Pelaburan Emas?

Assalamualaikum.
 
 
* ENTRI INI KHAS UNTUK SEMUA SAHABAT-SAHABAT TERSAYANG
 
 
 
Pelaburan emas? *terus rambang mata*
 
Orang perempuan mana yang tak suka EMAS?
 
Meh aku sekeh laju-laju. Majoriti memang akan suka. Termasuk aku. Tapi sebenarnya ada jugak jenis perempuan yang tak suka. Abaikan. Sebab aku focus pada yang suka.
 
Alkisahnya,
 
Pernah dengar tak pelaburan emas?
 
kredit : google
 
Contohnya, Ali bagi RM10 ribu pada Abu. Duit tu nanti AKAN ditukarkan kepada gold bar mengikut nilai yang dijanjikan. Lepas tu ada perjanjian, setiap bulan akan dapat RM2000 dalam tempoh masa setahun. Habis setahun akan dapat untung, dalam masa yang sama jugak dapat gold bar. Maka KONONNYA akan memperoleh keuntungan berserta emas tu tadi.
 
SENANG CAMNI KE NAK DAPAT DUIT? Senang macam ni je ke melabur? Macam tu baik tak payah kerja kan? Kerja je setahun, kumpul duit terus buat pelaburan sampai mati.
 
Perasaan nak marah je sekarang ni. Sebab benda ni berlaku depan mata aku sendiri. Buat kalian yang teringin nak mencuba, sila LUPAKAN!!!

Masa memula je dorang akan bemulut manis kata itu ini. Tapi baru sebulan dua bisnes dah kelaut. Duit kemana, emas entah kemana. Bila ditanya, mana untung? Alasan sejuta satu! Ayah sakit lah, lepas tu ayah meninggal. Okey fine. Lepas tu diri sendiri sakit. Lepas tu bank Negara dah block bisnes katanya.

Lepas tangan camtu je? Customer tarkapai-kapai menangis syahdu. Siapa nak peduli?

Hmm. Jangan sesekali ambik risiko pada keuntungan yang tinggi! Peringatan untuk diri aku sendiri. *nangis sambil lap mata*

Bukan lah kisah aku pun, tetapi pada insan yang sangat aku kenal! Walaupun yang ajak bisnes emas ni kawan baik kau sendiri.


LUPAKAN!

LUPAKAN!

ABAIKAN!

JANGAN LAYAN!

JANGAN LAYAN!


Ikhlas,
Anita yang marah. 
 
 
 

Comments

Unknown said…
Yup.itu hakikat.. yg dikenali msk tv pun skg dh trlingkup. Jd jgn sesekali nk melabur dgn amaun tggi.

Lbh baik beli brg kemas, ad brg pd kt, kt jual sndiri =)

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Cik Anita songeh giveaway...