pun. Hurm. Dah rasa macam tak semangat nak kerja. Mungkin sebab kerja makin banyak kot. hehe. Tapi sempat jugak aku mengadap belog bagai. Berbalik pada cerita... Aku ada terbaca benda alah ni dekat FB tempoh hari. Tapi tak rasa nak share pun. Tapi hari ni terbaca balik dekat belog Ummi to 3 Nur's . Yang mana satukah elemen kehidupan yang berkaitan dengan anda? a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan. b) Air - kedua, keenam, kesepuluh. *INI AKU* c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas d) Angin - keempat, kelapan, keduabelas WANITA BERUNSUR TANAH 1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban. 2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah 3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan. 4) Tidak suka membantah atau membangkang 5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan WANITA BERUNSUR AIR 1) Menghidupkan hati pasan

Sambung belajar di peringkat Master. Apakah pendapat anda?

Image
Assalamualaikum... Aku nak mintak pendapat kalian rakan blogger. Plish. Plish. Plish. Dalam masa beberapa minggu ni kepala aku dah mula berdetik kencang nak sambung belajar ke peringkat seterusnya. Betul-betul serius. Selepas aku mendapat green light dari emak dan ayah aku serta beberapa ahli keluarga aku serta dorongan sahabat-sahabat. Eceh. Tapi... Aku semacam terdetik persoalan yang agak berat iaitu, selepas aku menamatkan pengajian di peringkat master nanti. Apakah sebenarnya peluang pekerjaan yang aku akan peroleh. Adakah bergantung pada kos yang aku ambil. Atau bagaimana? Dan apakah pra-syarat untuk menjadi seorang pensyarah? Adakah cukup dengan master. Atau perlu menyambung PHD pula? (sebab dalam hati cita-cita nak jadi pensyarah) Aku dah mula pening dah ni walaupun niat di hati sangat lah berkobar-kobar untuk sambung belajar. Aku risau akan kesukaran mendapat kerja selepas itu. Sedangkan degree yang ada sekarang ni pun susah nak dapat kerja. Apatah lagi master? Risau ju

Layan lagu ini di pagi hari : Ku Intai Cinta Dalam Rahsia - Jeslina Hashim

Image
Assalamualaikum dan salam hari Jumaat :) Besok dah nak sabtu. Cepatnyaaaa! Apakah perancangan anda besok? Mahu berjalan sakan kah? atau berehat-rehat sajaaa. Tapi aku besok kerja lah. grr. Comfirm sampai lewat petang punya. hish. Oke abaikan. Aku nak share lagu yang aku suka dengar walaupun lagu lama dah bezaman. Aku kekadang kalau layan perasaan memang suka layan lagu ni. Best je layan sambil lap-lap air mata + lap-lap hingus guna lengan baju. hihi. Mana entah Jeslina Hashim ni. Tak pernah dengar dah gosip hangat dia.

Pergi disco tu bangga sangat eh?

Image
Assalamualaikum... Aku nak bergosips lah di petang-petang hari ni! hihi :D MAAF YE* Alkisahnya, aku duk tengok-tengok FB then nampak status salah seorang rakan di kampung daku ni. Wah gituuuuuuu perasaan aku bila nampak dia duk rasa macam bahagia nak pergi Zouk ini malam? Adakah kalian tahu Zouk itu apa? Ke ada yang tak tahu. Tapi aku rasa, walaupun kalian tak pernah pergi mesti tau jugak lah sikit-sikit. Bagi aku lah kan, ko nak pergi tu. Pergilah! Salah ke tak salah, itu boleh fikir sendiri. Pandai makan, pandailah simpan. Ye dak? Tak perlu kot nak share dengan semangatnya anda nak pergi tu. Sebabnya aku tau kamu tu adalah orang Melayu dan Islam. Kawan satu sekolah lah pulak. Cantikkk pun ye! Mungkin dia pergi tu baik-baik saja kat sana. Tak buat apa apa, just lepak-lepak. Tapi tak perlu lah nak lepak kat sana kan. Eh tapi suka hati dia lah kan nak lepak mana-mana kan? haha (aku memang penyibuk) Aku bukanlah baik sangat nak tegur orang supaya jangan itu dan jangan ini, tapi