Entry Perasaan
Assalamualaikum.
Hari ni aku dari pagi dalam mode jiwa yang meroyan. Sebab di pagi hari yang hening, aku dapt mesej yang membuatkan aku tersentak sangat-sangat. Kerana benda tu, aku sampai sekarang mood terbang-terbang. Emosi terlebih lah sebenarnya.
Alkisahnya...
Aku bermesej-mesej dengan kakak ipar ex-cinta aku. Mula-mula tu cerita pasal dia mintak resepi kek lah bagai. Then dia bagitau, ex-cinta aku dah ada GF baru kalau dia tak silap dia kata. T_T. Ha??? What the fissssshhhh.
Baca je mesej tu, laju je mangalir air mata ku ni merembes-rembes. Tak sikit pun aku lap. Makin laju je mengalir. Sampaikan aku buat kerja tak nampak tulisan kabur-kabur dengan air mata. Aku nangis tapi tangan menulis je entah apa-apa.
Ya Allah. Perasaan aku sangat-sangatlah cemburu!
Betapa mudahnya dia melupakan aku kan? Mungkin itulah sebenarnya sikap orang lelaki yang terlalu mudah melupakan. Dan sebab itu juga lah Allah memberikan kuasa kepada lelaki untuk berkahwin 4. Hurm.
Sehingga kini, aku still lagi tak ada pengganti. Belum jumpa sesiapa pun yang aku rasakan serasi. Walaupun yang aku jumpa tu seribu kali lebih bagus berbanding dia. Sebab...sebab aku mengharapkan nak kembali pada dia. Aku mengharapkan sebenarnya aku lah pilihan dia. Tapi ternyata meleset. Dah ada orang lain pulak tuuu. Aduhaiii...
Sebenarnya, setiap malam aku akan text my ex cinta. Aku akan call dia. Tapi dia takkan angkat call aku. Dia takkan reply mesej aku. Tapi aku tetap gagahkan diri mesej dia walaupun aku akan kecewa selepas tu. Betapa terhegeh-hegehnya aku Ya Allah.
Tapi selepas hari ini, selepas aku tau dia dah ada pengganti baru. Aku akan stop lah kot buat benda-benda gila yang menyakitkan hati dan perasaan aku sendiri. Stop panggil dia abang, walaupun dia tak benarkan aku panggil camtu. Tapi tetap aku mesej dia dengan berabang sayang. Bodoh kan aku? Mesti dia cakap aku ni perempuan tak tau malu. Hurm. Aku tak mampu nak melupakan dia sebagaimana dia terlalu cepat melupakan aku.
Aku harap, aku bangun tidur aku hilang ingatan. Alangkah bagusnya. Tapi ini tidak bagus. Sebab nampak sangat aku ni tak mampu nak berdepan dengan masalah.
Ah masalah takkan tak pernah tak ada.
P.s: sebenarnya, yang membuatkan aku tak boleh terima hakikat is si dia bersama perempuan yang lama tu. Perempuan yang pernah kantoi dengan aku zaman dulu tu. Perempuan yang dia nafikan dia tak suka tu. arggggggh! :( jeles jeles jeles jeles!
Comments
pom kantoi dlu..cis!!
sbr jela..
sbr nita,t dia tau sape yg syg dia sbnrnya..insyaALLAH..
your little sister
kat luar sana masih ramai yg sudi jd penganti.. kalau tak cayer, cuba tanya sya..