Perihal Bajet Negara.


Assalamualaikum.


Orang lain dah berkurun cerita pasal bajet negara ni, aku baru nak share. Yelah, semangat aku ni memang datangnya lambat. Macam kalau hafal lagu jugak, orang lain dah jemu nak dengar lagu tu. Aku baru excited nak hafal-hafal. Orang lain dah tengok cerita drama tu, aku yang ulangan baru nak tengok. Hehe. Apa kena mengena aku cerita pasal benda alah ni.


Pasal bajet hari tu. Rata-rata kata antara yang terbaik lah bagai. Sebab nak pancing undi untuk tahun depan. Jugak kononnya, rata-rata rakyat Malaysia terkena tempiasnya. Tempias bahagia lah pada yang berkenaan. Tahniah pada yang berkenaan ye. Tapi TIDAK bagi aku. Sikit tempias pun tak ada. Grrr.


Sedih sungguh. :(


Mungkin ini akan menyedihkan bagi mereka yang bekerja dalam sektor swasta biasa-biasa. Bukan swasta yang kaya raya. Aku lah tu.


Kalau menjadi pelajar sekolah, matrikulasi, IPTA, IPTS akan dapat insentif duit, tak banyak pun dapat kan. Jadi mak pun dapat sebab anak-anak tak bayar yuran sekolah, ringan beban mak tu. Jadi orang Felda pun dapat, jadi nelayan pun dapat, jadik orang kerajaan lagilah dapattttt. Tapi pasti ke 100% orang yang kerja kerajaan akan undi kerajaan? Aku rasa memang TAK. Lagi-lagi kepada cikgu cikgi, gaji tiap tahun kot naik banyak. Bonus pun dapat saja. Argh.


Itulah dia rezeki kalau Allah tu nak bagi. Kalau Allah tu kata rezeki tu belum lagi masanya untuk AKU. Memang tak dapat lah kalau menangis air mata darah pun. Jadi jawapan untuk undi mengundi pada tahun depan ialah, undi aku rosak dan aku akan berpaling tadah pastinya. Kidding! Huahuahua. Mana boleh bagi tau undi apa. Sebabnya aku rasa macam tak adil. Itulah dia, yang kaya bertambah kaya. Yang tak kaya, memang takkan kaya. Boleh eh camtu?


p.s: Ini sekadar pendapat peribadi sahaja. Maaf ya. Bukan untuk mempertikaikan apa-apa. (pertikai lah jugak) Family aku pun ramai yang kerja kerajaan. Akak aku pun cikgu. Hihi.


.sardin yang menjadi gambar hiasan pilihan. :P ada paham maksudnya?


Tapi apa pun, bersyukurlah dengan nikmat kehidupan yang dah ada ni. Setiap orang kan ada bahagian yang masing-masing. Untung-untug dapat kesihatan yang baik. Itulah bajet 2012 yang Allah bagi pada kita. InsyaAllah. Jangan timbul rasa " Kalaulah aku kaya macam dia, kalaulah aku kerja bagus macam dia, dan kalauuuu... yang sama waktu dengannya". Pesanan yang roomate aku selalu cakap.



Sekian kita berjumpa lagi di bajet tahun depan. :)



****


Comments

bg yg sektor swsta cam yui,dok diam2..waaa!! SEDIH!!
puanstoberi said…
sardin pun mahai oh skang.
tp tak elok makan sardin selalu sgt. huhu :D

*pening kepala kalo pikir sgt rezeki org lain, so, let it goes by Anita. Lps tu pasti kita rasa segar :)
tak pa nita...rezeki tu datang daripada allah ..bila2 masa dia boleh tarik...tapi kalu duit banyak tapi tak sihat tak syok gak kan...tapi kak ita alhamdulilah bajet ne...

ikan sardin kegemaran kak ita,buat sambal atau kari pehhhhh..sedap tu...
Chekgu Azrine said…
doa bebanyak sis.. get closer to HIM.. insyaAllah.. ada rezki sis.. kata nak sembang pasal master tu

akaknya email.. azrinz1979@yahoo.com.my..
Myra Arshad said…
yang penting bersyukur malaysia aman damai walaupun kdg2 ada gk masalah, tapi tak teruk sgt la kan. hehehe.

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA