Posts

Showing posts from April, 2012

Perihal Politik

Assalamualaikum. Sorry to say, aku sangat lah tidak berminat  nak join cerita kalau dah melibatkan politik. Lagi-lagi bertentangan dengan apa yang sangat tak relevan. Tapi masalahnya, mana satu yang releven? Korang tau? Kalau tau tu kononnya ada yang berhimpun bagai. Apa dapat?  Jawapan dia aku rasa dapat PUAS HATI. Tapi puas hati ke? Sampaikan ada sorang kawan aku ni, siap call and text aku untuk menerangkan betapa gahnya dia join benda tu tempoh hari. Panjang berjela mesej dia. Tapi yang aku balas cuma "lantak korang lah. Aku tak ambik port.." Terus senyap kawan tu. Eh macam emo tak entry ni? hee :P Ikhlas Anita.

I love teaching! :)

Image
Assalamualaikum dan selamat hari Isnin. Hari isnin yang selalu blues pada mereka-mereka yang bekerja! Tapi aku enggak blues mana pun. Cumanya sampai opis je pagi tadi, duduk-duduk sembang je terus bincang perihal dan kerenah student. Macam-macam gelagat lah hai. Apatah lagi mengajar orang luar. Yang sangatlah berbeza bahasa, budaya dan cara. Fuhhh. Kalian tahu kan? daku mengajar foreigner. Mengajar mereka dalam kalangan orang-orang Nigeria. Tahap pendidikan dorang berbeza. Sangat berbeza! Umur apatah lagi. Aku ni muda belia, tapi mereka tu berumur-umur belaka. Dugaan. Paham tak dugaan tu cemana? kredit here So nak tak nak, kami terus lah cakap "I LOVE TEACHING' berulang kali. Sampai lah ke petang ni dalam kepala otak aku terus sebut benda yang sama. Kelas pagi tadi so aku enjoykan sajaaaa walaupun yang datang cuma beberapa ketul saja. Sabor jelah. Sekali lagi aku nak cakap! ''i love teaching"... :) Ikhlas, Anita.

Notes For Myself

Image
Assalamualaikum... p/s : InsyaAllah... Ikhlas, Anita.

Mr. N kini di hati. InsyaAllah :)

Image
Assalamualaikum. Aku nak berkongsi sesuatu pada kalian. Bahawa hati ini telah dicurik oleh Mr. N yang merupakan sahabat aku sebelum ini. Wah. Serius hati aku sangat berbunga-bunga sekarang. Tak boleh belah kan ayat aku. Masa sedih, sedih lah sangat. Sekarang ni tengah gumbira, maka gumbira sangat lah aku. Harap kegembiraan ini kekal ke akhir hayat, InsyaAllah. Tapi camne pun, nak sedapkan hati. Bahawa masalah itu akan ada, dan aku perlu lebih matang selepas ini untuk menyelesaikan masalah based on pengalaman. Bertolak ansur dan saling percaya itu penting! (peringatan pada diri sendiri) Mr. N kini di hati Tapi tulah, kita harus percaya pada pepatah. Patah tumbuh hilang berganti. Dulu aku tak nak percaya sangat dengan pepatah gini. Sebab konon sampai ke sudah lah aku takkan lupa si dia ex- encik cinta. Cinta sampai ke mati konon. Cis. Memang entah hape-hape aku ni. Maka, aku sangat bersyukur padamu Ya Allah kerna telah memberikan aku pengganti dan terus bernafas untuk mera

Wordless Wednesday...

Image
Assalamualaikum. tehehe =)  Ikhlas, Anita.

Cerita hujung Minggu

Assalamualaikum. Sebelum masuk cerita pasal 'Save The Day' tu, aku nak share hari minggu aku yang a bit wrost. Serius wrost sebab aku dikawal seolah-olah aku cam tak tau pape. Sedih plus kelakar lah jugak aku rasa. Nak dipendekkan cerita, hujung minggu yang lepas aku berehat dan berjalan-jalan di Pahang sebab ada kenduri cukur jambul. Pahang ni rumah housemate aku. Serius aku memang malas nak join, lagi-lagi nak kena tidur rumah orang berhari-hari. Malas lah hai, aku ni kepala otak pikir nak bangun tidur lambat-lambat. Nak bermalas-malasan kat rumah. Seterusnya... Masa kakak rumah aku ni ajak tu, dia mengajak dengan semangat wajanya. 3 minggu sebelum kenduri dah beriya mengajak. Siap bagitau niat mak yang suruh. Jawapan aku hanyalah, oke tengoklah nanti kalau free. Then last-last tu, kakak tu still tanya lagi dengan harapan yang menggunung. Fuhh... siap hari Jumaat suruh aku ambik MC! Sebab akak tu dah cuti nak balik kampung awal. Tapi memang tak lah, mana boleh ses

Save the Day!

Assalamualaikum. Save the Day plus save the Date! Alhamdulillah :) 23 April 2012 Ehem. Paham tak agak-agak? Mengharapkan yang terbaik walaupun sukar untuk kita menggapainya. Doakan yang terbaik atas pilihan ini. InsyaAllah.Cerita isi penting akan menyusul kemudia. hee Ikhlas,  Anita.

The BB yang menjadi idaman hati!

Image
Assalamualaikum... Pepagi hari status di fb yang berbunyi " Because i smile is you... " ehem. Pasal apa pulak lah cik Nita ni kan? oke abaikan dulu. Sebab memang ada cerita dia. Cuma tak tercakap dan mungkin tak sesuai nak cerita awal-awal ni. Dah sampainya masanya nanti adalah. hee Cuma sekarang ni aku dalam mood meroyan nak BB! Serius aku nak. So ini target barang yang aku beli untuk tahun ni before kereta next year. Kereta apa aku nak beli? Ha tu nanti aku cerita yer. Berangan macam-macam aku nih. Aku pun tak tau kenapa aku pilih BB dan bukan i-phone dan sama waktu dengannya. Hp bb yang seperti di bawah ini. Alaaaa, aku sangat suka! Tapi the problem is, aku tak tau langsung camne nak bezakan yang bb curve, bold and tourch ke apa entah tu. huh. Boleh tolong bagitau enggak, camne nak pilih yang the best dan nak bezakan semua tu. Jasa anda semua amat dihargai. Kalau boleh suggest mana yang the best okey. Jugak janganlah yang memahal sangat. I tak mampu youu.. Ikhlas,

Wordless Wednesday

Image
Assalamualaikum. =) Aku rasa kereta baru ini sangat cantiks. Macam ala-ala honda city ke apa ni. Kan? Apakah warna kegemaran anda? Aku pilih putih! hee kredit: here

Kari idaman hati!

Image
Assalamualaikum. Oke last week aku pulang ke kampung halaman tercinta. Fuh. Penat gila-gila punya trip balik kampung minggu ni. Gerak dari Batu Caves hari Sabtu dalam 4.45 pagi, then sampai Shah Alam dalam pukul 5.35 pagi. Seterusnya adik aku balik kerja sesubuh hari tu, maka terus kami pulang ke kampung dengan selamat sampai jam 8.30 pagi. Alhamdulillah. Abaikan cerita tu. Yang aku nak cerita is tentang 'Kari kepala ikan'. Serius terbaik!!! (sedang dalam mood teringin lagi) Memang berterabur misi diet. muka orang dapat makan kari sampai juling. hee. Kalau korang nak tau, sebenarnya inilah kali pertama dalam hidup aku pergi makan kari ikan kat mapley. Serius aku memang bukan penggemar kari. Lagi-lagi kari mamak bagai. Bukan aku lah kan sebelum ini. Tapi lepas aku makan tempoh hari, aku jadi suke! muehehe. Suka yang sangat suka! Jatuh cinta pun ada nih. muka orang gumbira dapat makan kari. *ammak* So ada mana-mana jejaka mamak nak aku tak? aku dah suka kari mamak ni. So b

Super Spontan!

Image
Assalamualaikum... Siapa tengok cerita 'Super Spontan' ? Tengok? Tahu? Maybe ramai yang tahu kot. Oke. Serius aku memang tak tahu menahu itu cerita apa! Kesian sungguh aku. Tapi aku pergi tengok live last week! Dapat tiket free lah katakan orang bagi. Tetiba nak keluar makan tu, kawan aku tanya. "Nak tak tengok super spontan live kat Finas?" Aku pun, errr oke je jummmm! Berdesup laju dia bawak kereta. Sampai sana dalam kul 9.40 pm tu, dah duduk pun dalam studio. Aku still garu-garu kepala dengan kawan aku tak tau citer apa. Then start show pukul 10 pm tu, keluar lah Adibah Noor as a pengacara dan retis-retis lain. Dan... baru lah aku tau cerita apa! hee. Lawak-lawak. Tapi memang superb! BEST gila. Gelak tak ingat dalam tu. Aku sangat suka kumpulan beruang comel! Maaf ye kumpulan angsa ganas. :P Then... Aku tak tau la muka aku terkeluar dalam tv dengan riang ria nya. Siap ada yang mesej aku tanya eh ko tgk super spontan dengan bla bla bla. So aku balik rumah ten

Aku perlu kembali mencoret.

Image
Assalamualaikum. Fuh.. Aku rasa dah cukup masa nak rehat-rehat dan meninggalkan belog aku ni dah bersawang. Datang nak vakum habuk kejap. Ada tak yang rindu dengan cerita aku yang entah pape? Hokey. Memang tak ada! Letak la sikit muka perasan aku kat bawah ni. Ada banyak sangat cerita yang aku nak share dengan korang sebenarnya. Serius banyak. Cuma tak tau nak cerita dari mana dulu. Tapi apa pun, aku just wanna share hidup aku yang semakin sempurna sekarang. Ehemm. Sempurna camne? oke tunggu the next entry InsyaAllah. Ikhlas, Anita.