Kari idaman hati!

Assalamualaikum.

Oke last week aku pulang ke kampung halaman tercinta. Fuh. Penat gila-gila punya trip balik kampung minggu ni. Gerak dari Batu Caves hari Sabtu dalam 4.45 pagi, then sampai Shah Alam dalam pukul 5.35 pagi. Seterusnya adik aku balik kerja sesubuh hari tu, maka terus kami pulang ke kampung dengan selamat sampai jam 8.30 pagi. Alhamdulillah.

Abaikan cerita tu.

Yang aku nak cerita is tentang 'Kari kepala ikan'. Serius terbaik!!! (sedang dalam mood teringin lagi) Memang berterabur misi diet.

muka orang dapat makan kari sampai juling. hee.

Kalau korang nak tau, sebenarnya inilah kali pertama dalam hidup aku pergi makan kari ikan kat mapley. Serius aku memang bukan penggemar kari. Lagi-lagi kari mamak bagai. Bukan aku lah kan sebelum ini. Tapi lepas aku makan tempoh hari, aku jadi suke! muehehe. Suka yang sangat suka! Jatuh cinta pun ada nih.

muka orang gumbira dapat makan kari. *ammak*

So ada mana-mana jejaka mamak nak aku tak? aku dah suka kari mamak ni. So boleh lah ngorat-ngorat aku. :p Kidding!

Harga dia pun oke, boleh tahan. Makan bertiga habis dalam rm30 lebih gak ar. Yang penting puas hati hokey.

hasil selepas itu. Memang licin!

Eh lupa nak cakap, aku makan ni kat kedai Ghulam Rasul Teluk Intan. Kepada sesiapa yang nak tau lah. Kedai ni memang gelamor kat tempat aku. So kalau singgah Teluk Intan datang makan sini ajak aku okey!

Ikhlas,
Anita.

Comments

amboi,mata tu..cam tak sbr nak mencekik ea..hihi..

xpernh p la plak..jauh sgt..huhu..
Marlina Mohtar said…
nampak sedap tu....bolehlah cuba lepas ni. Tapi sekarang tgh diet hehehe
Cik Da said…
memg sedap gilerssss nampak kak pun gemar kari jugakkk...sdapnya terliauh mak...
cik dila said…
tak suke sangat kari ikan. cepat muak.
sedapnya nita..kalu kat PJ ne..terkenal dengan zainol nasi kandar...kak ita mkn kat pulau pinang..rasanya kat zainol ne lagi sedap...kira murah lah nita..biasa makan kepala ikan ne mahal..

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Cik Anita songeh giveaway...