Kisah di Hujung Minggu...

Assalamualaikum.
Wiken lepas aku balik kampung dengan jayanya selepas kantoi berlari-larian balik awal. Sepatutnya aku balik kul 1, tapi aku dengan selambanya balik 12.30. Tup-tup dekat pintu depan bos nampak. Ah sudah aku menyorok-nyorok di sebalik pintu. Tapi sebenarnya bos aku nampak. Cuma aku buat-buat tak nampak dia. Haha


Bila kaki aku melangkah lagi, talipon aku pun bunyi. “ Tina u mana?” “Errr..Bos i dah balik. Ada hal lah bos.” Oke. Sampai sekarang dari kes yang itu, aku jadi seram nak curik-curik balik. nak lewat masuk kerja walaupun seminit hati aku tak tenteram. Huahua. Itulah padahnya kalau dah buat salah. Macam takut dengan bayang-bayang sendiri. Boleh eh camtu?


Kemudian alkisahnya yang kedua, aku balik kampung dan sesampai Sabak Bernam kereta akak aku dah berbunyi-bunyian. Hampir berasap lah bagai tengok air dah kering kontang. Isi air dan digagahkan jugak gerak balik. Alhamdulillah selamat sampai. Bila sampai kampung, ayahanda bawak repair dan kami yakin lah bahawa selamat dan suci.


Maka hari ahad dalam pukul 6 petang meneruskan perjalanan balik sini, sampai tanjung Karang temperature kereta dan mencanak naik nak dekat merah. Ah sudah. Kipas dekat enjin dia tu dah tak idup. Datang abang ipar kakak aku tolong repair apa-apa yang patut. Tapi lepas tu sama je. Berpuluh kali berhenti kalau dah temperature dia tu naik tinggi. Cabaran dan dugaan dalam kereta tu Tuhan je yang tau. Dengan keadaan panas, mulut budak-budak yang bising lagi. Kesabaran yang maksima!


Serius rasa dah tak larat nak berhenti-henti dengan keadaan malam yang gelap gelita. Last2 akak aku call suami dia then kereta akak aku pun di towing! Bukan kereta aje, aku, kakak-kakak aku, anak2 buah aku semua dalam tu. Dia tarik je kitorang sampai rumah. Dengan keadaan menjerit2 lah kami. Sebab rasa seram bila kereta tu dah terangkat naik depan dia. Belum tersagat-sagat lagi kereta tu jumpa bonggol-bonggol. Berapa lah hai repair kereta tu agaknya.


Memang tersagat habis lah! Kereta baru balik dari kampung. Segala khazanah ada! Pisang setandan pun ada. Hihi.




Pengalaman yang aku rasa menyesakkan jiwa aku. Sepatutnya perjalanan satu jam setengah saja, tapi jadi 5 jam. Hoh.


Minggu depan tak nak balik kampung lah! Nak berehat dan tidur-tiduran di rumah sewa saja.

Comments

mesti besh terhenjut kan..haha..
Cik Da said…
nita dok kg mane sejam jerk mcm sis balik banting je dekatnya..sis dok banting kg mertua sis di sana
kak ita pun pernah kena macam nita kena..setiap kali kena berhenti isi air...rupa-rupanya tutup atas tangki ada bocor...so kena lah tukar.sama lah kan balik kg mesti bonet penuh nya..kalu balik kag kak ita lah..kalu balik kg hubby biasa bekal kan makanan aje..balik tak perlu nak masak..he..he
puanstoberi said…
aduyai..macam2 pengalaman la Nita ni ngan kereta. hihiks..mujo ramai, kalo sorang seram juga kan.

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA