Jadual Exam


Macam mana nak cakap eh, sebenarnya kalau belog kita ni dibaca dalam kalangan ahli keluarga kita, or kenalan yang benar-benar mengenali diri kita. Privacy itu sedikit sebanyak terganggu. Nak meluahkan sesuatu pun seperti terbatas. Nanti mula lah ada yang terasa hati walaupun hakikatnya aku bercerita tentang hal orang lain. Tetapi orang lain pulak yang terasa.

Oke abaikan. Berbalik pada cerita aku yang berada dalam minggu exam. Tetiba kakakku yang sorang ini menegur aku di YM:


“ weiii..rajin ko update belog. Sudah-sudah lah tu. Nak exam sila baca buku!”

“oke ”. Jawabku ringkas.

(perbualan terakhir yang lebih kurang macam tuuu)


Terus aku signout YM, dan sampai kini YM aku dah tak boleh nak sign in. Sungguh! Aku rasa dia dah hantar perewang kat YM supaya aku rajin-rajin study. Owh terima kasih my sistah! Adikmu Anita ini mahu start study besok malam. Malam ni nak meronggeng lagi. Keh keh keh.

Ini jadual exam aku. Aku buat dan aku tampal kat dahi belog aku nih! Supaya aku ingat yang aku pelajar yang berwawasan dan cemerlang lah kunun.



Jadual Exam

Tarikh

Masa

Tempat

No Meja

3.05.2011

(selasa)

8.30 am - 10.30 am

BS 02 -KAA

46

8.05.2011

(ahad)

8.30 am - 10.30 am

DK2

34

8.05.2011

(ahad)

2.00 pm - 4.00 pm

BK Al-Hadi

33



Tiga ketul subjek je yang aku ambik. tapi malasnya Ya Rabbi! T_T

(aku baru perasan tak ada subjek aku buat jadual aku tu! haha :p) malas nak betulkan. Tapi subjek 1st tu, BBK 3308, 2nd BBM 3402 & BBM 3204.


Comments

ekin said…
Kalau x de subjek, x yah baca la maknanya..tengok tarikh je, pah tu g exam..kui3
Cik Anita said…
haha.
bagus gak lah idea ko tu!
lagi senang idup kita takyah baca-baca~ :P
Teratak pena said…
good luck dik...chaiyok!!
mamashikin said…
gud luck cik anita..semoga dipermudahkan..tp kalau update blog leh hilang stress adik nk study tu apa salahnya kan..cuma kurang kan sket masa berinternet tuh..study okey!
Anonymous said…
padan muka
HEROICzero said…
hehehehe ade no meja? aisyy sama lah. leceh. bukan nak meniru pon, tapi bila exam, nak duduk dgn kawan2. hahaha.


fokus. selesai dulu yang mana perlu. =)
Myra Arshad said…
jgn jeles eh myra da habis exam. hihi. gdluck dear :)
3 subjek je? cukup ka? awat tak tambah lagi?

ekeke... siap ada nombor meja.. uitm takdak nombor meja.. dok la mana suka pun...
Far8 budak baik said…
gud luck exammmm..
makan je buku tuu..
hahahaha
YouSOF said…
Semoga memperoleh seketul result yang membanggakan.. Insyaallah..; )
Cik Anita said…
@mamashikin

tengs MAMA SHIKIN!
Memang kadang camtu hilang stress, tp yg buat stress sbb tak boleh nak stop..hihi
Cik Anita said…
@HEROICzero

tulah! macam budak sekolah rendah nak kena susun2 meja..hehe. kadang kalau duduk dengan kawan2 ni kot2 ada peluang tiru2 ke..kui3
Cik Anita said…
@Myra Arshad (:

nak jeles nih dengan Myra.. nk geget orang..grrr :P

tengs sayang. :)
Cik Anita said…
@- GC -

cukuplah!

dah final nih malas nak pikir banyak..hehe.
Cik Anita said…
@Far8 budak baik

tengs farid.

tak nak makan, nak rebus je buat juice. :)
Cik Anita said…
@YOUsoF

eh tamau eh seketul je yg membanggakan! nak berketul-ketul..hehe

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA