Posts

Showing posts from April, 2015

Pelaburan Emas?

Image
Assalamualaikum.     * ENTRI INI KHAS UNTUK SEMUA SAHABAT-SAHABAT TERSAYANG       Pelaburan emas? *terus rambang mata*   Orang perempuan mana yang tak suka EMAS?   Meh aku sekeh laju-laju. Majoriti memang akan suka. Termasuk aku. Tapi sebenarnya ada jugak jenis perempuan yang tak suka. Abaikan. Sebab aku focus pada yang suka.   Alkisahnya,   Pernah dengar tak pelaburan emas?   kredit : google   Contohnya, Ali bagi RM10 ribu pada Abu. Duit tu nanti AKAN ditukarkan kepada gold bar mengikut nilai yang dijanjikan. Lepas tu ada perjanjian, setiap bulan akan dapat RM2000 dalam tempoh masa setahun. Habis setahun akan dapat untung, dalam masa yang sama jugak dapat gold bar. Maka KONONNYA akan memperoleh keuntungan berserta emas tu tadi.   SENANG CAMNI KE NAK DAPAT DUIT? Senang macam ni je ke melabur? Macam tu baik tak payah kerja kan? Kerja je setahun, kumpul duit terus buat pelaburan sampai...

TIKET KENAPA MAHAL SANGAT

Assalamualaikum. Aku dapat merasakan lately, pabila GST sudah dijalankan secara rasmi. Tiket flight mak ai, mahal gila. Aku rasa dia dah letak siap-siap 6% kat harga tiket tu awal-awal. Kalau korang rasa tak percaya boleh cek. Nampak sangat ketara harga. Ke sebab aku memang tak ada duit sekarang ni, tu yang rasa tetiba mahal sangat. *geleng kepala* Dapat je gaji, terus beli tiket. Simpan-simpan duit, tapi akhirnya terbang bayar duit tiket saja. Kalaulah boleh balik kampong naik kereta. Ikhlas, Anita.

Maaf | Kisah Entry Bandung

Assalamualaikum. Okeh nak minta maaf sangat-sangat! Lama dah nak cakap sebenarnya, tapi asyik menangguh je. Kesian pada blogger dan kawan-kawan lain yang cari info tentang percutian Bandung. Entri lama sangat dah tu masa zaman aku bercuti tahun 2013 haritu.   Ada aku bagi TIPS PERCUTIAN KE BANDUNG ! Ramai jugak yang mintak tentative & jadual pertukaran duit sehingga kini. Mintak aku email semua tu.   MAAF sangat-sangat sebab aku tak mampu nak bagi. Sebabnya aku sendiri tak tahu mana aku simpan benda alah tu. Aku rasa semua tu dah hilang di tinggal zaman! Lagi-lagi laptop aku pun dah jahanam dek jatuh meja tempoh hari. *sedih*   MAAAF SEKALI LAGI.   Alkisahnya,   Pabila laptop kesayangan jatuh gedebuk dari meja. Kalau laptop jatuh, ko rasa percent selamat dia macam mana? Lainlah kalau henpon 3310. Haish. Tak apa, jangan dikenang kisah lama.   Itu sahaja, oleh yang demikian aku menegaskan bahawa, aku tak mampu nak email ...

Apa khabar kalian?

Assalamualaikum. Tajuk kat atas tu kliser gila.   Apatah lagi bila belog ni dah lama bersarang. Malas dah nak bagi alasan mengapa dan kenapa tak update belog. Sebab mencari alasan tu semua orang terel. Kan? *senyum senget*   Tetapi bagaimana cara untuk kita menyelesaikan sesuatu tanpa alasan? Wah gitu. Sebab aku selalu cakap camtu dengan student bila mereka tak siap kerja atau latihan yang aku bagi.   " Saya tak nak dengar alasan kenapa dan mengapa kerja awak tak siap. Saya nak awak fikirkan apa pun cara, latihan yang saya bagi ni ada di meja saya petang ini."   Nampak garang tak aku di situ? Ehem.   Maka cara untuk menyelesaikan masalah dan tidak menjadikan belog ini berhabuk. Mari kita update belog selalu!   Terus pasang alarm kat HP, jam 9.30 malam untuk update belog! *GELAK JAHAT* (Ini kisah benar-benar belaka)   Sadis gile sampai update belog pun ada alarm.   Balik pada permulaan tajuk di atas. Apa khabar ka...