Pabila Berbicara Soal Hati
Dalam mode sangat berehat aku sekarang. Dah resign kerja, then menunggu masa untuk masuk kerja tempat baru dalam masa yang terdekat ni InsyaAllah. Di Shah Alam sekarang dalam masa seminggu ini.
Perasaan aku sekarang, nak relaks tanpa ada sebarang gangguan. Betapa tak nak di ganggunya aku, sampaikan orang call aku tak nak angkat. Orang mesej pun aku malas nak balas. Cuma yang penting-penting aje aku layan. Anda ada call saya tapi saya tak angkat? Dats mean anda tidak penting. Maaf.
Apa yang aku perasan, sejak aku hidup dalam dunia single tak ada bopren ni. Aku berperangai macam ini. Berperangai sengal yang menyusahkan orang lain aku rasa. Kalau aku rasa nak layan orang, aku layan dengan sangat baiknya. Setiap masa bersms dan setiap masa bergayut-gayut. Dan memberikan orang lain seolah seperti perasaan yang berbunga. Then perasaan itu akan hilang tiba-tiba pada diri aku.
Apa pun, aku nak minta maaf pada kalian yang terlibat dengan jiwa dan permainan emosi aku. Ramai dah yang keliru dengan jiwa aku yang begini. Dan ramai tentunya yang seolah-olah memahami aku, tapi sebenarnya TIDAK. Sukar untuk aku nyatakan, permulaannya aku sangat suka berkawan dengan mereka, tetapi selepas itu akan timbul. Oh tidak, bosannya!
Aku dengan mudahnya akan bosan dengan mana-mana jejaka. Sangat cabul mulut aku. Tapi aku dapat simpulkan bahawa, hati ini belum terbuka dengan mana-mana jejaka. Walaupun mereka tersangat lah baik dan cuba untuk menggembirakan aku. (dari sudut positif kenapa aku berperasaan begini.)
Ke aku sebenarnya sangat sukar untuk mempercayai orang lain?
Aku sudah dinasihati agar berhati-hati dengan perangai sebegini kerana terlalu banyak melukakan hati orang lain. Pasti diri ini sudah dimaki dan dicaci oleh mereka yang aku sendiri kenali. Tapi sejujurnya, aku sendiri tidak mahu akan ada perasaan yang begini. Perasaan yang tidak waras.
Dan aku memberikan kesimpulan bahawa, untuk tidak berkawan langsung dengan mana-mana jejaka itulah yang terbaik agar tiada insan yang kecewa dengan cara aku, yang aku sendiri tidak faham mengapa begini.
Oh ya, aku juga dinasihati agar berubat dengan mana-mana ustaz atas sikap aku yang sebegini. Tapi aku merasakan, belum masanya lagi. Ini soal hati semata-mata aku rasa...Hati yang tidak bersedia dengan komitmen. Dan jika aku masih lagi berperasaan begini dalam masa 3 ke 4 tahun lagi. Baru aku akan bergerak berubat mana-mana. Risau lah pulak kan, kang jadi andalusia ke?upsss. SERAM tuuu. hehe :p
Ikhlas
Anita.
Comments
insyaAllah sampai masa nanti ade la jodohnye..
doa banyak2 mintak petunjuk..
yg penting, biar ramai kawan, jgn ramai musuh. buang jauh2 rasa benci.. ni ada something yg tak lepas lagi kot dr hati cik anita ni..
yg penting, doa & minta petunjuk dr Allah swt.. Allah is the best planner for us.. kakyong pun kahwin lewat pada umur 32 tahun., tp kakyong suka nak nasihatkan adik2 jika dah bertemu jodoh di awal usia, istiqarah & minta petunjuk & usah berdaleh2 jika si DIA orang yg baik.. ;)
jika belum bertemu jodoh.. harungi kehidupan yg skrg dgn hati yg lapang..
adik mu sorang ni tak sabar nak makan nasik minyak. hihi
kadang terpikir sejauh itu.entahla..patah hati lah! ishkkk...
berat sangat eh? hurmm.. tulah pasalnya..apa lagi lah buat kan?
:)
hope so :)
tahun ni? wahhhh.. gitulah kan orang lelaki.. hehehe :D
HEE.
Thanks kak Ita atas nasihat. itulah dia, mode tak stabil.. hihi
hei2 bucha!
miss you. kalau ko ada depan mata, aku nak jumpa ko sambil nangis2 lap hingusss..hehe.
thanks! harapnya camtu... :)
Kak Yong...
sedih la. hurm. no point nak sedih2 camni kalau org dah tak sudi. tp apakan daya. sobs.. memang macam x nak pk, tapi malam2 sunyi terpikir jugak! hmm
Nita pun rasa ada something yang tak lepas, macam ada perasaan dendam. Dendam yang sangat2 masalahnya....
InsyAllah. sedang berusaha utk yg terbaik utk diri ini...
Nasihat Kak Yong buat Nita lebih tenang.
:)
alaaaa cik adik comel! rasa macam akak je yg makan nasik minyak dia.. so how? hihi