Cerita hujung Minggu

Assalamualaikum.

Sebelum masuk cerita pasal 'Save The Day' tu, aku nak share hari minggu aku yang a bit wrost. Serius wrost sebab aku dikawal seolah-olah aku cam tak tau pape. Sedih plus kelakar lah jugak aku rasa.

Nak dipendekkan cerita, hujung minggu yang lepas aku berehat dan berjalan-jalan di Pahang sebab ada kenduri cukur jambul. Pahang ni rumah housemate aku. Serius aku memang malas nak join, lagi-lagi nak kena tidur rumah orang berhari-hari. Malas lah hai, aku ni kepala otak pikir nak bangun tidur lambat-lambat. Nak bermalas-malasan kat rumah.

Seterusnya...

Masa kakak rumah aku ni ajak tu, dia mengajak dengan semangat wajanya. 3 minggu sebelum kenduri dah beriya mengajak. Siap bagitau niat mak yang suruh. Jawapan aku hanyalah, oke tengoklah nanti kalau free. Then last-last tu, kakak tu still tanya lagi dengan harapan yang menggunung. Fuhh... siap hari Jumaat suruh aku ambik MC! Sebab akak tu dah cuti nak balik kampung awal. Tapi memang tak lah, mana boleh sesuka hati ambik cuti.

Maka, atas perjanjian lain. Aku akan balik ke kampung dengan abang dan adik beliau pada hari sabtu pagi. Maka aku pun oke kan saja rela dalam terpaksa. TAPI...

Aku balik kerja jumaat tu, rumah sangat kosong dan sepi sampailah ke malam. Bila aku mesej tanya akak tu mana? sebab aku budget dorang keluar berjalan-jalan. Tapi dorang boleh cakap dorang dah gerak balik kampung  awal! Makanya, aku perlu pulang esok pagi bersama abang dia sahaja. What the fish?

Maka esok tu rela dalam terpaksa sekali lagi, aku pun ikutlah si abang housemate aku tuh pulang ke kampung halaman beliau pada jam 9 pagi. Alhamdulillah tak ada apa, then semuanya ok selamat sampai.

Pabila dah sampai kat Pahang tu, tuhan jelah yang tau perasaan ni macam mana. Seumur hidup aku ni, inilah kali pertama aku terasa diri ini terpaksa berpura-pura! Ya Allah. Aku ni dijodohkan rupanya dengan abang housemate aku! 

Setiap masa mak beliau akan bertanya, macam mana Anita oke ke? Suka ke? Boleh ke? grrrr. Bukan setakat mak dia saja, adik beradik, makcik-makcik, pakcik-pakcik semua pun bertanya pasal benda yang sama.Boleh pulak salam before nak balik tu, makcik-makcik dia wish luck bagai semoga cepat kahwin so far and so forth. T_T

Siap lagi duduk-duduk lepak dengan keluarga beliau. Membincangkan perihal duit hantaran, perihal berapa lama nak ikat bertunang? Perihal menghatar rombongan ke Perak dan seangkatan dengannya. 

Hmm. Keluhan yang sangat panjang.

Mengapa aku mengeluh panjang? sebab abang tu dah bagi kata YA untuk terima aku. Tapi bukan aku untuk berkata YA juga. Jawapan aku is TIDAK. Maaf sangat-sangat. Aku tak berniat pun nak lukakan mana-mana pihak.

Untuk nota tambahan, abang itu sudah berumur 32 tahun dan merupakan anak sulong, juga dah ada kewangan yang kukuh plus kerja yang kukuh juga. Katanya tak ada makwe dah sekian lama. Wallahualam. Dah berpuluh orang dikenalkan tetapi tak pernah nak. Tapi...sorry to say, kenapa dengan diri yang sangat tidak sempurna ini dia nak. hmmm :(

Apa pun aku teringat pada ayat ini, "kebiasaannya kita akan suka pada orang yang tak suka kita, dan kita tak suka pada orang yang suka kita..." Juga nak dipendekkan cerita, kalau dah belum berjodoh sukar untuk menjadi. Entah...

Hopefully, abang tu selepas ini akan berjumpa dengan pilihan hati beliau yang terbaik. Aku menolak ini kerna aku juga sudah bertemu dengan sesorang sebenarnya. upsss.

p/s: Aku belum lagi bagi jawapan pada pihak keluarga housemate aku, aku jawab TAK ni dalam hati jer..hee. Hope mereka boleh terima alasan aku kenapa.

Ikhlas,
Anita.

Comments

tu dia..wah nita.. dah ada bkenan siap bw jumpa fmly lg..tp xpe, wat plhn yg terbaik ea..
Cik Anita said…
@nuyui a.k.a miss YUI

*tension*

tp dah buat dah pilihan yg terbaik. InsyaAllah.

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA