Bandung Trip - Hari 3
Assalamualaikum.
Tergendala hampir makan bulan lamanya. Meh aku nak
teruskan lagi kisah aku kat Bandara Bandung ni. Otak pun dah ingat-ingat lupa. Tapi aku usaha jugak nak perah selagi mampu otak ni.
WELCOME TO PASAR BARU! =)
Tapi apa yang pastinya, hari ke 3 kitorang
shopping kat Pasar Baru. Lama dah mengidam nak datang shopping sini.
Aku rasa majoriti orang Malaysia yang datang sini
mesti akan singgah dan habiskan duit kat sini. So far agak murah lah berbanding
kat Malaysia. Syurga bagi kaum Hawa pastinya. Kalau kaum Adam tu, datang tengok
je. Tak pun datang teman para isteri tercinta yang pasti rakus berbelanja. hee.
Berlantai-lantai sebenarnya Pasar Baru ni. Nak
diikutkan kalau pusing sehari memang tak cukup. Plus dengan duit yang tak cukup
jugak, memang sakit otak!
Bila sampai sini, kami disediakan pembantu
dalam Pasar Baru ni. Pak supir tu yang suruh kawan dia tunjukkan jalan mana
tempat yang barang kita nak beli. Agak rasa kurang best lah, sebabnya memang
nak spend satu hari kat sini. Tapi bila semua benda yang kita nak beli, ada
orang tunjukkan tempat. Maka secara tak langsungnya tak dapat nak explore semua
tempat.
Penat lah aku study setiap lantai jual apa
bagai. Last-last tak guna pun. Sabor jelah. Kalau lah lepas ni aku dapat pergi
lagi, aku nak survive sendiri je.
Meh aku bagi tips sikit apa yang dijual untuk setiap lantai supaya senang sikit korang nak datang shopping kat sini.
- Lantai dasar 2 - Kain batik & pelekat, telekung
- Lantai dasar 1- Kain batik & pelekat, telekung
- Lantai 1 - Telekung, kain ela, blouse
- Lantai 2 - Telekung, kain ela, blouse
- Lantai 3 - Blouse, kain ela, pakaian kanak-kanak, tempah baju
- Lantai 4 - Blouse, kain ela, pakaian kanak-kanak, tempah baju
- Lantai 5 - Beg tangan
- Lantai 6 - Medan selera & beg tangan
- Lantai 7 - Surau
Aku ada makan ikan gurame kat medan selera dia! Fuh sedap GILA. Sampai sekarang ni terasa-rasa manis ikan tu. Korang datang sini jangan lupa singgah food court dia. Banyak pilihan makanan yang macam-macam. Siap dengan air pelangi dia yang sedappp juga! Nanti i buat entry pasal makan-makan dia. Nyumss!
Ha then barang apa yang murah kat sini?
Of course
lah kain pasang, kain sulam, kain cotton, kain batik, telekung dan lain-lain.
Contohnya, kain sulam tu kat sana IDR 100K. Dalam RM33 camtu, plus telekung
yang kat sini mungkin RM180 boleh dapat RM80 ke RM90. Then kalau nak beli
t-shirt ole-ole untuk kengkawan, boleh lah dapat 5 pasang IDR100K. Tapi yang
aku beli tempoh hari free size, so abang-abang ipar aku semangat badannya.
Makan tak muat tang lengan. Jadi aku nasihatkan, kalau nak beli, pilih yang ada
size L , XL or XXL. Sebab size baju kat sini agak kecik.
tak terpilih-pilih! Tapi sebenarnya antara kedai lain tak jauh beza pun.
Kain cotton pun murah dan cantik! 4 meter dalam IDR100k jugak. Kalau lah korang
pernah tengok, jual kat sini yang belum jahit tu dalam RM120 4 meter kan? So
kat sana beli lah. Aku rugi tak beli! Nyesal rasanyaaaa. Aku belikan orang yang kirim je. Huwaaa.
.rambang bijik mata.
Lagi?
Kot la kalau nak beli telekung untuk
family perempuan, tak pun kawan-kawan opis. Boleh la belikan telekung travel
yang nipis tu. Yang berwarna-warni. Itu aku beli untuk adik beradik aku yang
pompuan 8 orang, plus anak buah aku then aku. So aku total beli 12. Jatuh harga
satu Dalam RM7 lebih. Sebabnya kawan aku
yang kirim telekung travel ni, dia kata dulu dia pernah beli kat kakak senior
baru Balik Bandung dia jual sampai RM38! Fuh. Jadi jutawan segera terus.
Aku habis dekat Pasar Baru ni 4 juta IDR. Tapi
2 juta tu semuanya barang orang kirim! Lepas ni tak mau dah orang kirim-kirim.
Plus belikan ole-ole untuk semua orang. Sebab nya untuk aku tak ada! Ciss.
Keciwa tak sudah-sudah. Tapi kira okelah, family aku kalau dorang holiday pun
aku dapat je macam-macam. Hee.
Tak baik tau berkira-kira. Tuhan tak sayang.
=)
Lepas dah habis beli barang semua, abang yang
tolong kitorang tu angkatkan semua barang masuk dalam kereta. Selesai! Jadi orang besar kejap kat sana. Lepas tu balik Malaysia jadik kecik balik. Dengan poket pun kecik! tehehe.
SETERUSNYA...
Kawan aku si Ira ni memang nak dalam
perancangan nak kahwin, so dia ajak pak
supir pergi melawat rumah-rumah kad kahwin. Cantiks-cantiks belaka! Memang
murah sebenarnya, yang kira dah grand kat sana dapat dalam RM1. Tapi tak beli,
just survey. Nak datang lagi katanya.
Masa ada lagi ni, so dibawak lah kami ke jalan
Cihampelas. Alamak, memang murah lah t-shirt dia dekat sini. Tapi sebab duit
dah habiskan kat pasar baru. Maka menganga dalam emosi yang tak stabil. Hehe.
Just pusing-pusing lepak-lepak.
Jugak ke Toko Tiga tengok Jeans. Hmm. Aku tak
terel lah nak tengok jeans ni. Tapi macam mahal jugak? Tapi kenapa ada ramai je
rakyat jelata Malayia shopping di sini!
Moral value dia, harus datang sini bawak uwang
yang banyak. Agar anda tiada tekanan emosi kepada yang kaki soping macam saya.
Sekian terima kasih.
p/s : Perasan tak tak ada muka aku langsung? Kan? Memang tak ambik gambar langsung. Lupa daratan kejap, bila dah dapat shopping apa pun tak ingat. So tak ada lah gambar kenang-kenangan aku kat sini. Sobs.
Tapi nantikan entry ke Trans Studio! Tu memang banyak giler gambar.
Ikhlas,
Anita.
Comments
menantikan entry seterusnya dari nita.
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Nb:yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon banyak,tp yg terbaek tetap HAYUKKA BANDOENG .. jom jom gi bandung murah jer !!!