Posts

Showing posts from December, 2011

Makan-makan bersama sahabat.

Image
Assalamualaikum. Malam tadi aku keluar makan dengan kekasih-kekasih hati yang tersayang. Dayah dan Effa. Dah berbulan plan sebenarnya, tapi asyik tak menjadi saja. Maka malam tadi berdeting lah kami bertiga. Tapi picca yang ada hanya aku dengan effa sahaja waktu makan tu. hihi. Si Dayah hanya menjadi jurugambar yang tak di iktiraf. yang kanan itu housmate tersayangku.Effa. tak single. :D .ini Dayah.curik picca di FB beliau. Single tau! :) Makan ikan besar lagi sedap malam tadi. Tomyam dia pun super power, sayur dia pun rasa fresh and green! Yerp. Sedap barangkali aku ni jenis makhluk pemakan. Semua makanan pun aku kata sedap. Memang tak rugi kalau ada yang nak belanja aku makan. So? paham tak maksud aku? Jumpa-jumpa before aku resign next week sebenarnya. Dont worry lah kalian, InsyaAllah walaupun kita sedikit jauh selepas ini, aku takkan lupa dekat korang. ***

Wordless Friday.

Image
Assalamualaikum. Much Love :)

Hari Keluarga Generasi Embah Gedi & Embah Cilik 2011

Image
Assalamualaikum. 25 December 2011 hari tu, alkisahnya family sebelah mak ada buat 'Hari Keluarga' yang sangat lah meriah and the best. Hari keluarga ni kiranya akan jadi aktiviti wajib setiap tahun ikut giliran pangkat dari Pakcik yang sulung seterusnya yang bongsu. Tahun lepas buat kat Pahang. Aku tak update kat belog rasanya. Tahun ni buat kat DE RIMBUN INN Sekincan, Selangor. Turn family aku dalam 2 ke 3 tahun lagi InsyaAllah. Aku sebenarnya dah berjuta kali lalu kawasan Sekincan ni, tapi enggak pernah tau ada kawasan rehat secantik ini. Sedih seungguh. Meh aku nak perkenalkan tempat ni kat korang. So far, kawasan dia sangat damai and tenang. Sebab dekat dengan kawasan pantai. Cumanya banyak nyamuk tu usah dikata lah. .kawasan makan dia. (5 bintang) .pintu masuk dan ofis. (4 bintang) .bilik tidur vip. (3 bintang sebab tak ada aircond) . .bilik tidur ala-ala hostel. (2 bintang sebab kurang selesa then kongsi wash room) .side view yang dalam parit banyak ikan. (3 bintang sete

Siapa pernah buat 9 benda ni masa kecik ATAU sekarang?

Image
Assalamualaikum. .senyum di pagi hari. kredit . Jom imbau kenangan-kenangan lalu yang kita pernah buat. Dan aku rasa, semua ni aku pernah zaman dulu-dulu. Korang ada buat tak macam yang di bawah ini : 1. Naik kereta,tengok bulan & ingat bulan ikut kita. 2. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle',rasa hebat. 3. Masa sekolah, ada orang bagi susu free,lepas ambil sekali,menyamar jadi orang lain,beratur ambil air lagi. 4. Lukis burung guna huruf 'm'. :) 5. Masuk ke dalam bilik, lupa ape yang nak dibuat, keluar semula, baru ingat semula. 6. Masa kecil, lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit. 7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni-; ♥ 8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati. 9. Cuba 'balance'kan suis lampau antara ON dan OFF *Tersengih-sengih aku baca benda alah semua ni yang memang betul! ***

Wordless Wednesday

Image
Assalamualaikum. Ini cerita beberapa bulan yang lepas sebenarnya aku bersama sahabat baikku Fazila di ladang ayah beliau. Dapat banyak sayur free! Jangan jeles ye. Meh layan picca ni, then biar picca-picca ini bercerita sendiri. :D .the gadis kangkung. .the gadis. .the sayur. .the red melon. (sekarang buah ni dah masak) Sekian itu saja. Nak ikutkan banyak lagi picca. Tapi entah kenapa camera aku macam ada virus. Gambar boleh hilang sendiri. huwaa. Kenapa eh?

Merajuk

Image
Assalamualaikum. Aku merajuk sebenarnya. Merajuk dengan kalian keluargaku yang tercinta. Tapi aku coretkan di sini? Ah sungguh tidak punya rasa malu barangkali begitulah kalian mengata aku. Sungguh hidup ini umpama tiada rahsia. Semua keluhan jiwa dan rasa perlu di kongsi bersama di sini. Seolah mahukan satu dunia mengetahui apa yang tersirat di hati. sumber Ya. Terasa hati kerna kalian meninggalkan aku. Terasa hati kerna aku dipinggirkan dengan majlis kalian yang meriah itu. Jauh sangat kah aku ni? Di kota London barangkali kalian beranggapan aku berada. Kadang tersedar. Aku tiada wang yang berjuta untuk hidup bersenang lenang. Tiada kerja yang menjamin masa depan untuk peroleh bonus yang menggembirakan. Sangat jauh berbeza dengan kalian. Semakin aku ingin pergi jauh meninggalkan kalian. Tiada apa yang membahagiakan. Semuanya menyesakkan fikiran. (ayat tak boleh belah) *** HAHA. Gelak besar kerana aku terasa hati dengan perkara entah pape semalam. :P Sebenarnya dorang pergi makan-maka

Satu Malam Kubur Berasap

Image
Assalamualaikum. "Indah khabar dari rupa" Ha, itulah dia yang boleh aku simpul kasih kan tentang cerita yang macam besh gila. Tapi yang best tu, cuma part yang ada kat iklan tu aje. Macam biasa bintang yang aku nak bagi ialah 2 dari 5 bintang. Kawan aku nak bagi 1 bintang je. Hentam lah labu. Logik tak logik lah, tiap malam nak korek kubur. Tak boleh korek siang-siang ke? Dahtu korek sorang-sorang. Dah namanya cerita nak lawak, tapi tak menjadi sangat lah lawaknya. Aiseymaann. T_T Tapi aku ada gelak-gelak lah jugak. Then aku suka lah dengan hantu pompuan yang kat bawah ni. Entah sapa tah nama dia. Tapi aku suka sebab dia cantik. Cuma dalam tu dia cekci sikit masa part mandi malam-malam tuh. Jugak apa yang selalu aku cakapkan, korang tengoklah. Sokong industri tempatan! Lain orang kan lain pendapat. Kot korang tengok, tapi korang cakap best gila. :)

Tazkirah Jumaat :)

Image
Assalamualaikum dan salam Hari Jumaat. Memulakan hari dengan memuhasabah diri ya kawan-kawan. Mengingati mati itu wajib hukumnya. :) Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- "Iaitu... hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab: "Ya uaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:- 1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga. 2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang ya

Kes kematian yang ditikam sebanyak 35 kali :(

Image
Assalamualaikum... Alfatihah - kredit Permulaan cerita: Petang semalam aku pergi pasar malam dengan kawan serumah aku dengan naik motor yang perlahan-lahan. Ambik angin petang lah katakan. Then masa lalu kat satu rumah ni ramainya orang petang tu. Maka bersembang-sembang lah kami, "Eh bukan kenduri ni, ni ada kematian ni." Dan kawan aku tu pun berteka-teki siapalah orang kampung beliau yang meninggal dunia. Orang yang sudah uzur barangkali. Aku pun mengiyakan sahaja. Then balik dari pasar jam 6.15 petang lebih kurang, betul-betul van jenazah baru sampai hantar mayat. Nampak lah jenazah yang diangkat dari jalan tu. Jadi aku menjangkakan, mayat yang baru tiba dari hospital. Then mayat tu meninggal kat hospital. Masa tu aku cuma baca-baca apa yang patut je dalam hati sambil makan-makan atas motor tu. (bad habit suka makan atas motor) Sampai ke rumah langsung dah tak pikir pasal mayat tu. Bila malam tengok berita, ada bagitau pasal mangsa kena tikam berbanyak kali dan meninggal

Sangat Menggemparkan! :(

Image
Assalamualaikum. Dah lama sangat aku tak baca berita online pagi-pagi hari, then pagi ni terbw belog Mazidul. Then aku terjumpa entry INI . Dan lebih mengejutkan dengan paparan cerita dan video di sebalik cerita dalam belog tu. (pesanan: benar-benar 18SX!!!) Dan serius menyesal aku klik dalam opis ni sebab ada supervisor aku belakang aku. Then dia nampak apa yang aku klik tu. Aku tak sangka pun belog tu camtu. Uwaaaa T_T Mesti orang dalam opis ni dah salah anggap kat aku. :( ***Dan sekali lagi aku rasa macam malu dengan bangsa sendiri. Ya Allah, semoga mereka di berikan petunjuk dan hidayah Mu.

Wordless Wednesday.

Image
Assalamualaikum. WW kembali & pesanan ikhlas dari Nita ialah janganlah anda menjadi 'pepatah' seperti gambar yang di bawah ini. Tak bagus dan sifat yang tidak digemari orang ramai. Sekian salam hari Rebo. *Rebo dalam bahasa Melayu ialah Rabu. Rebo is dalam bahasa Jawa. :)

Jawatan Kosong Segera

Image
JAWATAN KOSONG bagi yg berminat..sila2 :) KELAYAKAN : 1. SPM / SPMV / STAM atau 2. DIPLOMA DALAM APA-APA LAPANGAN (LEBIH BERPELUANG) KELEBIHAN : 1. Kerja di bawah kerajaan 2. Gaji pokok : RM1800 3. Elaun bulanan (Cola) : RM300 4. Elaun penginapan RM300 5. Uniform: RM450 6. Dobi RM200 7. Percuma kursus mempertahankan diri 8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas. Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 10 DISEMBER 2011 di Jabatan Pertahanan Awam. Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan. JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN : LAMPIRAN SILA KE BAWAH. Jawatan: 1. Power Rangers 2. Kamen Riders 3. Ultraman 4. Sailormoon (wanita shj) 5. SURIA PERKASA HITAM (Cawangan Jepun) Sesiapa berminat sila emel saya. HAHA P/S semalam aku baca lah benda ala

Cerita Ahad yang terakhir

Image
Assalamualaikum. *diingatkan, entry ini entry terpanjang di sepanjang abad ni. Sekiranya tidak mampu membaca sehingga habis, sila beredar untuk membaca entry ini* :) Oke. Ini the last chapter aku rasa cerita about my ex-cinta. Aku akan nekad untuk tidak bercerita lagi pasal perasaan yang aku sendiri dah penat dan sakit otak. Korang pun sakit jiwa nak bacanya. Aku perlu move and move. Bangun tidur dengan semangat baru. Tapi macam no point lah aku cakap ni. Tapi tak jugak move! Dipendekkan cerita, setelah sekian lama aku mengajak encik Ex-Cinta keluar (berbulan hampir makan tahun lamanya) semalam dia seperti oke. Mungkin jugak dia nak keluar sebab aku cakap, aku akan pindah dari sini, then takkan ganggu dia lagi lepas ni, akan duduk jauh dari dia semua. Makanya aku dpat green light! Yeaaay akhirnya jumpa. ;) Walaupun dapat green light, tapi bukan semudah itu tau. Berjanji dalam pukul 3 petang, then postpond ke pukul 4, then pukul 5 pulak. Wah, kesabaran aku teruji masa tu. Tapi aku tetap

Mission Impossible 4 - Ghost Protocol BEST!

Image
Assalamualaikum. Semalan aku pergi menonton wayang lagi! Yehuu. Dalam mode sedang membankrapkan diri nih. Dah tau nak pindah rumah then berhenti kerja bagai, aku sibuk nak bersuka-sukaan pulak. Memang cari pasal. Oke abaikan. Pergilah aku dengan jayanya bersama ex-encik Cinta! Haaa??? Pasal apa pulak lah kan keluar dengan mamat tu. Jangan terkejut lah ye. Nanti-nanti jap lagi aku buat entry yang bertajuk “Ahad yang terakhir”. Tu maybe the last chapter sedih-sedih tentang ex-cinta nih. Berbalik dengan cerita ni tadi: Aku tak tau nak tengok cerita apa sebenarnya, dan tak sengaja sebenarnya tertengok cerita ni. Aku main bedal je pilih. Tapi nasib baik BEST! Tom Cruise tu walaupun dah tua-tua tapi hensem bergaya you. Aku memang suka. Starting dia pun best. So semangat membara lah aku tengoknya. Banyak aksi-aksi yang mendebarkan dan terkejut-kejut gitu. Aku tak reti lah nak review dia camne, tapi aku bagi 4 bintang dari 5 bintang! Jum-jum tengok. Really recommended! :)