Posts

Showing posts from June, 2014

Menu berbuka hari 1 & 2

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, tahun ni aku diberi rasa untuk masak juadah berbuka.  Sama jugak macam tahun lepas, cuma beza tahun ni, aku sangat jauh di perantauan! Tunggu nak raya nanti baru balik. Sedihnya... Abaikan, jum tengok apa menu berbuka aku selama dua hari ni... Hari 1 = Bayar tumis + asam pedas ikan + sambal kuini Hari 2 = Roti jala + kari ayam + sayur campur Alhamdulillah.  Makan kenyang terus bersandar. HEHE. Sangat tak bagus!

Salam Ramadan

Selamat berpuasa semua. Alhamdulillah, masuk hari ke dua. Berpuasa kali pertama sangat jauh di rantau. Tapi rasa ada manisnya. Juadah buka aku masak je.

Kerjaya diuji

Hari ini. Sedikit di duga. Aku terdiam seketika. Pabila si pelajar melakar cerita. Pabila si ibu menangis duka lara. Apalah yang aku mampu lakukan... Aku terpejam. Sekiranya beliau ibuku. Kecewa hati pabila anak begini. Aku perlu lebih  matang barangkali dalam kerjaya baru ini. gadis biasa, Anita.

Nak tengok gambar Cik Anita tunang tak?

Image
Assalamualaikum. Okey dah 19 hari aku menjadi tunangan orang! Ehem. Baru berhari jagung. Tahniah untuk aku. Kenapa aku lambat share gambar dan cerita? Sebab... sebab sebenarnya aku menantikan gambar from cameraman waktu majlis aku tempoh hari. Tapi sampai sekarang tak dapat pun lagi. Lambat... So tak apalah, aku guna gambar apa yang ada je. Gambar dari family dan kawan-kawan yang datang. Dekat hp aku memang tak ada pun, tak sempat pun nak ambik. Mana mungkin nak ambik, kan aku busy masa tu. Alhamdulillah. Berseri-seri tak muka daku? Puji diri sendiri... HAHA  Siap nak outdoor bagai. Masa outdoor pun ada cerita.  Plus nak ada intebiu bagai. Ni pun ada cerita tambahan. Gambar nie ekceli dah aku share dekat FB dan Insta. Sangat meriah okey majlis tunang aku. Macam dah kenduri sanding gayanya. Hadoi la. Ramai yang terkejut meriah begitu. Banyak benda nak di kongsi. Macam-macam ada.  Sebenarnya nak tema ungu... Tapi tetiba jadi tema ...

Tak ada tajuk...

Image
Assalamualaikum. Tak ada tajuk? Sebab... aku rasa benda ni remeh temeh je. Tapi aku layankan je. Malas nak fikir, tapi kena fikir. Aku sedang rasa tak selesa. Sebab... Ada seseorang yang aku anggap as a 'kawan' dekat sini seolah-olah mendekati aku. Aku ni perasan ke apa? Entah. Tapi, itu je lah yang aku nak cakap. Sebab beliau jugak cikgu baru dekat sini, tapi dia bagi hint sentiasa untuk dekat dengan aku. Siap cerita dengan kawan-kawan aku yang dia suka kawan dengan aku.  Hmm. Tak sedap la aku rasa. Apatah lagi status aku dah berubah sekarang ni. Kebetulan, dia bukan berbangsa Melayu dan Islam. Dia beragama lain. Tapi so far dia sangat baik dan banyak berkongsi cerita dekat aku. Aku bukan melayan pun, cuma maybe kekadang aku ni peramah sangat lah kot. Lagi satu, sebab sesama batch masuk kerja sama. So friendly tu datang automatik. Aku tak ada niat nak mainkan hati sesiapa. Kadang...dekat dalam bilik guru tu, walaupun dia department lain. Dia akan...

Save the date - 01 June 2014

Assalamualaikum. Ini entry auto publish. Saja jeee entry gedik. Nak tempek cerita bahawa tarikh ini 01 JUNE 2014 . Aku sudah menjadi tunangan kepad Mr.N. Alhamdulillah. Itu je nak bagitauuu. Doakan kebahagiaan aku InshaAllah. Agar perancangan seterusnya berjalan dengan lancar dan diberkati.  Gambar akan update bila aku dah balik sini. =) Ikhlas, Anita.