Posts

Showing posts with the label Bandung

Maaf | Kisah Entry Bandung

Assalamualaikum. Okeh nak minta maaf sangat-sangat! Lama dah nak cakap sebenarnya, tapi asyik menangguh je. Kesian pada blogger dan kawan-kawan lain yang cari info tentang percutian Bandung. Entri lama sangat dah tu masa zaman aku bercuti tahun 2013 haritu.   Ada aku bagi TIPS PERCUTIAN KE BANDUNG ! Ramai jugak yang mintak tentative & jadual pertukaran duit sehingga kini. Mintak aku email semua tu.   MAAF sangat-sangat sebab aku tak mampu nak bagi. Sebabnya aku sendiri tak tahu mana aku simpan benda alah tu. Aku rasa semua tu dah hilang di tinggal zaman! Lagi-lagi laptop aku pun dah jahanam dek jatuh meja tempoh hari. *sedih*   MAAAF SEKALI LAGI.   Alkisahnya,   Pabila laptop kesayangan jatuh gedebuk dari meja. Kalau laptop jatuh, ko rasa percent selamat dia macam mana? Lainlah kalau henpon 3310. Haish. Tak apa, jangan dikenang kisah lama.   Itu sahaja, oleh yang demikian aku menegaskan bahawa, aku tak mampu nak email ...

Tips penting ke Bandung!

Image
Assalamualaikum. Okey ini entry last tentang Bandung. Berkurun lamanya nak siapkan entry holiday yang dah basi ni. Nak diikutkan banyak lagi lokasi lain yang tak sempat nak update. Entah sempat entah entak. Jum lah kita nengok apa tips yang tak seberapa dari aku... =) 1. Beli tiket murah!  Yeay. Ini sangat WAJIB! Nak jimat haruslah beli air asia promosi punya. Kalau kaya OR punya uwang yang banyak beli lah MAS, tapi turun Jakarta lah. Sebab MAS takde tiket ke Bandung. Macam yang aku punya ni harga just nice lah aku rasa, beli before raya bulan 7 tahun 2012, then fly end of January 2013. So dalam RM250 sorang pergi dan balik lebih kurang. Tapi rasanya boleh dapat yang lagi murah, tapi kena rajin tengok yer. 2. Study! Depends pada kalian. Tapi entah kenapa aku sangat menekankan harus study,   kalian kalau yang rasa macam nak travel sendiri without agensi perlancongan. Harus study apa yang patut dan tak patut korang buat kat sini. Contohnya dari segi t...

Bandung Trip - Hari 5

Assalamualaikum. Sampai juga cerita hari ke -5. (menaip sambil fail bertimbun atas meja. Maap bos) Pejam celik pejam celik, eh dah nak balik dah rupanya. Sebab masa mendarat kat Bandung hari pertama tu, terdetik dalam hati sampai jugak aku ke sini . Flight pulak petang  pukul 5.45. Maka aktiviti pun rasa semua dah buat. Maka last day ni, bangun pagi je terus pergi sarapan. Tak mandi pun. Hehe. Sebab lepas tu nak sambung tidur balik kononnya. Tapi bila dah sarapan kenyang bagai tak mampu pun nak tidur. Maka mengemas-ngemas barang lah kami yang sebanyak-banyaknya. (Tapi gambar tak ada, last day mood bergambar zero). Sebab check out pukul 12 tenghari kan. Maka Pak supir ambik kitorang dan hantar kat airport waktu tulah. Awal gila! Padahal flight petang. Kan? So melepak lah sampai lebam kat situ sementara tunggu flight. Dengan duit rupiah pun dah tinggal ala kadar, so nak makan pun cam takut-takut tak cukup duit. Siap tanya lagi, boleh pakai duit Malaysia? Then ...

Bandung Trip - Hari 4

Image
Assalamualaikum. Agenda hari ke4 ke Trans Studio! yeay. Muka tuan rumah sebagai pembuka bicara. hee Kat sini agak menenangkan fikiran, tapi agak memeningkan kepala dan isi perut. Tak perlu dah nak pikir shoping bagai, maka hari ke 4 kitorang ke Trans Studio Bandung. So far okelah. Semua game pun just nice. Maybe aku dah terpergi USS Singapore yang sangat ohsem. maka jadi so so jerlah. Tapi still boleh layan lagi. Sebab bagi aku konsep holiday, apa pun yang jadi layankan saja. Harga tiket dia: Harga tiket hari biasa IDR150k Harga tiket weekend IDR200k Aku masa ni memang sengaja arrange nak pergi hari biasa. Sebab nak dapatkan harga yang murah sikit tu. Tu yang switch hari ke 3 dengan hari ke 4. Beza sikit dengan plan awal. Nanti aku selitkan tentatif program yang aku buat dalam entry TIPS ke bandung. Ada sebenarnya dah dalam draft. Cuma ada lagi yang nak kena tambah. Tapi entah bila? =P Then dekat Trans Studio ni kita akan dapat kad macam touch ...

Bandung Trip - Hari 3

Image
Assalamualaikum. Tergendala hampir  makan bulan lamanya. Meh aku nak teruskan lagi kisah aku kat Bandara Bandung ni. Otak pun dah ingat-ingat lupa. Tapi aku usaha jugak nak perah selagi mampu otak ni. WELCOME TO PASAR BARU! =) Tapi apa yang pastinya, hari ke 3 kitorang shopping kat Pasar Baru. Lama dah mengidam nak datang shopping sini. Aku rasa majoriti orang Malaysia yang datang sini mesti akan singgah dan habiskan duit kat sini. So far agak murah lah berbanding kat Malaysia. Syurga bagi kaum Hawa pastinya. Kalau kaum Adam tu, datang tengok je. Tak pun datang teman para isteri tercinta yang pasti rakus berbelanja. hee. Berlantai-lantai sebenarnya Pasar Baru ni. Nak diikutkan kalau pusing sehari memang tak cukup. Plus dengan duit yang tak cukup jugak, memang sakit otak!  Bila sampai sini, kami disediakan pembantu dalam Pasar Baru ni. Pak supir tu yang suruh kawan dia tunjukkan jalan mana tempat yang barang kita nak beli. Agak rasa kurang best ...