Mr. N kini di hati. InsyaAllah :)

Assalamualaikum.

Aku nak berkongsi sesuatu pada kalian. Bahawa hati ini telah dicurik oleh Mr. N yang merupakan sahabat aku sebelum ini. Wah. Serius hati aku sangat berbunga-bunga sekarang. Tak boleh belah kan ayat aku. Masa sedih, sedih lah sangat. Sekarang ni tengah gumbira, maka gumbira sangat lah aku. Harap kegembiraan ini kekal ke akhir hayat, InsyaAllah. Tapi camne pun, nak sedapkan hati. Bahawa masalah itu akan ada, dan aku perlu lebih matang selepas ini untuk menyelesaikan masalah based on pengalaman. Bertolak ansur dan saling percaya itu penting! (peringatan pada diri sendiri)

Mr. N kini di hati

Tapi tulah, kita harus percaya pada pepatah. Patah tumbuh hilang berganti. Dulu aku tak nak percaya sangat dengan pepatah gini. Sebab konon sampai ke sudah lah aku takkan lupa si dia ex- encik cinta. Cinta sampai ke mati konon. Cis. Memang entah hape-hape aku ni.

Maka, aku sangat bersyukur padamu Ya Allah kerna telah memberikan aku pengganti dan terus bernafas untuk merasai perasaan mencintai dan dicintai. Jangan muntah oke. :P Tapi cemana pun, cinta pada Allah itu yang utama dan hakiki.

Sejujurnya, Mr N hanyalah sahabat biasa yang sangat biasa yang aku kenal masa zaman-zaman sekolah. Kenal dari tingkatan 1 lagi. Nak bertegur sapa dan bersembang kencang tu memang langsung tak. Cumanya selepas SPM bila ada berkumpul beramai-ramai masa majlis raya. Barulah ada bertegur sapa. Tapi sekadar teguran yang tidak ada perasaan pun.

Tapi entah kenapa, semenjak aku kerja kat sini. Secara tidak langsung kitorang terkeluar makan sama. Maka bila dah keluar sekali, jadi dua kali, lepas tu tiga kali, empat kali, lima kali, enam kali dan seterusnya hari-hari keluar sama! Fuh. Memang terbaik.

Bila dah keluar sama, itulah kot yang membuahkan bibit perasaan sayang kot. Ecewah. Beliau macam aku jugak sebenarnya, frust menonggeng before this. So bila dah sama-sama luah perasaan, share story sama-sama kecewa. Tu memberikan kitorang keserasian aku rasa. Kelebihan dan kekurangan antara kami yang melengkapkan perasaan tu. Ehemm.

Perasaan itu yang hadir tanpa di duga. :)

Bila aku dah declare malam tu, 23 April 2012 (save the date),  barulah Mr. N mengakui bahawa beliau dah a bit suka aku dari aku zaman sekolah lagi!! Wehhuuu. Sungguh ku tak sangka, cempedak menjadi nangka. Dia jugak tak sangka, bahawa orang yang dia syok sendiri zaman sekolah sekarang ialah makwe beliau. Ewahh. Akulah tu kan. hee

Memula sebenarnya, nak simpan je rahsia ni dari kawan-kawan. Tapi bila fikirkan balik, kenapa perlu sembunyi kan? Tak ada siapa nak marah pun. So dengan terangnya letak status in a relationship with beliau kat FB tu.

This is entry pengakuan berani mati yang akan mengejutkan pihak kawan-kawan baik aku sebenarnya. Apa pun, doakan kebahagiaan aku. InsyaAllah. Cuma kan, aku sedikit kecik hati bila ada  kawan aku yang tau. Mereka terkejut, dan mereka secara tidak sedar telah membanding bezakan aku dengan ex-cinta beliau dulu. Boleh plak kan cakap, "eh, bukan awek Mr. N ni dulu lagi cantik and hot ke?" So???

Wuuu. T_T kecik hati ai tau. Tapi aku fikirkan positif aje dong. Yer, saya memang tidak hot. Tapi saya tetap hot di hati beliau. Ecewaaah. Memang muntah hijau lah sapa-sapa yang baca entry ni! muahaha.

.tentang rasa cinta. Mr. N.

Jugak sebenarnya, malam masa declare tu. Terus discuss pasal kahwin! Tak memasal engkau. Gatal tak kitorang? haha. Bukanlah bincang secara sangat serius. Tapi melangkah ke arah itu. Bercinta sebolehnya taknak lah buang masa. Tapi itulah hakikatnya. Takut lah cinta lama-lama. So kitorang plan dalam masa setahun ke dua tahun sahaja. InsyaAllah. Kami hanya merancang, tapi Allah yang menentukan.

p/s: rambut Mr. N yang agak panjang itu akan memberikan a bit problem lah aku rasa pada emak aku. haha. Aduhai. camno ni nak bawak pergi jumpa emak mertua ni...

Ikhlas,
Anita.


Comments

wah,tahniah dear!! akhirnya.. cpt2 bw jumpa tu..

hiihi,rmbut bisa diurus kan..lalalal..
moga yui dapt kad kahwen lbh cpt dr nita..ihihi..amiinn.
Cik Da said…
waaaa tahniah dah ada penganti handsome lak 2....ikikikik...kak dulu pon bf rambut panjang n rocker kapak lah katakan....tapi my mom leh terima tapi hakikatnya kami dulu x da jodoh...so jodoh dengan org lain...cuba try bawa dulu...x kan mak mertua nak suruh potong time 2 jugak kan...selamt mencuba...
Misz Marina said…
u r beautiful as u r... beruntung dia dpt awak, bukan awk je yg beruntung dpt dia.. ingat tu cik nita oi. :) ♥
Wan Norhana said…
moga adik kekal bahagia...insya Allah..
cik dila said…
ewah33..hahahaha


dah dengar bunyi kompang....:DD
rupa paras tak penting bila hati bersatu..:)

semoga jodoh kuat,cepat naik pelamin! :)
Myra Arshad said…
waaaa. kakakku sudah ada pengganti. cepat kawen kak, bole mra pegi majlis nanti. hihi.

alaa , rmbut boleh d potong :p
Cik Anita said…
@nuyui a.k.a miss YUI

thanks Yui! Alhamdulillah..setelah agak sekian lama. teehehe.

If Nita jemput, Yui wajib datang hokey~ :D
Cik Anita said…
@Aida78

TERIMA KASIH kak Aida! oh really? haha. so now tak susah hati sangat dah walau encik bf rambut panjang. hee. Doakan yang terbaik utk kami InsyaAllah. :)
Cik Anita said…
@Misz Marina

yerrr Cik Marina! thanks so much atas peringatan yg sangat bermakna itu.

<3

:)
Cik Anita said…
@mickeytweetypuccasailormoon

Terima kasih Kak Ana! Adik selalu mengharapkan berita yang the best jugak dari akak!!

:)
Cik Anita said…
@cik dila

cik adik manis! thanksssss <3

harapnya camtulah, so i want u datang masa majlis i oke. eh??haha. berangan cepat sangat aku ni.. :P
Cik Anita said…
@Myra Arshad (:

Adik Myra sayang! ahaaaa. Akak ingat janji2 itu, harus datang hokey!!! really cant wait. Tapi bila? aduhai.. lambat lagi lah. :P

tang rambut tu, no komen! tuan badan kena tanya.. kui3
Zana Adieyza said…
so sweet la entry ni!!! akk suka ok!! over akk ko ni nita bila tau ko dh bercinta.. hahahaha..

akak doakan yg terbaik utk kalian berdua.. yakinlah bahawa jodoh itu di tangan Allah.. kita hanya merancang, selebihnya kita berdoa, berusaha & berserah pada Allah...

semoga kekal bahagia yer.. jgn cinta lama2 sgt.. hihih.. kahwin tu best! eh!

psl rambung tu, sebelum nikah kena potong kot.. hihihi
tahniah....seronok kak ita baca..hemsen lak tu...ok lah..dia serius dalam perhubungan...baca jumpa bakal mak mertua..pandai-pandai lah ambil hati ok...
Farahin Ahmad said…
cepat-cepat kawen kay :)
hehe
huda said…
wahhh!! tahniah sayang..pasni boleh la makan nasi minyak...hee~ ta sabar ni...weee~~

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA